http://dapmalaysia.org
Forward
Feedback
Tanah Kerajaan Kepada Syarikat Yang
Pengarahnya ADUN Tronoh Pada Hanya RM2.26 Setiap Kaki Persegi
_________________________________ Syarikat
Panglima Bangsa Sdn Bhd telah diperuntukkan lebih kurang 2.3 ekar di
Pusing, Perak selepas cadangan memajukan tanah dikemukakan oleh
Syarikat tersebut pada tahun 2001. ADUN
Pengarah Syarikat Menurut carian
maklumat Syarikat, Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd terdiri daripada 2 orang
Pengarah dan salah seorangnya adalah Datuk Lee Kon Yin, ADUN bagi Kawasan
Tronoh di mana Pusing adalah terletak di bawah kawasannya. Maklumat
syarikat menyatakan bahawa Datuk Lee dilantik sebagai Pengarah Syarikat pada
bulan Disember 2001. Persoalan di sini,
apakah terdapat konflik kepentingan faedah atau tanggungjawab, sebagai wakil
rakyat kawasan tersebut dan Pengarah Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd di
dalam isu memohon dan memperolehi dua keeping tanah, 2.3 ekar tanah oleh
syarikat tersebut bagi mendirikan 29 lot kedai tersebut. Tanah yang seluas
2.3 ekar tersebut, sebelum ini merupakan tanah kerajaan yang terdiri
daripada 2 keping tanah. Satunya, adalah bekas kuarters JKR yang didiami
oleh bekas penyewa daripada JKR dan dua orang warga tua yang tidak
berkemampuan. Kuarters tersebut telah dirobohkan dan penghuninya dipanggil
meninggalkan tempat tersebut dengan bayaran kos “perpindahan” di antara RM
1,000- 2,000 sahaja pada bulan Disember tahun lalu. Kini, papan tanda
telah dipacak di atas tanah ini dengan notis projek mendirikan bangunan
kedai oleh sebuah syarikat pemaju, Keris Properties. Sebanyak 16 suratan
hakmilik dikeluarkan untuk keping tanah ini. Sekeping tanah
yang lain pula, telah didaftarkan kepada 13 suratan hakmilik tanah untuk
tujuan bangunan kedai adalah terdiri daripada “basket ball court” dan padang.
Disebabkan kemudahan padang bola keranjang telah rosak dan tidak diperbaiki,
belia dan penduduk tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut sejak tahun
lalu. Kedudukan tanah ini adalah di sebelah pasar dan kini menjadi tempat
meletak kenderaan oleh penduduk Pusing dan tempat perniagaan Pasar pagi pada
setiap hari Selasa. Perlu
Penjelasan MB Perak Persoalan di sini
adalah, Apakah kriteria
yang digunakan oleh YAB Menteri Besar di dalam meluluskan dua keping tanah
ini kepada Syarikat Panglima Bangsa di atas alasan “memajukan tanah
kerajaan”? Menurut maklumat penyata kewangan daripada carian maklumat
syarikat tersebut, syarikat ini hanya mencatatkan keuntungan selepas cukai
lebih kurang RM 6,252 pada tahun 2003 sahaja.
Suratan hakmilik tanah telah dikeluarkan dan didaftarkan kepada Syarikat
ini pada bulan Ogos 2004 dan adalah mengejutkan bahawa ada di antara 29
lot tanah tersebut telah dipindahmilik pada bulan Oktober 2004 kepada
sebuah syarikat pemaju yang lain, Tujoh Jaya Sdn Bhd.
Ini menimbulkan tanda tanya niat sebenar Syarikat Panglima Bangsa
memohon tanah kerajaan tersebut, yang ketika mengemukakan permohonan
menyatakan adalah untuk “memajukan tanah kerajaan”!
Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd hanya perlu membayar premium tanah yang
rendah, iaitu, lebih kurang RM 226,000 untuk kesemua 29 lot tanah
komersial.
Jika dibandingkan dengan penduduk yang menetap di Kampung Baru Bukit
Merah, Lahat, ketika permohonan tanah mereka diluluskan, mereka dikenakan RM
40,000 premium tanah bagi tanah kediaman di kampung, adalah lebih tinggi
daripada yang kena dibayar secara purata oleh Syarikat Panglima Bangsa ke
atas setiap lot tanah komersial di Pusing ini.
Apakah sebab
tanah komersial dianugerahkan kepada Panglima Bangsa pada hanya RM 2.26
setiap kaki persegi sahaja?
Adakah kerana salah seorang Pengarah dalam Syarikat ini adalah seorang
Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Barisana Nasional?
Apabila DAP melawat ke lot tanah ini minggu lepas dan menyeru agar YAB
Menteri Besar berprihatin kepada keperluan memerlihara tanah lapang ini dan
kemudahan “basket ball court” ini, Datuk Lee dilaporkan menyatakan : 1. Bahawa tanah ini adalah kepunyaan syarikat swasta
DAN
2. Lebih
kurang dua tahun yang lalu, beliau telah “mendapatkan” tanah lapang iaitu
taman rekreasi diTaman Ria, Pekan Baru Pusing dan Taman Pelangi dan 3
“basket ball court” untuk penduduk di Pusing. Oleh itu, penduduk di Pusing
adalah tidak perlu risau mereka tidak mempunyai tempat untuk rekreasi. Semasa membuat
kenyataan tersebut di atas, Datuk Lee menyembunyikan identiti beliau sebagai
Pengarah lantikan di syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd yang memohon dan
memperolehi tanah tersebut daripada kerajaan sebelum ia dipindahmilik kepada
syarikat swasta yang lain, Tujoh Jaya Sdn Bhd. Apakah Datuk Lee
tidak menyedari bahawa kebiasaan ia adalah keperluan undang-undang bahawa
tanah lapang perlu disediakan taman rekreasi atau tanah lapang dan tidak
perlu “diperjuangkan” oleh mana-mana pihak. Taman rekreasi
yang sedia ada termasuk kemudahan bola keranjang yang sedia adalah untuk
kegunaan penduduk di taman perumahan yang berdekatan. Oleh itu, kemudahan
di sebelah pasar ini perlu diperlihara untuk penduduk dipersekitaran ini. Letak
Jawatan Datuk Lee gagal
menjelaskan peranannya sebagai Pengarah di dalam Syarikat Panglima Bangsa
Sdn Bhd dalam isu tanah ini, demi kebaikan imejnya sebagai wakil rakyat,
beliau harus membuat satu pilihan iatu, samada meletak jawatan sebagai
Pengarah Syarikat ini agar tidak berterusan menimbulkan syak wasangka
berkenaan keutamaan tanggungjawabnya mewakili faedah pengundinya di Pusing
serta memastikan tanah yang terlibat dikembalikan kepada komuniti Pusing.
Alternatifnya, beliau meletak jawatannya sebagai ADUN kawasan Tronoh,
jika beliau lebih berminat menjadi ahli perniagaan. Kempen
Tandatangan Maklumbalas Penduduk Pusing DAP akan
mengadakan satu tandatangan seminggu bagi mendapatkan maklumbalas samada
tanah lapang ini masih mempunyai keperluan untuk faedah teramai komuniti di
Pusing.
(22/3/2005)
* Fong Po Kuan,
Ahli Parlimen bagi Kawasan Batu Gajah dan Penolong Setiausaha Publisiti
Kebangsaan DAP |