http://dapmalaysia.org  

Kokus Ahli Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia melawat ke Simpang Renggam & Kamunting


Media Statement
by
Fong Po Kuan

(Petaling Jaya, Saturday): Kokus Ahli Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia akan membuat lawatan ke Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam dan Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting, Taiping pada 14.6.2005 dan 17.6.2005 masing-masing. 

Tujuan lawatan Kokus ini adalah untuk membuat  “fact finding”, iaitu mengetahui suasana di dalam pusat tahanan di situ termasuk layanan kepada orang tahanan. 

Oleh itu, ahli kokus mengalu-alukan aduan dan maklumbalas daripada ahli keluarga orang tahanan yang berada di dalam pusat ini .  Mereka boleh menghubungi saya di nombor telefon 012-5058662 atau ahli-ahli kokus yang lain. 

Kokus ini terdiri 20 orang Ahli -ahli Parlimen daripada parti kerajaan dan pembangkang .  Ia dipengerusikan oleh Dato Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziiz dan Timbalan Pengerusinya adalah Lim Kit Siang, Ketua pembangkang.  

(11/6/2005)

 


* Fong Po Kuan, Ahli Parlimen Kawasan Batu Gajah dan Penolong  Setiausaha kepada Kokus Ahli Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia