Hentikan Penyalahgunaan Peraturan Pematuhan Kenyataan Akhbar oleh Fong Po Kuan (Ipoh, Selasa): Media telah melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hasaan berkata bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menerima pelbagai kritikan serta PDRM memerlukan kritikan orang ramai bagi mempertingkatkan perkhidmatannya.(Mingguan Malaysia,15.5.2005) Datuk Seri Musa telah berkata sedemikian apabila diminta untuk mengulas laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM. DAP menyambut baik kenyataan Datuk Seri Musa tersebut yang berminda terbuka dan bersedia memperbaiki PDRM tersebut tetapi, pada masa yang sama adalah menjadi harapan orang ramai bahawa rakan sejawatnya di PDRM turut akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan bersedia menerima kritikan daripada orangramai di sepanjang masa. Sejak bulan Jun, 2004, saya telah menerima tidak kurang daripada 800 keping notis pos daripada penduduk-penduduk kampung yang mendakwa mereka melanggar pelbagai peraturan lalulintas. Mereka amat tidak puas hati dengan pendekatan yang digunakan oleh pegawai polis tersebut. Penduduk-penduduk di kampung-kampung berikut yang terlibat iaitu:- Kampung Baru Nalla, Kampung Baru Bali, Kampung Baru Bemban, Pusing, Tronoh, Tanjung Tualang, Kampung Sentang, Kampung Baru Lawan Kuda, Kopisan. Secara ringkas, kawasan yang terletak di Kawasan Parlimen Batu Gajah, Kampar dan Gopeng iaitu di bawah bidangkuasa Ketua Polis Daerah Kinta di Batu Gajah. Kesemua dakwaaan kesalahan lalulintas adalah dimaklumkan kepada penduduk Kampung i) Notis Pos (seperti saman ekor) ii) ii) Melibatkan motosikal sahaja iii) Tempat kesalahan di jalan kampung baru. Di antara dakwaan kesalahan yang dilakukan adalah seperti berikut:-
Apa yang mengejutkan adalah ada di antara mereka yang menerima dua keping notis sedemikian di atas dakwaan tidak memakai topi keledar pada masa dan tarikh yang sama. Terdapat juga kes di mana pengadu mendakwa tidak pernah pergi ke tempat yang didakwa melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar. Kesemua notis dakwaan kesalahan lalulintas ini dikirimkan kepada tuanpunya motosikal melalui pos laju.
Polis “Senyap” Menguatkuasakan Peraturan
Lalu lintas Tambahan, apakah patut pendekatan sedemikian, secara “bersenyap” digunakan bagi penguatkuasan peraturan lalulintas di jalan kecil/jalan kampong baru lebih-lebih lagi, motosikal di kawasan ini adalah bergerak dengan lambat. Saya telah membangkitkan perkara ini dengan Ketua Polis Daerah Kinta di Batu Gajah tetapi diberitahu bahawa, pihak polis adalah menjalankan tugas mengikut peraturan pematuhan. Malahan Ketua Polis Daerah ada memaklumkan bahawa Peraturan ini akan dipakai ke atas mereka yang lari daripada pihak polis semasa penguatkuasaan dijalankan sahaja. Tetapi, realitinya, Peraturan pematuhan tidak digunakan bagi situasi sedemikian sahaja.
Rayuan kepada Ketua Polis Daerah Kinta
Gagal
Rayuan kepada Ketua Trafik Pasukan Gagal Saya tidak mempersoalkan bahawa ia adalah demi keselamatan penduduk kampung jika mereka memakai topi keledar. Tetapi, persoalannya, pendekatan polis mencatat nombor pendaftaran mereka secara “senyap” dan mendakwa mereka tidak memakai topi keledar apakah ini pendekatan yang adil dan patut? Malahan, adalah jarang kemalangan jalanraya berlaku di jalan kampung baru ini kerana ke semua kenderaan adalah tidak bergerak laju. Penguatkuasaan lalulintas seharusnya dipertekankan di jalan besar dan bukannya di jalan kampung ini.
Tanpa ruangan “bela diri” kecuali
Mahkamah Akan tetapi, di dalam kes ini, pemilik motosikal tidak mempunyai sebarang ruangan “membela diri”. Pihak polis tidak membekalkan gambar. Notis pos ini meletakkan beban bukti ke atas pemilik kenderaan untuk membuktikannya tidak melanggari peraturan lalu lintas tersebut, tetapi, pada masa yang sama tiada ruangan membenarkannya untuk berbuat demikian kecuali pergi ke mahkamah.
Perkara dibangkitkan di Parlimen Pada pendapat saya, pendekatan yang digunakan oleh polis ini adalah tidak adil kepada penduduk-penduduk kampung. Memandangkan masalah kekurangan polis yang serius serta pelbagai masalah keselamatan perlu ditangani, hal-hal ini adalah perlu diberi perhatian dan keutamaan oleh pihak polis dan bukannya menguatkuasakan kesalahan lalulintas, tidak memakai topi keledar di kampung baru secara “senyap” oleh pegawai polis. Saya amat berharap,Datuk Seri Musa Hassan dapat menasihati Ketua Polis Daerah Kinta di Batu Gajah agar mendengar aduan penduduk-penduduk kampung ini dan menghentikan penguatkuasaan peraturan lalulintas sedemikian yang juga penting bagi memastikan hubungan mesra sentiasa dijalin di kalangan penduduk kampung dengan polis. Aduan kepada SUHAKAM berkenaan perkara ini adalah pilihan terakhir para penduduk kampung. Penduduk- penduduk kampung di Gopeng, Batu Gajah dan Kampar, berharap melalui SUHAKAM, aduan ini akan disiasat dan pihak SUHAKAM dapat menasihati Ketua Polis Daerah Kinta menghentikan pendekatan penguatkuasaan lalulintas sedemkian. (18/5/2005) * Fong Po Kuan, Setiausaha Organisasi Wanita DAP dan Ahli Parlimen untuk Kawasan Batu Gajah |