MAS patut tarik balik tuntutan kos terhadap Beatrice dan hentikan diskriminasi terhadap kaum wanita bagi membalas budi, bantuan dan sumbangan kaum wanita Negara ini Kenyataan Akhbar oleh Fong Po Kuan (Ipoh, Rabu ): DAP Wanita menyeru MAS membalas kepada budi, bantuan dan sumbangan yang diberi kepada MAS oleh kaum wanita negara ini dengan menarik balik tuntutan kos mahkamah dan gantirugi terhadap Beatrice Fernandez, seorang bekas pramugari MAS pada Jumaat ini dan menghapuskan segala amalan diskriminasi terhadap kaum wanita. Mahkamah Rayuan telah menetapkan 27 Mei ini bagi mendengar taksiran kos mahkamah dan gantirugi yang perlu dibayar oleh Beatrice kepada MAS. Beatrice telah berkhidmat kepada MAS selama 11 tahun sebelum mengandung dan diberhentikan kerja oleh MAS.
Wanita juga Penyelamat MAS pada tahun
2001 Ketika menjawab pertanyaan berkenaan isu ini di Dewan Rakyat, bekas Menteri Tugas-Tugas Khas dan Menteri Kewangan, Tun Dato’ Daim Zainuddin telah memberitahu Parlimen bahawa pembelian saham MAS adalah untuk menyelamatkan MAS kerana MAS mengalami kerugian selepas cukai berterusan iaitu sebanyak RM 296.6 juta bagi tahun kewangan 1997-1998 dan seterusnya sebanyak RM 255.7 juta bagi tahun kewangan 1999-2000. Daim juga berkata bahawa pembelian MAS oleh kerajaan adalah bagi mempertahankan maruah Negara, satu aset Negara dan industri strategi Negara kerana MAS adalah sebuah syarikat penerbangan nasional (national carrier) dan peranan MAS adalah kritikal dalam pembangunan negara dari aspek ekonomi dan integrasi nasional. Daim terus menambah dan berkata sebagai rakyat Malaysia kita perlu melihat ini (MAS) sebagai satu lambang kebanggaan negara dan kerajaan perlu mempertahankannya agar ia terus dimiilik oleh rakyat Malaysia.
MAS membalas kaum wanita dengan tanpa
penghormatan kepada kaum wanita MAS memperuntukan kabin krew wanitanya tidak boleh melahirkan anak di dalam masa 5 tahun perkhidmatannya dan hanya terhad kepada dua orang anak. Tambahan, menurut satu laporan, MAS mengaut keuntungan selepas cukai sebanyak RM 461.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31.3.2004 iaitu satu kenaikan berbanding dengan RM 336.5 juta bagi tahun kewangan yang lalu. Ia adalah satu keuntungan terbaik sejak ia disenaraikan pada tahun 1985. Kemampuan MAS pulih daripada masalah kewangannya dan memperolehi pelbagai anugerah termasuk, the World’s Best Cabin Staff bagi tahun 2001-2004 dan kewangan yang semakin kukuh ini , MAS harus mengenang budi dan membalas budi kaum wanita Negara ini dengan langkah pertamanya membatalkan tuntutan kos mahkamah dan gantirugi terhadap Beatrice Fernandez dan seterusnya diikuti dengan menghapuskan amalan diskriminasi terhadap wanitaLebih daripada 60% sumber tenaga (work force) MAS adalah kaum wanita. Kerajaan pantas selamat MAS tetapi lambat menghapuskan diskriminasi terhadap kaum wanita di MAS Kerajaan begitu pantas bertindak menyelamatkan MAS tetapi, kesalnya, sehingga ke hari ini masih tidak nampak sebarang tindakan daripada pihak Kerajaan bagi memastikan MAS menghapuskan amalan diskriminasinya terhadap wanita. MAS adalah sebuah Government Link Companies ( GLC) . Kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Seri Abdullah Badawi tidak boleh berterusan dilihat sebagai barisan pemimpin yang tahu bercakap tetapi tidak mengambil tindakan proaktif. Abdullah Badawi harus menunjukkannya adalah seorang pemimpin dan Perdana Menteri yang pentingkan sumbangan kaum wanita, hormati hak wanita dan bukan seorang “pemimpin setakat berniat tetapi mengambil tindakan juga”. ( not a man of intention only but a man of deed). (25/5/2005) * Fong Po Kuan, Setiausaha Organisasi Wanita DAP dan Ahli Parlimen untuk Kawasan Batu Gajah |