http://dapmalaysia.org  

Memorandum Meminta YAB Dato' Seri Mengarah MAS Untuk Menghentikan Diskriminasi Terhadap Pramugari MAS


Memorandum
oleh DAP Wilayah Persekutuan

(Putrajaya, Khamis):

26 Mei 2005

Kepada
YAB Dato' Seri Abdullah Badawi
Perdana Menteri Malaysia.

YAB Dato' Seri,

Memorandum Meminta YAB Dato' Seri Mengarah MAS Untuk Menghentikan Diskriminasi Terhadap Pramugari MAS
============================================================

Kami merasa amat tidak puas hati dan tersinggung terhadap syarat perkhidmatan yang dikenakan terhadap pramugari MAS dalam perjanjian kolektif di antara pihak pengurusan MAS dengan kesatuan sekerjanya (
Malaysian Airline System Employees Union (MASEU)), khususnya dari segi umur bersara dan penghamilan pramugari:  

1) Umur Bersara

Pramugari MAS dipaksa untuk bersara pada umur 40 dan 45 tahun bagi penyelia, manakala pramugara MAS bersara pada umur 55 tahun.

Pada umumnya, umur bersara pramugari di syarikat penerbangan antarabangsa yang lain adalah jauh lebih tinggi daripada umur bersara di MAS. Misalnya: Air India: 60 tahun, Cathay Pacific: 60 tahun, All Nippoin Airways: 65 tahun dan Lufthansa: 60 tahun. Dengan itu, kami merasa amat kesal kerana syarikat penerbangan negara kita  kelihatan lebih diskriminasi terhadap pramugari kita berbanding dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang lain.  

Kami juga merasa tersinggung dengan "double standard" yang digunapakai oleh majikan MAS terhadap pramugarinya, di mana pramugari asing yang berkhidmat dengan MAS dibenarkan untuk bersara pada umur 60 ataupun 65 tahun, iaitu mengikut umur bersara negara asal mereka, tetapi MAS menggunakan standard had umur yang berlainan terhadap pramugari Malaysia.

Had umur perkhidmatan pramugari MAS sehingga umur 40 tahun ini telah menyebabkan pramugari kehilangan pendapatan sebanyak RM414,000 (RM2,300 gaji sebulan x 12 bulan x 15 tahun yang lebih) berbanding dengan pramugara di MAS yang bersara pada umur 55 tahun, dan pramugari ini hanya mendapat graduti sebanyak RM16,000 sekiranya mereka berkhidmat dengan MAS selama 20 tahun (kiraan graduti ialah: RM800 setahun x 20 tahun).

Sehubungan dengan itu, adalah amat sukar bagi wanita yang berumur pada 40 tahun ataupun ke atas untuk mencari kerja yang sesuai bagi mereka selepas mereka meninggalkan kerja mereka di MAS. Selain itu, dengan pemergian pramugari yang mempunyai banyak pengalaman perkhidmatan pelanggan pada umur 40 tahun, MAS juga terpaksa membelanjakan lebih wang untuk melatih pramugari muda yang baru masuk ke bidang tersebut. Ini menunjukkan syarat perkhidmatan MAS terhadap pramugari ini sebenarnya adalah tidak menguntungkan mana-mana pihak.  

2) Cuti Bersalin dan Had Untuk Melahirkan Dua Anak

Perjanjian kolektif di antara pengurusan MAS dengan MASEU menetapkan bahawa seseorang pramugari MAS hanya boleh beranak sekiranya dia berkhidmat dengan MAS selama 5 tahun ataupun lebih daripada 5 tahun, selain itu, kesalnya seseorang pramugari yang berhamil dipaksa untuk mengambil cuti tanpa gaji sejak dia berhamil pada bulan kedua sehingga dia melahirkan anak dan tamat tempoh pengurungannya.

Syarat perkhidmatan tersebut adalah amat tidak adil bagi pramugari kerana sebenarnya seseorang wanita yang berhamil amat memerlukan wang untuk membiayai kos perubatan di samping menanggung kehidupan keluarganya. Syarat tersebut adalah jelas mencabuli hak pekerja wanita.

Selain itu, syarat perkhidmatan dalam perjanjian kolektif juga menghadkan pramugari untuk melahirkan “tidak melebihi dua anak” sahaja dan seseorang pramugari akan dipaksa untuk meletakkan jawatan sekiranya dia berhamil lebih daripada 2 kali. 

Syarat Perkhidmatan MAS Mencabuli Perlembagaan Persekutuan, CEDAW dan Akta Pekerjaan 1955   

i)                    Perlembagaan Persekutuan

Syarat perkhidmatan dalam Perjanjian Kolektif di antara majikan MAS dengan MASEU adalah bercanggah dengan artikel 8(2) dalam Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:

"Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa tred, perniagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan.

ii)                 Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW)

Syarat perkhidmatan MAS terhadap pramugarinya juga bercanggah dengan artikel 11 dalam konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, iaitu Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), yang mana Malaysia merupakan salah satu negara penandatangan yang menyatakan:

1.  State Parties shall take all appropriate measures to eliminate discrimination against women in the field of employment in order to ensure, on a basis of equality of men and women, the same rights, in particular:

a)  The right to work as an inalienable right of all human beings:

e)  The right to social security, particularly in cases of retirement, unemployment,

sickness, invalidity and old age and other incapacity to work, as well as the right to paid

leave.

f)  The right to protection of health and to safety in working conditions, including the safeguarding of the function of reproduction;

 

2. In order to prevent discrimination against women on the grounds of marriage or maternity and to ensure their effective right to work, State Parties shall take appropriate measures:

a.    To prohibit, subject to the imposition of sanctions, dismissed on the grounds of pregnancy or of maternity leave and discrimination in dismissals on the basis of marital status;

b.    To introduce maternity leave with pay or with comparable social benefits without loss of former employment, seniority or social allowance.
 

iii)                Akta Pekerjaan 1955

Syarat MAS yang menghadkan pramugarinya untuk melahir dua orang anak bercanggah dengan seksyen 37(1)(c) dalam Akta Pekerajaan 1955, iaitu:

“Walau apa pun peruntukan perenggan subseksyen (a) seseorang pekerja wanita tidak berhak mendapat elaun bersalin jika pada masa ia bersalin itu ia telah mempunyai lima atau lebih anak yang masih hidup.”

Cadangan Kami:

1)      Umur Bersara

Umur bersara ramugari disamakan dengan pramugara, iaitu sehingga 55 tahun.  

2)      Cuti Bersalin

Pramugari yang berhamil dan bersalin harus seharusnya dibayar gaji penuh, cuti perubatan dan cuti bersalin sehingga tamat tempoh pengurungan.

3)      Had Untuk Memperolehi Dua Anak  

MAS harus memenuhi seksyen 37(1)(C) dalam Akta Pekerja 1955 yang menjami seseorang pekerja wanita diberi gaji dan manfaat penuh sehingga 5 orang anak yang masih hidup.   

Kesimpulan

Pengerusi NAM Haruslah Menunjukkan Kepemimpinan Melalui Teladan
Kami ingin menyampaikan sokongan kami terhadap usaha kerajaan untuk meningkatkan kedudukan wanita dengan menganjurkan Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Mengenai Kemajuan Wanita pada 8 Mei 2005 di Putrajaya dan cadangan Perdana Menteri untuk menubuhkan Pusat Kajian dan Pembangunan Gender
NAM di Malaysia sebagai institusi antarabangsa bagi memperkasakan wanita. Kami berpendapat sekiranya Perdana Menteri Malaysia sebagai Pengerusi NAM dan penganjur sidang antarabangsa untuk memperkasakan wanita gagal menyakinkan syarikat penerbangan negara kita untuk mengadakan syarat perkhidmatan yang adil dan saksama terhadap pramugarinya, ini memang merupakan satu tamparan hebat terhadap pihak kerajaan dan Perdana Menteri kita.

Minta PM Menghentikan Permintaan Kos Mahkamah Terhadap Beatrice Fernandez
Memandangkan MAS tengah memaksa bekas pramugari yang dipecat olehnya kerana beranak, Beatrice Fernandez yang kalah dalam sut mahkamahnya untuk menuntut keadilan bagi dirinya daripada membayar kos mahkamah yang melebihi RM100,000, kami menyeru pihak kerajaan bercampurtangan dalam hal ini dan mengarah MAS untuk menarik balik permintaan kos mahkamah daripada beliau.

PM Diminta Bercampurtangan Dalam Penggubalan Syarat Perkhidmatan Dalam Perjanjian Kolektif MAS Dalam Bulan Ogos
Kami difahamkan bahawa perjanjian kolektif di antara pengurusan MAS dengan MASEU akan tamat dalam bulan Ogos 2005 dan perjanjian kolektif baru akan digubal selepas itu. Kami berharap YAB Perdana Menteri boleh bercampurtangan dalam penggubalan perjanjian kolektif ini supaya perjanjian kolektif ini bukan sahaja boleh menuntut keadilan bagi pramugari MAS, tetapi ia juga akan mengikuti artikel yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Pekerjaan, CEDAW dan juga usaha YAB Perdana Menteri untuk memperkasakan status dan kedudukan wanita dalam Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Mengenai Kemajuan Wanita baru-baru ini.

Semoga permintaan dan rayuan kami akan diterima baik oleh YAB dan didahulukan terima kasih.

DAP Wilayah Persekutuan

 

(26/5/2005)


*  DAP Wilayah Persekutuan