Apakah terjadi dengan nasihat konsultan untuk menjadikan jejambat Kepong
kalis air?
Komen
oleh
Tan Seng Giaw
(Kepong, Rabu):
Timbalan Pengerusi Kebangsaan
DAP meminta Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu menjelaskan
mengapa Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak mengikut nasihat Halcrow,
konsultan British, untuk mencegah air hujan daripada meresapi ke dalam
keretakan tiang-tiang jejambat Kepong.
Pada 17 Oktober, 2005, beberapa menteri hadir di dalam Dewan untuk
menjawab solan-soalan ahli-ahlinya. Ini adalah menggalakkan. Samy
menerangkan perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam perbahasan
Bajet 2006 peringkat dasar seperti Lebuhraya Kuala Lumpur--Putrajaya,
Lembaga Jurutera dan jejambat Kepong.
Projek Pakej 11A, Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) (jejambat Kepong),
bermula pada 1999. Setakat ini, sekurang-kurangnya lapan konsultan
asing telah dijemput untuk rekabentuk dan kemudian keretakannya yang
dilihat sejak Ogos 2000.
Setelah dibuka ke trafik untuk enam saluran jejambat tersebut, ia
ditutup oleh JKR pada 8 Ogos, 2004, menyebabkan kesesakan yang teruk.
Apakah kriteria untuk penutupannya? Siapa yang telah membuat tafsiran?
Pada 12 Ogos, 2004, pakar United Kingdom, Halcrow, telah dilantik,
diikuti dengan pembukaan semula jejambat itu pada 12 November, 2004
untuk hanya empat saluran sahaja. Menteri Kerja Raya mengatakan JKR
menurut nasihat pkar itu. Pada 26 Januari, 2005, konsultan berkenaan
menemui kimia ettringite di dalam keretakan tiang-tiang jejambat.
Syarikat itu mencadangkan supaya JKR menjadikan jejambat kalis air
kerana kimia luar biasa itu memerlukan air. Dengan air, ia dapat
berkembang , mengakibatkan keretakan yang serius.
Selepas lebih lapan bulan cadangan kalis air dibuat, JKR belum
mengambil tindakan. Apakah sebabnya?
(19/10/2005)
* Tan Seng
Giaw, Timbalan Pengerusi dan Ahli Parlimen Bagi Kawasan Kepong
|