http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Memberi layanan dan peruntukan secara adil dan saksama kepada semua jenis sekolah tanpa mengira kaum, agama dan jenisnya


Ucapan Bajet 2006
oleh Chong Eng

(Parlimen, Khamis):

 

Tuan Pengerusi,

Saya rujuk kepada p41, butiran (projek) 00100 Pendidikan Pra sekolah dan Rendah. Kematian cikgu Chan Boon Heng semasa bertugas kerana terpijak rantai reput di tingkat atas SRJKC Keat Hwa K sangat menyedihkan hati kita semua, termasuk menteri pelajaran dan lain-lain menteri. Kematiannya juga telah menggemparkan Kabinet dan mengakibatkan pihak Kabinet secara cepat meluluskan peruntukkan sebanyak10 juta ringgit untuk menyenggara bangunan-bangunan yang tidak selamat di semua sekolah.

Bagi  keluarga Cikgu Chan Boon Heng, peruntukan ini adalah terlambat, tidak dapat menyelamatkan nyawa ahli keluarga yang mereka sayangi. Tetapi kepada beribu-ribu pelajar dan guru yang lain, yang terpaksa menggunakan bangunan-bangunan yang usang dan mungkin kurang selamat, peruntukan ini yang dinanti-nantikan amatlah penting untuk
menggelakkan sebarang peristiwa kehilangan nyawa disekolah yang mungkin berlaku

Pihak kementerian sehingga hari ini masih tidak dapat mengenalpasti jumlah bilangan sekolah yang mempunyai bangunan tidak selamat digunapakai. Tetapi timbalan menteri pelajaran telah menggatakan terdapat 110 buah SRJK Cina
yang mem
erlukan peruntukan untuk memperbaiki bangunan yang usang dan rosak secara segera. Angka ini adalah jauh lebih banyak daripada 7 buah yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran dalam bulan September tahun ini.

Semasa merasmikan mesyuarat gurubesar-gurubesar sekolah tamil dalam bulan Julai tahun ini Pengerusi MIC selaku menteri kerja raya mengatakan bahawa terdapat 110 buah SRJK Tamil berada dalam keadaan usang dan serba
kekurangan dan tidak sesuai lagi digunakan. Beliau menyeru kerajaan membina semula 10 hingga 15 buah sekolah setiap tahun bagi 10 tahun yang akan datang.

Dalam Bulan Oktober 2004, Setiausaha Parlimen Kementeri Pelajaran mengatakan bahawa di Negeri Sembilan sahaja, terdapat 10 buah SRJK Tamil yang tidak lagi selamat diguna
 
Saya percaya terdapat juga sekolah-sekolah kebangsaan yang berkeadaana kurang memuaskan dan tidak selamat, khasnya yang berada di luar bandar dan kawasan pedalaman negeri Sarawak dan Sabah.

Bangunan-bangunan sekolah tidak akan menjadi tidak selamat dalam tempoh yang singkat. Terdapat bagitu banyak sekolah mempunyai bangunan yang tidak selamat menunjukkan “Something is wrong with the ministry”.

Kedua-dua menteri dan timbalan menteri pelajaran telah memberi amaran supaya jangan “mempolitikkan” isu kematian cikgu Chan Boon Heng. Ketika Menteri Pelajaran menghadiri jamuan makan malam patriotisma di Gopeng, beliau
mengatakan bahawa kerajaan sedang dalam usaha membela kedudukan semua jenis sekolah tanpa mengira aliran dan jenisnya dan isu kematian cikgu Chan Boon Heng ialah isu keselamatan dan ia tidak berhubungkait dengan bantuan model. Ia perlu dilihat dalam konteks kedudukan sekolah yang tidak selamat.

Kami, parti DAP amat berharap isu pendidikan dilihat dalam konteks pendidikan dan kejadian kematian cikgu Chan Boon Heng memang merupakan suatu isu keselamatan sekolah. Persoalan yang ditimbulkan ialah bagaimana kejadian
ini boleh berlaku? Dan bagaimana begitu banyak sekolah mempunyai bangunan yang tidak selamat , diantaranya masalah telah wujud beberapa tahun seperti SRJKC Keat Hwa S, dan tidak mendapat peruntukan untuk senggara atau
membina semula walaupun permohonan telah banyak kali dikemukakan?

Banyak pertubuhan bukan kerajaan telah mengemekakan kenyataan meminta kerajaan menyalurkan peruntukan secara adil dan saksama kepada semua sekolah tanpa kira aliran dan jenisnya. Diantaranya ialah Persatuan Sekerja Gurubesar-Gurubesar sekolah jenis kebangsaan Cina.

Terdapat juga mereka daripada pihak pemerintah yang mengemukakan kenyataan menyeru agar pihak kerajaan memberi peruntukan secara adil kepada semua jenis sekolah. Salah seorangnya ialah Setiausaha Parlimen Kementerian
Kesihatan merangkap Ahli Parlimen kawasan Jelutong dan Pemuda Gerakan Negeri .

Tuan Pengerusi,

Memberi
layanan secara adil dan saksama kepada semua sekolah dan memberi peruntukan secara adil dan saksama serta tidak kira kaum, agama dan jenisnya, samada bantuan penuh atau bantuan model memang kehendak dan hasrat masyarakat Cina dan masyarakat India juga. Jadi saya berharap semua ahli Parlimen yang mewakili kepentingan rakyat dan berjiwa rakyat dapat menyokong ketetapan bahawa :

1.        memberi layanan dan peruntukan yang adil dan saksama kepada semua sekolah,

2.        mewujudkan dana atau peruntukan penyenggaraan yang cukup untuk memperbaiki atau membina semula semua bangunan yang tidak selamat di setiap sekolah

3.        mewujudkan butiran dan menyediakan peruntukan untuk penyenggaran bangunan sekolah dalam Rancangan Malaysia  ke-9 .

4.        mewujudkan butiran dan menyediakan peruntukan untuk kerja pembangunan SRJK( C ) dan (T) dalam Rancangan Malaysia Ke-9.


Saya minta sesiapa YB yang bantah ketetapan yang disebutkan di atas menyuarakan bantahan sekarang dan memberi penjelasan.

Sekiranya tiada bantahan maka ini bermakna semua ahli parlimen menyokong dan kalau begitu saya berharap kerajaan akan melaksanakan ketetapan ini.

Saya berharap Menteri Pelajaran juga menerima ketetapan demi membuktikan bahawa beliau dan kerajaan BN bukan sahaja setakat cakap sahaja, tetapi  cakap serupa bikin,  “action”nya dan dasarnya, juga bertindak adil kepada
semua sekolah, pelajar dan cikgu, tidak kira jenis, kaum dan agama.

 

(13/10/2005)


* Chong Eng, Timbalan Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: