Kami- YB Fong Po Kuan, YB Tan Lian Hoe, Wakil- Wakil Bahagian Wanita Dewan Perhimpunan Cina Perak dan Penduduk-penduduk Perak berharap Syarikat MAS Dapat Memberi Layanan yang Adil dan Saksama kepada Kesemua Kakitangannya Kenyataan Akhbar Bersama di Dewan Chin Woo oleh Fong Po Kuan (Ipoh,Sabtu ): Kami dengan ini ingin menyuarakan sokongan dan sumbangan kami kepada Tabung Beatrice Fernandez, di mana Beatrice adalah seorang bekas kabin krew wanita MAS yang telah ditamatkan perkhidmatannya selepas mengandung. Pada bulan Ogos 2003, Mahkamah rayuan telah menolak rayuannya dan tabung Beatrice ini ditubuhkan untuk membantunya membayar kos mahkamah kepada MAS. Media pada hari kelmarin telah melaporkan kes-kes di mana bekas kabin krew wanita MAS telah menyuarakan kekecewaan terhadap dasar syarikat tersebut yang didakwa telah mendiskriminasikan dan menafikan mereka sebagai kabin krew wanita cuti bersalin dan faedah persaraan. Pada tahun 2001, Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memperuntukkan bahawa tidak boleh ada diskriminasi berdasarkan jantina. Malahan, baru-baru ini, di Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mengenai Pembangunan Wanita di Putrajaya telah meluluskan dan menerima pakai Deklarasi Putrajaya yang terdiri daripada 9 perkara bagi tujuan untuk memperkasakan kaum wanita serta mencapai kesaksamaan dan keadilan gender dalam era globalisasi dan abad ke 21 ini. Oleh itu, syarikat MAS yang didakwa oleh bekas kabin krew wanitanya bahawa MAS mengamalkan dasar yang mendiskriminasikan kabin krew wanita kabin krew wanitanya harus dihentikan agar selaras dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan dan dasar kerajaan yang mengakui hak saksama kaum wanita di masyarakat dan negara ini. Dasar MAS yang didakwa mendiskriminasikan kabin krew wanita kabin krew wanitanya adalah seperti berikut:- 1. Umur bersara pada 40 tahun atau 45 tahun jika ketua kabin krew wanita. Umur bersara bagi kabin krew lelaki 55 tahun. 2. Hanya boleh mengandung selepas berkhidmat 5 tahun dan terhad kepada 2 orang anak. 3. Apabila mengandung, diwajibkan mengambil cuti tanpa gaji dan faedah perubatan. Hanya akan di beri cuti bersalin 60 hari (bergaji) 4. Selepas 90 hari bersalin, bentuk dan berat badan harus tidak boleh lebih daripada 5 kg sebelum mengandung, jika tidak, diwajibkan berhenti. Dasar MAS sedemikian yang mengadakan kawalan seperti bila dan berapa orang anak boleh dilahirkan oleh kabin krew wanitanya adalah tidak menghormati hak bersalin wanita. Manakala, menwajibkan mereka bersara pada umur 40 tahun atau 45 tahun atau kerana tidak dapat mengurangkan berat badannya selepas bersalin atau tidak mampu memakai pakaian seragam MAS diwajib meletak jawatan, adalah memberi gambaran Nampaknya, MAS kurang menilai kabin krew wanitanya berdasarkan kemampuan, kebolehan dan pengalaman mereka di dalam menjalankan tugas mereka. Sebaliknya, MAS lebih menekankan umur yang muda, kecantikan luaran termasuk bentuk badan kabin krewnya, seolah-olah menonjolkan kabin krew wanitanya sebagai “daya tarikan” di dalam menjalankan perniagaannya. Kemampuan dan kejayan MAS memenangi pelbagai anugerah iaitu 4 anugerah kerana perkhidmatannya yang baik pada tahun 2004 termasuk anugerah World’s Best Cabin Crew berturut-turut sejak tahun 2002-2004 adalah tidak dapat dinafikan adalah juga disumbangkan oleh kabin krew wanitanya. Oleh itu, kami berharap syarikat MAS dapat memberi layanan yang adil dan saksama kepada kepada kesemua kakitangannya
Kami berharap syarikat MAS menyeru
organisasi, persatuan dan individu turut akan bersama-sama
menyuarakan sokongan mereka kepada kabin krew wanita MAS dengan
menderma RM 2 kepada tabung tersebut. (21/5/2005) * Fong Po Kuan, Setiausaha Organisasi Wanita DAP dan Ahli Parlimen untuk Kawasan Batu Gajah |