Kerajaan patut mengkaji
semula keberkesanan atau kurangnya pemeliharaan alam sekitar oleh
lebih 150 kerajaan tempatan termasuk pemyelenggaraan taman-taman awam
seperti Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), kaedah dan kebudayaan
penjagaan Taman Bandaran Kelana Jaya dan stadiumnya Kenyataan Media oleh Dr Tan Seng Giaw (Kuala Lumpur, Ahad): Kerajaan mestilah memahami bahawa banyak pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai kaedah pemeliharaan alam yang lengkap. Kadangkala minat dan matlamatnya mengecewakan . Ada yang hanya cenderung kepada projek yang kecil dan besar, seumpama Taman ‘Tasik’ Kelana Jaya yang mempunyai projek-projek kecil dari semasa ke semasa. Baru sahaja selesai projek kelengkapan dan tempat bersenam, adanya projek meninggikan tebing tasik , gazebo dan pintu ‘gerbang’ baru. Projek ini dijadualkan siap pada 10 Januari, 2005; kerja masih berterusan. Sementara itu, trak joging di sesetengah tempat sudah rosak bertahun-tahun, lampu-lampu yang tidak bernyala, kumbahan dari parit monsun masih mengalir masuk ke ‘tasik’ dan lelehan dari kolam-kolam pembetungan berhampiran melimpah ke ‘tasik’ itu juga. Keadaan stadium berdekatan adalah tidak menggalakkan.
Kita mengalu-alukan projek yang dilaksanakan dengan berkesan. Tetapi, MPPJ atau pihak-pihak yang lain tidak seharusnya membuat penyenggaraan dengan sambil lewa. Kebudayaan yang cuma mementingkan gazebo dan gerbang atau pondok (kebudayaan gazebo) adalah tidak adil untuk rakyat.
Pada subuh 7 Mac, 2005, seorang doktor gigi, Low Peng Teck, yang berusir 40, telah ditemui cedera parah di tempat gelap-gelita di taman tersebut. Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya keesokan hari. Polis sedang menyiasat kes ini.
Kesedaran rakyat tentang taman dan benda-benda awam adalah penting. Segelintir yang menjadi perosak hendaklah ditangkap dan dihukum dengan berat. (13/3/2005) * Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong |