http://dapmalaysia.org  
Datuk Mohd Ali Rustam Harus Menarik Balik Kenyataan Bahawa SRJK© Baru Tidak Patut Dibina Demi Perpaduan Negara Dan Meminta Maaf Kepada Masyarakat Cina Yang Telah Menyokongnya Dalam Pilihanraya Besar 2004
 

Ucapan
oleh Betty Chew Gek Cheng

(DUN Melaka,  Isnin): Saya turut ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada TYT YDP Negeri Melaka kerana sudi menyampaikan ucapan Perasmian Persidangan di Dewan Undangan Negeri yang mulia ini. Saya ingin memulakan ucapan saya dengan menyampaikan takziah kepada mangsa-mangsa gempa bumi besar sekadar 8.7 di pinggir barat Sumatera tengah malam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 300 orang. Saya harap tidak ada sebarang kecederaan dialami oleh rakyat Malaysia dan Melaka bila bangunan tergoyang dan terhuyang-hayang selama dua minit. 

Berbalik kepada isu semasa, YAB Ketua Menteri harus menarik balik kenyataannya pada 11 Mac 2005 bahawa SRJK© baru tidak patut dibina demi perpaduan negara. Kenyataan ini adalah salah kerana semua produk-produk SRJK© adalah rakyat setia dan cintai perpaduan negara. Lagipun sistem pendidikan Cina selama ini menggalakkan dan memupuk sikap cinta dan melindungi negara.  

YAB juga menyatakan SRJK© yang sedia ada akan terus dikekalkan kerana disebabkan dasar pendidikan yang lepas tetapi tidak boleh ditambah. Penambahannya dikatakan beliau akan menyebabkan rakyat tersisih dan terasing dan dipecah-belahkan secara berpuak-puak.  

Ini tidak boleh diterima langsung. Sekiranya SRJK© hanya dikekalkan dan tidak boleh ditambah, masa depan SRJK© amat gelap sekali. Tidak ada sebab  bilangan SRJK© tidak boleh ditambah baik dalam aspek pembinaan sekolah baru ataupun memindahkan SRJK© di tempat yang kurang permintaan kepada kawasan bandar. Tuduhan SRJK© akan menyebabkan rakyat tersisih dan terasing tidak benar bila ada Menteri-menteri yang datang daripada SRJK© termasuk YB dari Macap. Mengapa YB Macap diam dan tidak berani menyuarakan perasaan tidak puashati masyarakat Cina? 

YAB juga menambah bahawa sekiranya semua kaum meminta sekolah ibunda masing-masing dibina di kawasan kediaman mereka, pemimpin negara akan sibuk perkara ini sahaja. Dasar ini tidak akan mara ke depan sebaliknya undur ke belakang kerana akan mencetuskan masalah perpaduan negara.  

Hak mempelajari bahasa ibunda adalah hak asasi manusia yang termaktub dalam Perisytiharaan Bangsa-bangsa Bersatu sehingga Bangsa-bangsa Bersatu menetapkan Februari 24 sebagai Hari Ibunda Antarabangsa. Penguasaan bahasa ibunda tidak menyebabkan kaum Cina kurang cintai negara sebaliknya merupakan satu kelebihan di pasaran berkembang di Cina dan sedikit sebanyak menyumbang kepada pembangunan negara. Oleh itu kenyataan YAB sebenarnya mencerminkan satu pemikiran ekstremis dan dasar “go-stand” yang harus dikikis. Beliau juga harus meminta maaf kepada masyarakat Cina yang marah selepas kuat menyokong beliau dalam pilihanraya besar 2004 kerana menyinggung perasaan mereka selepas janji manis menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia nampaknya tinggal omong-omong kosong.  

Adakah YAB cuba mengorbankan SRJK© demi mencapai tujuan politiknya khususnya menutup skendal-skendal yang berleluasa di Melaka. Contohnya skendal pembayaran lebihan Lebuhraya Sungai Udang ke Ayer Keroh di mana harga asal RM 205 juta telah dinaikkan sebanyak dua kali kepada RM 214 juta dan pembayaran lebihan dibuat sungguhpun kerja belum siapkan dan kontrak sudah lewat hampir setahun. 

Tender rundingan terus ini dan bukannya tender terbuka telah diberikan secara joint-venture kepada Al-Joffrie Sdn Bhd, Revolutionary Technology Holdings Sdn Bhd dan Seri Siantan Sdn Bhd dengan harga kontrak RM 205.6 juta. Mengikut jawapan bertulis YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam kepada saya pada 12 Mei 2003, prestasi projek adalah memuaskan. Tempoh kontrak adalah dari 1/12/2001-31/5/2004. 

Sungguhpun prestasi projek dikatakan memuaskan oleh Datuk Mohd Ali Rustam pada 2003, ia masih belum siap dan tidak dapat diserahkan kepada kerajaan pada 31/12/2004 seperti yang ditetapkan. Yang agak luarbiasa, ialah nilai kontrak telah melebihi nilai kontrak asal RM 205.6 juta dan dibayar selebihnya sungguhpun ia belum siap 100%. Malah cerun bukit runtuh yang membahayakan orang awam masih dibiarkan sahaja sungguhpun pembayaran penuh telahpun dibuat oleh JKR dan pihak kerajaan negeri 

Sekiranya kerja lewat, maka kontraktor perlu dikenakan bayaran penalti denda lewat. Akan tetapi, adakah bayaran penalti kelewatan untuk tempoh 10 bulan sejak 31/5/2004 ini dikenakan? Sebaliknya, harga kontrak telah bertambah sebanyak dua kali daripada RM 205.6 juta kepada RM 214 juta. Kali pertama adalah nilai kontrak asal sebanyak RM 205.6 juta bertambah kepada RM 208.5 juta dan yang kedua ialah “variation works” sebanyak RM 5.3 juta menambahkannya kepada RM 213.8 juta. Setakat ini hampir RM 208 juta sudahpun dibayar.  

Jelas sekali isu ini adalah suatu perkara berkepentingan awam kerana melibatkan wang rakyat beratus-ratus juta. Demi menegakkan prinsip akauntabiliti dan ketelusan, YAB harus menjelaskan macam mana bayaran yang diluluskan melebihi tahap pembinaan, penalti denda atas kelewatan kerja, harga kontrak dibenarkan naik sebanyak dua kali sungguhpun kerja masih belum disiapkan dan tidak ada sesuatu penilaian samada variation order ini munasabah berbanding dengan harga pasaran.  

2. Kualiti Kerja Sub-standard Di Jambatan Masjid Negeri Melaka Al-Azim

Jambatan berhampiran Masjid Negeri Melaka Al-Azim merupakan sebahagian daripada projek Lebuhraya Muar-Simpang Empat di Melaka yang bernilai RM 500 juta. Jambatan ini telah dibuka untuk laluan kenderaan lebih setahun setengah. Malangnya kualiti kerja sub-standard telah menimbulkan tanda-tanya samada ia selamat.  

Ini disebabkan lebih 10 ketul batu “slab” telah pun tercabut keluar di kaki jambatan itu. Keselamatan awam dan pemandu kenderaan memang bahaya sekiranya ketul batu itu tercabut keluar dengan sepenuhnya. Adalah diharapkan YB boleh memperbaikinya dengan segera, mengambil tindakan ke atas pihak kontraktor dengan mengenakan denda dan juga menjelaskan tindakan pembaikan yang dijalankan.

3. Kelewatan Projek Perpustakaan Awam Bukit Baru Melaka

Sekali lagi kontrak terhad dan bukan kontrak terbuka diberikan oleh Lembaga Perolehan Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri kepada syarikat Merpati Indah Construction Sdn Bhd dengan harga RM 7.3 juta. Tempoh kontrak adalah daripada 1 November 2002 sehingga 30 April 2004.  

Sungguhpun pembinaan perpustakaan 4 tingkat sepatutnya siap pada 30 April 2004, sehingga sekarang kerja pembinaan amat lambat dan sekadar 50% sahaja. Di antara alasan yang diberikan amat menghairankan termasuk masalah kekurangan pekerja selepas PATI atau pendatang asing tanpa izin dihalau keluar dari negara. Adakah projek kerajaan juga menggunakan PATI? Sekiranya macam mana kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang? 

Tambahan bangunan perpustakaan amat diperlukan kerana kemudahan yang sedia ada memang tidak mencukupi dan menangani permintaan yang meningkat. Oleh itu kelewatan yang timbul menafikan peluang pemuda-pemudi mengamalkan tabiat membaca. Pihak kerajaan negeri mestilah bertanggungjawab kerana memilih kontraktor bermasalah. Perlu ditanya adakah penalty dikenakan kerana kelewatan menyiapkan projek? Kalau tidak mengapa kontraktor yang lewat ini begitu dilindungi? 

 

Matlamat Melaka Negeri Maju 2010 Dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) Sebanyak RM 12.5 Bilion Menghadapi Masalah Bila Jumlah Pelaburan Menurun 71% Daripada RM 4,057 Juta Pada 2003 Kepada RM 1,197 Juta Pada 2004

Pada penggal lepas saya telah melahirkan harapan pemilihan YAB Ketua Menteri sebagai Naib Presiden UMNO akan membawa pembangunan yang lebih pesat kepada negeri Melaka dan pengagihan kekayaan yang lebih samarata dan adil. Malangnya harapan ini tidak dipenuhi. 

Sungguhpun kerajaan Melaka begitu beria-ria dengan pencapaian pertumbuhan ekonomi sekadar 7.4% untuk tahun ini, yang lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 7.1%, ia tidak dirasai oleh rakyat jelata. Malah peniaga kecil dan sederhana mempertikaikan di mananya pertumbuhan ekonomi ini bila perniagaan mereka merosot 30%. Masalah pengagihan kekayaan yang adil dan seimbang telah sedikit sebanyak menimbulkan krisis keyakinan terhadap pembangunan ekonomi Melaka. 

Malah jumlah pelaburan pembuatan dan sector berkaitan yang menurun dengan mendadak sebanyak 71% di Melaka adalah membimbangkan. Mengikut angka-angka yang diperolehi dalam Lapuran Tahunan 2004 Malaysia International Development Agency(MIDA) jumlah pelaburan(termasuk dalam dan luar negeri) untuk tahun 2004 bagi Melaka adalah RM 1,054 juta. Ini merupakan satu penurunan sebanyak 71% kalau dibandingkan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM 4,058 juta dalam tahun 2003.  

Penurunan 71% ini merupakan penurunan pelaburan yang paling tinggi di antara negeri-negeri dalam Malaysia! Jumlah pelaburan merupakan satu tanda penting sentimen keyakinan kepada keberkesanan pentadbiran kerajaan dalam pembangunan ekonomi sesebuah negeri.  

Secara kasar, penurunan jumlah pelaburan sebanyak 71% boleh dianggap sebagai penurunan “confidence factor” sebanyak 71% oleh para pelabur terhadap pentadbiran YAB Ketua Menteri. Kerajaan negeri harus mengkaji asas-usus penurunan pelaburan ini. Ia juga menimbulkan tanda-tanya samada sasaran Melaka Negeri Maju dengan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 7% setiap tahun dapat dikekalkan.  

Sektor perkhidmatan dan pelancongan memang penting kerana menyumbangkan 65% kepada KDNK Melaka. Tetapi membangunkan sector pelancongan tidak harus dijadikan alasan untuk pemimpin kerajaan negeri menggunakan wang awam pergi “makan angin” mengelilingi dunia, yang berlangsung di antara 4-19 Januari 2005 yang merentasi Amerika Syarikat dan Dubai.  

Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam telah mengetuai rombongan lawatan kerja luar negeri ini yang juga termasuk TYT Gabenor Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Lain-lain ahli rombongan sebanyak 23 orang adalah isteri YAB Ketua Menteri dan 3 anaknya, Mohd Ridhwan bin Mohd. Ali, Wan Nadzirah binti Mohd Ali and Muhammad Hamka bin Mohd. Ali serta  isteri Ahli EXCO Melaka Datuk Poh Ah Tiam. YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan isteri, YB Pegawai Kewangan Negeri, ADUN Paya Rumput, Datuk Bandar MBMB, kontraktor Kaleigh Sdn Bhd serta dua wartawan BERNAMA turut bersama. 

Mengikut aturcara program lawatan, rombongan 23 orang ini akan melawat Hawaii, San Antonio, Houston, New Orleans dan Miami sebelum terbang ke Dubai untuk selama 3 hari. Sepanjang “lawatan kerja”, rombongan ini ada hanya satu program rasmi dengan Lt Governor of the Hawaii state, James R Alona Jr. Lain-lain program rasmi adalah melawat  Pearl Harbour,  the San Antonio Riverwalk, the French Quarters, Millionaires Row di New Orleans, Everglades National Park di Miami dan Houston Medical Centre. Rombongan ini juga akan mengunjungi pusat pelancungan terkenal seperti Pantai Waikiki,  Hanauma Bay Lookout dan tempat terkemuka Hawaii, the Diamond Head.
Di Dubai, rombongan ini akan melawat bandaraya dan tiga tempat - the Internet City, Media City and the Palm Island. Sepanjang 15 hari di Amerika  Syarikat dan Dubai, 23 ahli rombongan ini akan tinggal di hotel mewah Hilton Hawaii Village Beach and Spa dan Hotel Le Royal Meridien Beach Resort and Spa.

Saya tidak lihat macam mana program sedemikian rupa boleh dianggap oleh YAB Ketua Menteri Melaka sebagai lawatan kerja yang akan membawa faedah besar kepada Melaka pada masa depan. Sehingga sekarang, orang awam masih kurang pasti apakah faedah masa depan untuk rakyat Melaka. Penjelasan sedemikian susah diterima kerana YAB enggan menjelaskan 10 soalan berkepentingan awam. Sekiranya YAB serius tentang akauntabiliti awam dan ketelusan maka beliau harus jawab 10 soalan utama:

1.      Apakah kos lawatan kerja mengelilingi dunia ini daripada tambang tiket kelas pertama, ekonomi dan hotel penginapan mewah setiap penumpang?

2.      Bukankah lawatan rasmi ini sebenarnya satu lawatan “makan angin” bila hanya ada program rasmi sebanyak 20% sepanjang 3 hari daripada keseluruhan 15 hari lawatan ini? Ini bermakna hanya 20% program kerja manakala bakinya sebanyak 80% atau 12 hari tertumpu kepada melancong dan membeli-belah.

3.      Apalah jenis lawatan kerja yang hanya ada satu program rasmi sah iaitu menemui Lieutenant Governor of Hawaii dan dua lagi mesyurat rasmi dengan Hawaii Tourism Authority and dan the San Antonio City Hall?;

4.      Sekiranya lawatan kerja ini bertujuan mempromosikan pelancongan tempatan mengapakah kedua-dua Ahli EXCO Melaka Pelancongan Datuk Amid Nordin dan Timbalannya Datuk Chua Peng Siong tidak turut dijemput bersama?  

5.      Mengapa isteri Ahli EXCO Melaka Datuk Poh Ah Tiam dan 3 orang anak Datuk Mohd Ali Rustam yang masih bersekolah disenaraikan sebagai wakil rasmi sungguhpun ketiga-tiga anaknya adalah di bawah 21 tahun?;

6.      Mengapa sebuah syarikat pelancongan swasta SMAS Travels Sdn Bhd diberikan kontrak pelancongan ini dan bukannya sebuah badan berkanun kerajaan seperti MAIM Travels Sdn Bhd?;

7.      Apakah rasional perbelanjakan beratus-ratus ribu ringgit atau sampai RM 1 juta dan mengapa tidak dapat nyatakan faedah atau menafaat jangka-panjang kepada rakyat Melaka atas lawatan kerja mengelilingi dunia selain daripada menafaat jangka pendek ahli rombongan ini?;

8.      Apakah kriteria yang ditetapkan yang putuskan siapa menyertai rombongan dan saiz rombongan memandangkan ia terlalu besar dan mengandungi mereka yang tidak ada hubungkait dengan tujuan pelaburan?;

9.      Nyatakan setiap destinasi yang dikunjungi di Amerika Syarikat dan Dubai yang memberikan menafaat kepada rakyat Melaka, termasuk membeli belah, baik di Pearl Harbour dan Pantai Waikiki di Hawaii ataupun Dubai City; dan

10. Mengapakah Sungai Singapura tidak dipilih sebagai model berbanding dengan San Antonio Riverwalk memandangkan Sungai Singapura lebih mirip Sungai Melaka dari segi cuaca budaya dan pengalaman bersama? 

Mengikut petikan tulisan bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin, di Malaysian Business: 

Datuk Mohd Ali had apparently claimed that he personally paid for his children’s participation in the delegation and that the trip cost less than RM1 million. The question is: Did he make the payment before DAP Secretary-General Lim Guan Eng wrote to the Prime Minister or after? This is among the things that the state PAC and, maybe, the Anti-Corruption Agency, may want to determine in line with the government’s pledge of transparency and accountability.

And there are politicians who love their spouses and children so much that they cannot bear even a moment of separation. They will be absolutely miserable leaving their spouses and children behind.

I have nothing against these sentimentalists (or shall I call them lovebirds?). They can bring their spouses and children wherever they go as long as they do not abuse taxpayers’ money. But such a mission must not only be properly planned but must also be made known to the people, which is often the case. States and agencies want the people, who are the taxpayers, to know that something good is being done for them.

I am not sure if the trip by the Melaka Chief Minister was announced to the public.   Still, a 23-member delegation was too big for a small state like Melaka.  

But it would appear that for the duration of the visit, the administration of the state was as good as non-existent. Every single top official was on the team – the state secretary, deputy state secretary, state financial officer, the mayor, assistant state secretary and Chief Minister’s principal private secretary.

It does not look good for Umno to have a newly elected vice-president making a lavish trip abroad when the party is still struggling with allegations of money politics at the recent leadership election.

According to reports, at least two members of the team were businessmen who, allegedly, were connected to a multi-million ringgit state project. It is also of some concern that the million-ringgit trip took place at a time when other states had cancelled many official programmes in order to cope with the need of and respect for the victims of the Dec 26 tsunami.

Then again, maybe it is a fallacy for the rakyat to think that every one of their leaders is wise, thoughtful and reasonable. Maybe in politics, where money and power matter, wisdom does not count for much.

Mohd Ali may be one of three Umno Vice-Presidents and one of 12 Barisan Nasional (BN) Menteris Besar and Chief Ministers, but the controversy he helped to spark is causing embarrassment to Umno, BN and the Prime Minister.

Had he been open about the US trip or had a better programme been arranged, the Prime Minister might have been spared the embarrassment.

Nobody can fault Lim for going to town with the story and for writing to the Prime Minister. He could even claim that he was being transparent and accountable when he made available, to the Press, his letter to the Prime Minister. After all, the Prime Minister himself had called upon the people to work with him and not for him and to tell him what he ought to hear and not what he likes to hear.

Kunjungan luar negeri ini memang menjadi kelaziman di Melaka, khususnya kerajaan tempatan di mana ahli Majlis Daerah Jasin pergi makan angin ke India dan ahli Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dibenarkan makan angin ke Australia dengan kos RM 100,000 pada Disember 2003 sungguhpun beberapa ahli MPAG ini sudahpun bersara. 

Penyalahgunaan kuasa oleh ahli Majlis kerajaan tempatan bukan setakat menggunakan wang awam pergi makan angin. Malah ia merangkumi penyewaan premis yang dibina oleh MBMB untuk kepentingan peniaga kecil. MBMB teah membelanjakan RM 8.5 juta untuk membina Hang Tuah Mall, satu skendal yang enggan dijawab oleh kerajaan negeri mengapa harga barangan berikut begitu mahal:

  • Oil palm untuk RM 99,600;

  • 5 buah kiosk untuk RM 350,000 ataupun RM 70,000 sebuah;

  • 20 buah tong sampah untuk RM 17,600 ataupun RM880 sebuh bila harga pasarannya adalah RM 80/-;

  • 20 buah bangku untuk RM 35,200 atau RM 1,760 sebuah; dan

  • sebuah pancut air kecil sebanyak RM 250,000/-.

Keengganan pihak kerajaan negeri dan MBMB menjawab mengapa kos barangan ini begitu mahal akan megesahkan syak-wasangka orangaramai bahawa berlakunya sesuatu yang tidak kena dalam projek ini.
 

Perlunya Kerajaan Tempatan Yang Dipilih Terus Oleh Rakyat: Haji Md. Sani bin Haji Jantan Patut Letak Jawatan Sebagai Ahli MBMB Dan Kakitangan Kerajaan Tidak Boleh Dilantik Berkhidmat Sebagai Ahli Kerajaan Tempatan

Di antara penyewa kiosk di atas adalah Tuan Haji Md. Sani bin Hj. Jantan, seorang ahli MBMB. Sehingga 22 Oktober 2004, tunggakan sewa beliau adalah RM 41,000. Beliau adalah di antara 6 orang peniaga yang berhutang tunggakan sewa kepada MBMB sebanyak RM 144,125. Adalah tidak betul seorang ahli MBMB berebut-rebut dengan orang awam peluang perniagaan yang diwujudkan oleh MBMB. 

Penjelasan MBMB bahawa Md Sani telah menyewa kiosk sebelum menjadi ahli MBMB tidak boleh diterima. Sebaik sahaja dilantik menjadi ahli MBMB, beliau seharusnya menyerahkan balik kepada MBMB semua menafaat yang diterima demi mengelakkan dakwaan timbulnya percanggahan kepentingan. Sekiranya beliau tidak sedia menyerahkan menafaat yang diterima maka beliau patut letak jawatan. 

Sebagai seorang ahli pentadbiran yang mengambil bahagian dalam keputusan berkaitan dengan peniaga kecil, beliau mesti membuktikan tidak ada sebarang kepentingan peribadi dalam urusan MBMB. Ini sama dengan mereka yang jadi ahli pentadbiran kerajaan menyerahkan semua kepentingan termasuk syarikat guaman. 

Walaubagaimanapun, samada Md Sani menyerahbalik kiosknya di Hang Tuah Mall, bukan lagi isu penting kerana beliau sudah tidak layak menjadi ahli MBMB memandangkan beliau bukanlah role model yang baik. Macam mana MBMB mempunyai “moral authority” menguatkuasakan undang-undang dan meminta peniaga kecil melunaskan sewanya sekiranya ahli MBMB dibenarkan hutang sebanyak RM 41,000/-.  

Tidak patutnya berlaku “double-standard” oleh kerajaan negeri mengejar peniaga kecil yang berhutang beberapa ratus ringgit telah membiarkan mereka yang berhutang berpuloh-puloh ribu ringgit. Adalah sungguh tidak bertanggungjawab politik kroni dibenarkan berlaku sehingga ahli MBMB yang tidak layak terus dikekalkan. 

Kakitangan kerajaan pun tidak seharusnya dilantik kerana akan menimbulkan pertindihan tugas kerja manakah yang harus diutamakan. Oleh demikian beberapa orang guru yang dilantik di MBMB seperti Puan Chiew Hong Lan dan seorang lagi di MPAG mesti dikaji semula. Di samping itu, kita mahukan ahli majlis kerajaan tempatan yang boleh suarakan dan selesaikan masalah rakyat, bukan contohnya mereka yang lebih berminat mendapat tuntutan RM 100 setiap kali gotong-royong diadakan. 

Perkhidmatan yang kurang memuaskan, double-standard dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan tempatan hanya menitikberatkan betapa pentingnya demokrasi dipulihkan dengan membenarkan rakyat memilih ahli majlis. Hanya demokrasi dapat menjaminkan akauntabiliti, ketelusan dan profesionalisma dalam penyampaian perkhidmatan yang baik dan teratur oleh majlis kerajaan tempatan. 

(28/3/2005)


* Betty Chew Gek Cheng, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka Dan ADUN DAP Kawasan Kota Laksamana