http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Ucapan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka Dan ADUN Kawasan Kota Laksamana Betty Chew Gek Cheng Dalam Perbahasan Enakmen Perbekalan Tambahan(No. 1) 2005 Di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka Pada 25.10.2005.

 


Ucapan 
oleh
Betty Chew Gek Cheng

(DUN Melaka, Isnin):

Adalah diharapkan pihak kerajaan negeri benar-benar ada hasil tambahan sebanyak RM 12.6 juta untuk menampung permohonan perbekalan tambahan ini supaya Bajet Berimbang 2005 yang diumumkan tahun lepas terus kekal sebagai Bajet Berimbang.

Macam Mana Pejabat Daerah Melaka Tengah Dan MBMB Boleh Luluskan dan MAIM/JAIM Boleh Benarkan Lesen Diberikan Kepada Seorang Melayu/Islam Untuk Jual Arak Di Premis MBMB Di Jalan Laksamana Berdepan Bangunan Stadhuys?

MBMB telah membelanjakan RM 2 juta untuk mengubahsuaikan 18 buah rumah kedai di Jalan Laksamana. Lim Guan Eng telah bongkarkan salah satu daripada rumah kedai berdepan dengan Bangunan Stadhuys telah disewakan kepada seorang Melayu untuk menjalankan tempat riadah Disco X-tracts dan jual arak/bir.

Yang anihnya ialah macam mana Pejabat Daerah Melaka Tengah dan MBMB boleh luluskan dan Majlis Agama Islam Melaka atau Jabatan Agama Islam Melaka(MAIM/JAIM) boleh benarkan lesen diberikan kepada seorang Melayu/Islam untuk buat disko dan jual arak di Disco X-tracts. Adalah diharapkan YAB tidak tutup kes ini lagi tetapi nyatakan bilakah lesen ini diberikan oleh MBMB dan Pejabat Daerah Melaka Tengah dan diluluskan oleh siapa kepada siapa?

Saya tidak tahu tentang hukum Islam tetapi yang saya pasti ialah orang Islam tidak boleh minum arak. Adakah orang Islam dilarang minum arak tetapi boleh jual bir/arak? Dalam bulan suci Ramadan ini, saya harap YAB boleh jelaskan kemusykilan ini samada orang Islam boleh jual bir/arak dan kalau ya berapa banyak lesen telahpun dikeluarkan? Kalau tidak apakah tindakan yang akan diambil olehnya selaku Pengerusi MAIM.

Anih sekali, MAIM atau JAIM tidak tahu orang ada Melayu/Islam jual arak bila aduan telah dibuat oleh salah seorang penduduk yang tidak tahan bunyi muzik disko kuat   tetapi tidak sebarang tindakan diambil. Ataupun JAIM hanya berani bertindak ke atas dangdut yang dimiliki orang bawah biasa tetapi tidak berani bertindak ke atas X-tracts. Saya minta maaf dalam bulan Ramadan yang suci kerana perlu buat teguran ke atas JAIM dan MAIM, kita patut takut kepada Tuhan bukan kepada orang walaupun dia orang atas.

Akhirnya, saya berpendapat permohonan perbekalan tambahan ini tidak begitu relevan kepada rakyat biasa Melaka, khususnya yang makan gaji di sektor swasta dan yang berniaga. Ia tidak menyentuh atau menyelesaikan masalah berkembar inflasi yang dibawa oleh kenaikan harga minyak dan pembangunan ekonomi yang lembab dan malar. Pembangunan ekonomi negara dijangka menurun daripada 7.1% tahun lepas kepada 5% tahun ini.. Malah ada peniaga yang bertanya-tanyakan di mananya pembangunan 5% bila perniagaan mereka merosot 30%. Pembangunan yang tidak seimbang khususnya sektor pembinaan harus ditangani dengan melepaskan kuota bumi perumahan yang masih tidak dapat dijual bertahun-tahun. Nilai sektor pembinaan merosot kepada RM 209 juta pada tahun lepas tetapi nilai kuota bumi perumahan yang belum dilepas adalah RM214 juta. Saya mencadangkan kuota bumi dilepas kerana RM214 juta di pasaran ini boleh menghidupkan balik sektor pembinaan.
 

(25/10/2005)


* Betty Chew Gek Cheng , Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka Dan ADUN DAP Kawasan Kota Laksamana

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: