http://dapmalaysia.org  
Dari Pejabat Menteri Besar pada tingkat ke-21 bangunan Kerajaan Negeri, kami dapat meninjau dari jauh kawasan Bukit Cahaya yang sudah dibuka dan dijemur di bawah matahari terik. Apakah MB tidak nampak bahawa kemusnahan sedang berlaku, apabila beliau setiap hari sudah pasti akan dapat melihat kawasan itu daripada pejabatnya?
 

Kenyataan Media
oleh
Ong Chee Keng

(Petaling Jaya,  Isnin): Berkenaan dengan kenyataan YAB Datuk Seri Khir Toyo bahawa beliau akan menyiasat terhadap siapa yang patut bertanggungjawab dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) apabila PKNS telah dihukum oleh Mahkamah, DAP Selangor berpendapat bahawa penyiasatan itu adalah tidak perlu kerana beliau menyaksi kemusnahan itu berlaku setiap hari. 

Semua ini bermula dengan lawatan kami ke Bangunan Kerajaan Negeri pada hari Sabtu yang lalu, dimana kami mengiringi sekumpulan 31 peladang daripada Dengkil Selangor yang menghadapi masalah dengan hakmilik tanah perladangan mereka.  

Dari Pejabat Menteri Besar pada tingkat ke-21 bangunan berkenaan, kami dapat meninjau dari jauh kawasan Bukit Cahaya yang sudah dibuka dan dijemur di bawah matahari terik. Pada masa itu, pelbagai tanda soal tertimbul, apakah MB tidak nampak bahawa kemusnahan sedang berlaku, apabila beliau setiap hari sudah pasti akan dapat melihat kawasan itu daripada pejabatnya? Mengapakah beliau tidak mengambil langkah awal untuk menyiasat. Kami telah menanyakan soalan ini kepada pegawai di sana dan kami mendapat jawapan bahawa MB sekarang baru pergi ke sana 2 kali setiap hari. 

Pada hari Ahad yang lalu, MB pula memberitahu media bahawa beliau akan menyiasat siapakah yang akan bertanggungjawab dalam PKNS berkenaan dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah. DAP Selangor terperanjat dengan kenyataan MB ini kerana seandainya MB mampu melihat kemusnahan yang melanda Bukit Cahaya setiap hari, mengapakah MB sekarang baru menyatakan bahawa penyiasatan akan dilakukan? Mengapakah juga MB perlu menolak tanggungjawab kepada yang lain yakni MBSA dan pegawai-pegawai PKNS? 

Perlu diingat bahawa MB sendiri juga merupakan Pengerusi PKNS. Ini ialah apa yang saya ketahui selepas melayari laman web PKNS (http://www.pkns.gov.my/Profil/Ahli_Perbadanan.htm), di mana seorang lagi wakil terpilih iaitu ADUN bagi Seri Kembangan, Liew Luen Keong juga merupakan ahli professional bagi PKNS. Apabila PKNS juga merupakan salah satu pemaju yang tekah merosakkan alam sekitar, penyiasatan yang dimaksudkan oleh MB, yang juga merupakan Pengerusinya, adalah amat tidak perlu kerana beliau sendirilah yang perlu betanggungjawab, apatah lagi beliau dapat melihat kemusnaha berlaku setiap hari. 

DAP Selangor dengan ini menyeru Khir Toyo MELETAKKAN JAWATANNYA SEBAGAI MENTERI BESAR atas 3 sebab berikut:

  1. Sebagai MB, beliau bukan telah gagal menjalani tugas dan tanggungjawabnya iaitu memelihara kepentingan dan alam sekitar di Negeri Selangor.
  2. Walapun MBSA dan Datuk Bandar Shah Alam perlu memikul sebahagian daripada tanggungjawabm tetapi ini tidak bermakna MB sendiri tidak perlu bertanggungjawab. Sikap bertolak-dalih dan permainan menuding jari yang dimain oleh MB ini adalah sebab mengapa beliau perlu letak jawatan. Bersertakan dengan ini, MB sekarang masih belum meminta maaf daripada rakyat Selangor.
  3. Khir Toyo yang merupakan Pengerusi PKNS juga memusnah alam sekitar Bukit Cahaya. DAP Selangor cukup curiga dengan kewibawaan Khir Toyo apabila pada masa beliau sebagai Pengerusi PKNS, beliau juga merupakan Pengerusi PKNS.

Oleh kerana kesemua ini merupakan persoalan serious, DAP Selangor menyeru Khir Toyo meletakkan kedua-dua jawatan ini dengan serta-merta. 

(14/3/2005)


* Ong Chee Keng, Pengerusi Negeri DAP Selangor dan Naib Bendahari Kebangsaan  DAP