http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Kes saman pemula No24-345-2004 antara Wan Foo Cheong dan Lim Sui Yong dalam Mahkamah Tinggi (4) Malaya di Pulau Pinang


Ucapan Penangguhan
oleh
Chong Eng
 

(Dewan Rakyat, Isnin): Kes ini adalah berkenaan tentang satu petisyen yang disusulkan oleh Wan Foo Cheong untuk pemansuhan perkhawinan kepada Lim Sui Yong, isterinya. 

Defendan kes ini, Lim Sui Yong telah membawa empat orang anak berumur antara 4 dan 11 tahun meninggalkan rumah dan menyewa sebuah rumah di Jalan Uda, Butterworth pada Februari 2004. Keputusan ini terpaksa dibuat kerana tidak tahan lagi kelakuan Wan Foo Cheong. Wan bukan sahaja sentiasa berganas terhadap dia tetapi juga berkelakuan zina dan telah melahirkan seorang anak luar nikah.

 

Wan memohon penceraian pada Mac 2004 tetapi hingga kini pembicaraan telah ditangguhkan empat kali . Dua kali kerana permintaan plaintif , satu kali kerana tuan hakim akan bersara dan satu kali kerana tidak mempunyai hakim baru untuk mengambil alih kes ini. Tangguhan terakhir ialah pada 15 Jun dan tarikh yang baru ialah 3 Ogos.  Ini bermakna 16 bulan telah berlalu tetapi kes ini masih belum mula dibicarakan.

 

Tempoh 16 bulan yang berlalu merupakan tempoh masa yang sangat lama bagi Puan Lim Sui Yong . Beliau terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ibu dan juga sebagai bapa. Beliau sanggup bekerja dan menjaga empat orang anaknya asalnya suaminya tidak mengganggu dia dan anak-anak mereka.

 

Oleh kerana satu peristiwa yang berlaku pada 13 Januari 2005, Puan Lim telah memohon kepada mahkamah pada April 2005 untuk mempercepatkan perbicaraan kes ini dan juga memohon mahkamah membenarkan beliau memindahkan dua orang anak yang bersekolah di SRJK( C ) Chung Hwa 3 , Prai ke sekolah yang berdekatan tempat kediamannya sekarang, iaitu SRJK( C ) Kwang Hwa yang juga di Jalan Raja Uda.

 

Sepanjang 16 bulan menunggu perbicaraan , Puan Yong bukan sahaja seorang diri bekerja untuk menampung kehidupan beliau dan empat orang anaknya, beliau juga menjaga mereka dan hantar mereka ulang-alik dari sekolah dengan motorsikal. Perjalanan ke SRJK( C ) Chung Hwa 3 mengambil masa setengah jam. Beliau menghantar anak pertama pada waktu pagi dan anak kedua pada waktu petang. Dan diantara masa ini, beliau terpaksa juga menghantar anak ketiga ke tadika.

 

Masa-masa beliau menghantar anak-anaknya dapat dijimatkan dan diguna untuk kerja lain jika anak pertama dan keduanya dapat dipindah ke sekolah berdekatan. Pihak sekolah sangat bersimpati kepada beliau tetapi tidak dapat menguruskan permohonan pemindahan itu kerana bapa mereka telah membantah dan memberi amaran supaya jangan meluluskan permohonannya.

 

Kes ini bukan satu kes tunggal dan terasing. Pada tahun lalu saya telah menerima sekurang-kurangnya tiga kes yang sama. Kes seperti ini bukan sahaja menyulitkan ibu yang terlibat tetapi juga menjejaskan kebajikan kanak-kanak. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk menetapkan:

 

Untuk kes penceraian seperti ini, mahkamah menguruskan isu-isu berkaitan dengan kebajikan kanak-kanak terlebih dahulu sementara menunggu perbicaraan dan keputusan terakhir mahkamah. Isu-isu kebajikan kanak-kanak termasuk nafkah dan pelajaran.  Sesiapa yang menjaga anak atau yang tinggal sama  anak , samada ibu atau bapa, mempunyai hak untuk memilih sekolah anaknya, khasnya sekolah yang berhampiran rumah kediaman mereka, tanpa perlu mendapat kelulusan pihak yang lain. Pihak yang tidak tinggal sama anak boleh mengemukakan bantahannya kemahkamah sekiranya ia mempunyai sebab yang baik..

 

Saya juga ingin menyeru pihak yang bertanggungjawab mempercepatkan perbicaraan kes ini dan juga kes-kes lain yang sama demi menjaga kepentingan semua pihak. Selain daripada itu, saya juga menyeru kerajaan mewujudkan mahkamah keluarga secepat mungkin supaya kes-kes seperti ini dapat diuruskan dengan lebih cepat dan sempurna.

 

.   

Kes Geetha A/ P Rajendran, Inquest NO: SDR 21-2000 di Mahkamah Bukit Mertajam.

 

Kes ini mula pada 6 Januari 2004 dan telah menetapkan tarikh-tarikh untuk perbicaraan seterusnya. Tetapi sampai bulan Jun tahun ini ia telah ditangguhkan beberapa kali kerana majistret telah dipindah dan tiada majistrat mengganti tempatnya.

 

Saya bagi pihak keluarga mangsa memohon supaya kes ini diselesai secepat mungkin supaya keluarganya dapat memulakan kehidupan baru. 

 

(27/06/2005)      

                                                       


Chong Eng, ahli Parlimen Bukit Mertajam
 

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: