http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Belia – Daya Penggerak
_______________________________________
Ucapan Dasar
- Pada Mesyuarat Kebangsaan DAPSY 2005 di Hotel Crystal Crown
oleh Nga Kor Meng

____________________________________________

(Petaling Jaya, Ahad):

 

Ucapan Dasar Sdr. Nga Kor Ming, Ketua Pemuda Sosialis DAP

Belia – Daya Penggerak

 

Sdr. Pengerusi Majlis
Sdr. Setiausaha Agung
Sdr. Ahli Majlis Eksekutif Pusat
Sdr. Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY
Sdr. Wakil-wakil DAPSY

Para hadirin-hadirat sekalian

Saya bagi pihak Ahli MEK DAPSY mengalu-alukan kedatangan para hadirin ke Mesyuarat Agung DAPSY hari ini.

Sdr-Sdri sekalian

Pendahuluan

Tahun depan merupakan ulangtahun ke-40 parti kita dan tahun 2007 merupakan ulangtahun ke-50 Malaysia mencapai kemerdekaan.

Apabila Mesyuarat Agung DAPSY yang lepas diadakan pada 11.01.2003, Malaysia berada di akhir era Dr. Mahathir Mohamad dan sedang menghadapi cabaran Pengisytiharan 929 bahawa Malaysia sebagai negara Islam yang mengugat kedudukan Malaysia sebagai sebuah negeri sekular.

Pada mesyuarat Agung tersebut, DAPSY telah meluluskan beberapa resolusi, antara lain, (1) Pilihan Raya Langsung bagi jawatan Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan Setiausaha; (2) Sekurang-kurangnya 1/3 Ahli-Ahli MEK terdiri daripada kaum wanita; (3) Pendirian bahawa Bahagian-bahagian DAPSY sebagai unit asas DAPSY.

Pada 2 tahun setengah ini, DAP sekali lagi telah menjadi parti pembangkang terbesar di Malaysia dan mengetuai agenda pembaharuan politik tanahair.

Ucapan saya pada hari ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian:-

(i)         Peranan politik para pemuda;

(ii)        Politik terbuka dan sistem demokrasi;

(iii)       Ruang keadilan dalam bidang ekonomi;

(iv)       Memperkasakan DAPSY

DAPSY sebagai sebuah pergerakan belia yang progresif, akan terus mendukung nilai-nilai parti demokratik sosial seperti demokrasi, kebebasan, kesaksamaan dan solidariti, supaya membentuk Malaysia yang adil, saksama dan kaya.
 

Sdr-Sdri sekalian,

Belia – Daya Penggerak

Kita berasa bangga kerana setengah daripada Ahli MEK DAPSY telah menyertai Pilihan Raya Umum 2004. Ini membuktikan DAP merupakan satu-satunya parti politik yang benar-benar mengambil berat tentang hal ehwal pemuda-pemuda dan memberi peluang kepada pemuda-pemuda dalam parti.

Di bawah pimpinan Ahli-ahli MEK dalam 2 tahun kebelakangan ini, kami boleh merasai  perbezaan antara DAPSY dengan badan-badan pemuda parti politik yang lain terutama Pemuda UMNO yang perlu menubuhkan Putera UMNO dan Ketua Pemuda MCA yang telah menjejak usia 50 tahun. Ahli-ahli MEK kami adalah amat muda dan ramai antara calon-calon MEK hari ini adalah lahir pada tahun 1980-an! 

“Belia - Daya Penggerak” merupakan tema Kongress DAPSY tahun ini. Kami sesungguhnya percaya politik merupakan usaha sama kesemua golongan umur dimana golongan yang berusia boleh membekalkan pengalaman dan golongan pemuda dapat menjadi daya penggerak.

Sungguhpun pemuda merupakan golongan yang terbesar di Negara ini, polisi Barisan Nasional adalah untuk menguasai dan menghadkan kebebasan pemuda-pemuda. Dalam pandangan mereka, pemuda-pemuda merupakan satu masalah yang perlu diselesaikan.

DAPSY ingin menegaskan di sini bahawa pemuda-pemuda bukan sahaja merupakan tunggaknegara pada masa depan tetapi juga tunggak negara pada hari ini. Kita harus mengambil berat tentang pandangan pemuda-pemuda dan memberikan kebebasan yang secukupnya kepada mereka.

Sdr-Sdri sekalian,

Masyarakat terbuka dan Sistem Demokrasi

Masyaratkat Terbuka

Masyarat terbuka perlu dilaksanakan pada peringkat yang terawal.

Di bawah dasar politik perkauman Barisan Nasional, pendidikan telah menjadi satu pertaruhan antara kaum dan masa depan anak-anak kita telah dikorbankan. Dalam usaha menguatkan sekolah kebangsaan, Kementerian Pendidikan tidak seharusnya mengabaikan sekolah-sekolah cina dan tamil dan dasar masyaratkat terbuka perlu dilaksanakan pada peringkat terawal ini.

Selanjutnya, Akta Universiti dan Kolej Universiti telah menghadkan kebebasan berpolitik para siswazah. Kita tidak mahu lihat universiti hanya menjadi kilang pendidikan yang mana para siswazah hanya dianggap sebagai hasil pengilangan.

Peristiwa Terrence Gomez baru-baru ini sekali lagi membuktikan elemen-elemen politik yang serius dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam. DAPSY dan badan-badan yang lain perlu mendorong pembaharuan dalam IPTA, IPTS supaya bebas daripada ikatan politik sesetengah pihak. Ini merupakan asas untuk mencapai satu masyarakat terbuka.

Kebebasan media dan kebebasan berucap merupakan satu lagi asas masyarakat terbuka. Kami berasa bangga dan gembira kerana sejak kebelakangan ini media eletronik telah menjemput pemimpin-pemimpin DAP dan DAPSY untuk menyertai forum-forum yang dianjurkan. Akan tetapi, kami harus ingat bahawa media masih dikuasai oleh parti-parti pemerintah dan kebebasan media tidak pernah dilonggarkan terutamanya dengan akta-akta yang menyekat kebebasan media.

Untuk mencapai satu masyarakat terbuka, DAPSY akan meneruskan usaha untuk penggubalan semula akta-akta yang mengehadkan hak asasi, terutamanya Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Sulit Rasmi, Akta Hasutan, AUKU dan Akta Percetakan dan Penerbitan.

Sistem Demokrasi

Demokrasi adalah berdasarkan pertaruhan antara dasar politik dan parti-parti politik dalam satu keadaan yang adil. Akan tetapi, dasar Barisan Nasional telah menyebabkan pengetahuan demokrasi rakyat semakin merosot dan tidak mengambil berat tentang satu sistem politik yang adil. Walau bagaimanapun, DAPSY akan terus berusaha untuk mencapai satu sistem politik yang adil.

Sistem politik yang adil merangkumi:-

(i)         Prinsip seorang seundi dilaksanakan;

(ii)        Suruhanjaya Pilihanraya yang bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen;

(iii)       Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mempunyai peluang berucap yang sama dan tidak terbatas;

(iv)       Ketua Pembangkang Parlimen dan Ketua Pembangkang Negeri diberi taraf yang sama dengan Menteri dan EXCO Negeri;

(v)        Memastikan kerajaan bertanggungjawab kepada Dewan;

(vi)       Memulihkan pilihanraya tempatan.

DAP telah melancarkan kempen “Memulihkan pilihanraya tempatan”. DAPSY akan bersama-sama berusaha menjelaskan kepentingan pilihanraya tempatan kepada lebih ramai rakyat terutamanya golongan pemuda.

Sdr-Sdri sekalian,

Ekonomi berasaskan kepentingan Rakyat Peluang yang Saksama

DAPSY percaya sistem ekonomi negara harus berasaskan kepentingan rakyat dan bukan berasaskan kepentingan kewangan. Kepentingan kebanyakkan rakyat jelata harus diutamakan.

Ekonomi berasaskan kepentingan Rakyat

Dasar Kerajaan BN yang tidak transparent telah menyebabkan keadaan dimana ekonomi dikuasai oleh sebilangan kroni-kroni yang tertentu. Ini mendatangkan keadaan dimana golongan yang kaya menjadi lebih kaya dan golongan yang miskin menjadi lebih miskin. Menurut Laporan UNHDP, Malaysia merupaka negara Asia Tenggara yang mempunyai perbezaan golongan kaya – golongan miskin yang paling besar, dimana 10% golongan yang terkaya menguasai 38.4% daripada jumlah harta dan kewangan dan 10% golongan yang termiskin hanya menguasai 1.7% daripda jumlah harta dan kewangan. Keadaan ini akan menjejaskan kestabilan masyarat dan Negara.

Sebagai contoh, dasar Kerajaan Barisan Nasional yang gagal memperkembangkan sistem pengangkutan awam di negara ini telah menyebabkan para pemuda terpaksa menanggung kos pemunyaan kereta yang tinggi. DAPSY juga berpendapat kerajaan tidak harus meningkatkan lagi harga petrol memandangkan PETRONAS telah mengumumkan keuntungan sebanyak RM3.56 billion dalam tahun kewangan setakat 31.03.2005.

Dalam bidang pendidikan, DAPSY membantah dasar pengorportan IPTA. Kami tidak ingin para pemuda terpaksa menanggung pinjaman untuk meneruskan pelajaran mereka.

Demi kepentingan rakyat Malaysia dan para pemuda, DAPSY perlu mengesa satu dasar ekonomi berasaskan kepentingan rakyat.

Peluang yang saksama

Kami bersetuju kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan tetapi kami membantah segala dasar yang berasaskan warna kulit. Oleh itu, DAPSY mengesa semua golongan rakyat tidak mengira kaum, agama atau golongan, diberi peluang yang saksama.
 

Sdr-Sdri sekalian,

Pimpinan melalui gagasan

Dua gagasan politik DAP yang utama adalah “Malaysia untuk rakyat Malaysia” dan “Masyarakat Berdemokrasi”.

“Malaysian untuk rakyat Malaysia” merupakan slogan yang digunakan demi keadilan antara kaum sejak penubuhan DAP dan merupakan alternatif kepada “ketuanan Melayu” yang disyorkan oleh UMNO. “Malaysia untuk rakyat Malaysia” masih masih relevan memandangkan rakyat Malaysia masih dibahagikan mengikut kaum.

Akan tetapi, “Demokrasi Sosialis” adalah satu penyelesaian kepada sistem ekonomi yang tidak adil pada masa sekarang. Gagasan ini merangkumi keadilan ekonomi, kebebasan berpolitik, mengkuti undang-undang, berbilang budaya, kemajuan pendidikan, keadilan antara gender serta kualiti alam sekitar.

Sdr-Sdri sekalian,

Kami berpendapat dalam persekitaran politik yang tidak adil dan tidak berdemokrasi, adalah amat sukar bagi parti-parti pembangkang memenangi kebanyakan kerusi dan membentuk kerajaan. Namun demikian, peranan parti-parti pembangkang di Malaysia bukan setakat memenangi pilihanraya tetapi juga membentuk agenda alternatif dan mengesa kerajaan melaksanakannya.

Sebagai contoh, “Bangsa Malaysia” yang disyorkan dalam Wawasan 2020 adalah memiripi gagasan “Malaysia untuk rakyat Malaysia” DAP yang telah lama diudarakan.

Oleh itu, kerusi pilihanraya dan idealisme perjuangan adalah amat penting bagi parti-parti pembangkang. Sekiranya idealisme politik dihapuskan, politik parti-parti pembangkang akan kehilangan kepentingannya.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa selain daripada memperguatkan organisasi DAPSY, kita juga perlu memperguatkan lagi gagasan politik kita. Kita secara tidak terhenti-henti perlu menjelaskan idealisme politik dan agenda alternatif kita kepada Rakyat. Hanya dengan demikian, DAPSY dapat mengubah pemikiran Rakyat dan mengubah masyarakat Malaysia.

Saya sesungguhnya percaya apabila kita berada di landasan yang betul, kita akan dapat bantuan daripada mereka yang bersehaluan dengan kita. Dalam 2 tahun setengah sebagai Ketua Pemuda DAPSY ini, saya berasa bangga kerana saya mempunyai rakan-rakan seperjuangan yang menghulurkan bantuan dari semasa ke semasa dan berjuang bersama. Dalam masa hadapan, saya percaya kita dapat memperolehi lebih ramai rakan-rakan seperjuangan dalam meperjuangkan satu Negara Malaysia yang berdemokrasi, adil, bebas dan bersatupadu.

 

Nga Kor Ming

 

(03/7/2005)

 


* Nga Kor Meng, ADUN bagi Kawasan Pantai Remis dan Ketua Pemuda Sosialis DAP(DAPSY)

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: