http://dapmalaysia.org  

Undang-undang yang perlu dipinda/dikaji semula bagi menghapuskan diskriminasi dan memelihara hak kaum wanita


Kenyataan Akhbar
oleh Fong Po Kuan

(Petaling Jaya, Rabu): Menyeru untuk mengkaji semula dan meminda undang-undang bagi menghapuskan diskriminasi dan memelihara hak kaum wanita

1.      Perlembagaan Persekutuan

Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa:

Schedule 2, Part II

  1. Subject to the provisions of Part III of this Constitution, the following persons born on or after Malaysia Day are citizens by operation of  law that is to say:-

(b) every person born outside the Federation whose father is at the time of the birth is a citizen and  was born in the Federation or is at time of the service of the Federation or of a State;

Seorang wanita Malaysia  berkahwin dengan lelaki asing dan melahirkan anak di dalam Malaysia, anak tersebut boleh menjadi warganegara tetapi jika anak tersebut dilahirkan di luar Malaysia, Perlembagaan tidak membenarkan

Di sebaliknya, jika seorang lelaki Malaysia mengahwini seorang wanita asing dan melahirkan anak di dalam atau di luar Malaysia, anak tersebut boleh menjadi warganegara Malaysia.

Ini bukan sahaja mendiskriminasikan kaum wanita yang berkahwin dengan lelaki asing tetapi ia turut menyusahkan kaum wanita Malaysia apabila lelaki asing menceraikannya dan meninggalkan anak yang merupakan warganegara asing.  Jika anaknya perlu menetap bersama-sama dengan ibunya di Malaysia, anaknya perlu sentiasa memperbaharui pas lawatan sosialnya dan kemudian memohon pas pelajar ( perlu diperbaharui setiap tahun bersertakan surat daripada pihak jabatan pendidikan dan pihak sekolah)
 

Perkara 15 Perlembagaan Malaysia pula memperuntukan bahawa

(1)        Subject to Article 18, any married woman whose husband is a citizen is entitled, upon making application to the Federal Government, to be registered as a  citizen if the marriage was subsisting and the husband a citizen at the beginning of October 1962, or if she satisfies the Federal Government-

        a) that she has resided in the Federation throughout the two years preceding the date of the
application and intends to do so permanently  and

b)that she is of good character

Seorang isteri asing adalah boleh menjadi warganegara Malaysia melalui pendaftaran jika ia memenuhi syarat-syaratnya tetapi tiada peruntukan yang sedemikian bagi seorang suami asing.

 

2.  Akta Imigresen 1959/63 (Revised 1975)

S. 12  Akta Imigresen 1959/63  memperuntukan bahawa

Endorsement of name of wife and children on Permits, Passes and Certificates

Subject to such conditions as may be prescribed it shall be lawful for the Director General, on application made in that behalf in the prescribed form by the holder of, or by an applicant for, a permit, Pass or Certificate to endorse upon the Permit, Pass or Certificate issued to the person the name or names of the wife or child of that person.

 Ini menyebabkan bahawa seorang wanita yang memegang pas pekerja atau permit kerja tidak boleh memasukkan nama suaminya tetapi, sebalik bagi pemegang pas pekerja lelaki.

 

3.   Regulation 10 (1)  Immigration Regulation 1963

 Regulation 10 (1)  Immigration Regulation  memperuntukan – Dependant’s Pass

A Dependants’ Pass may be issued by the Controller to any person other than a prohibited immigrant being the wife or dependent child of the holder of a valid Employment Pass to enable such wife or child to accompany or join such holder and remain with him in the Federation.

Peraturan ini mendiskriminasikan kaum wanita yang mempunyai suami asing.  Ini menyebabkan wanita (termasuk wanita Malaysia) mengalami kesulitan untuk bersama-sama suami asingnya jika mereka memilih menetap dan bekerja di Malaysia.   Suami asing hanya dikeluarkan pas lawatan sosial dan menetap untuk jangka masa yang pendek sahaja di Malaysia.

Tambahan suami asingnya tidak boleh bekerja di Malaysia kecuali majikan memohon permit kerja baginya.

Sebaliknya, seorang isteri asing boleh dibawa masuk dengan “Dependant pass” dan boleh memohon untuk bekerja.

4.      Akta Keganasan Rumah Tangga 1994

  • Keperluan mempermudahkan proses permohonan perintah perlindungan interim
  • Pegawai penguatkuasa ie polis dan pegawai kebajikan perlu lebih sensitive kepada mangsa keganasan rumah tangga  (contoh: tidak patut melihat pengadu keganasan rumah tangga sebagai hal keluarga dan enggan bertindak)
  • proses mahkamah dan penyampaian perintah perlindungan mengambilmasa.  Akta perlu memperuntukkan bahawa perintah perlindungan perlu diserahkan kepada pihak tertuduh di dalam satu tempoh masa tertentu.  Jika pegawai penguatkuasa gagal berbuat demikian, ia adalah satu kesalahan di dalam sisi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman.

5.      Akta Membaharui (Perkahwinan & Penceraian) 1976

S. 77 & S.78  Nafkah

Pada masa kini, pihak isteri dan anak yang telah diputuskan untuk memperolehi nafkah , pihak suami gagal mematuhi keputusan tersebut, terpaksa pergi ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

Ini amat menyulitkan pihak isteri kerana ia melibatkan masa dan kos mahkamah. 

Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa Akta dipinda dengan memperuntukan bahawa si suami harus membayar nafkah kepada sebuah dana yang diuruskan oleh kerajaan. 

Ini akan memudahkan proses tuntutan nafkah bagi pihak isteri dan anaknya.  Bayaran nafkah bulanan yang diputuskan oleh mahkamah akan diberi kepada isteri dan anaknya daripada dana ini.

Jika suami gagal membayar kepada dana tersebut, pihak kerajaan akan mengambil tindakan mahkamah dan bukan isterinya.

6.  Guardianship Infant’s Act 1963

Walaupun Akta ini telah dipinda dan memperuntukan hak saksama penjagaan anak oleh ibu dan bapa tetapi hakikatnya, pihak sekolah masih kurang jelas berkenaannya. Dalam satu kisah benar,seorang suami dan isterinya telah tidak tinggal bersama kerana si suami mempunyai perhubungan dengan wanita yang lain, isteri telah cuba untuk memohon anaknya dipindah ke sebuah sekolah lain yang lebih dekat dengan rumahnya, pihak sekolah tidak mengizinkan dan memberi alasan bahawa tanpa kebenaran daripada bapanya, pihak sekolah tidak boleh membenarkan permohonan tersebut.

(11/5/2005)


* Fong Po Kuan, Setiausaha Organisasi Wanita DAP dan Ahli Parlimen untuk Kawasan Batu Gajah