http://dapmalaysia.org Forward Feedback
Ucapan Ketua Pembangkang Dewan
Undangan Negeri Melaka Dan ADUN DAP Kawasan Kota Laksamana Betty Chew Gek
Cheng Semasa Membentangkan Usul Di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka
Pada 25.10.2005 capan
(DUN Melaka, Isnin):
Penguatkuasaan Undang-undang,
Pendidikan, Perlantikan Pakar Profesyenal Sejarah Bukannya Ahli Politik Dan
Komitmen Rakyat Secara Menyeluruh Untuk Memelihara Warisan Sejarah Akan
Menentukan Permohonan Warisah Sejarah UNESSCO.
Kejayaan disenaraikan sebagai Bandar
Warisan Bersejarah UNITED NATIONS EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL
ORGANISATION bukan sahaja akan mengharumkan nama Melaka dan mendatangkan
peruntukan khas daripada badan tersebut untuk menjalankan usaha pemeliharaan
sejarah tetapi akan mendapat faedah berlipat-gandanya para pelancong asing
melawatnya. Oleh demikian saya ingin membentangkan usul,
“Bahawa Dewan yang mulia ini
melahirkan perasaan prihatin terhadap status Melaka sebagai bandaraya
bersejarah yang belum dapat pengiktirafan peringkat antarabangsa seperti
kegagalan disenaraikan oleh UNESCO sebagai bandaraya warisan budaya dan
sejarah serta bertekad memperkenalkan system pemeliharaan warisan sejarah
yang profesyenal, berilmu, berilmiah dan popular di kalangan akademik dan
pelancong.”
Dalam jawapan bertulis kepada saya
pada 29-30 April 2002, YAB Ketua Menteri menyatakan bahawa dokumen utama
(main text) pencalonan Melaka dan Pulau Pinang untuk disenaraikan sebagai
Bandar Warisan Bersejarah Sedunia UNESCO telah siap untuk dihantar. Pelan
Pengurusan Bandar Bersejarah kedua-dua kota akan dibentangkan kepada UNESCO
pada bulan Jun 2002, lebih awal dari tarikh tutup pada 1.2.2003.
Akan tetapi dalam jawapan kepada saya
pada 9-10 Ogos 2005, YAB Ketua Menteri telahpun mengubahkan jawapannya.
Beliau menyatakan permohonan hanya diterima secara rasmi oleh UNESCO World
Heritage Committee pada 31. Januari 2005, iaiatu dua tahun setengah lebih
lewat daripada jawapan asalnya dalam tahun 2002. YAB mengakui sebab
kelewatan kerana UNESCO mahu Malaysia memperbaiki dossier pencalonan yang
tidak lengkap dan ikut format baru yang disyaratkan.
Pengakuan ini amat mengejutkan dan
memalukan. Apa gunanya perbelanjaan RM 144,640 untuk membayar konsultan bila
format baru Operational Guidelines for the Implementation of the World
Heritage Convention pun tidak diketahui? Alasan tidak tahu format baru tidak
boleh diterima bila pakar konsultan dilantik dan syor-syor pindaan
garispanduan memang diketahui sejak 2004. Malah ada dakwaan bahawa satu
seminar dianjurkan oleh Jabatan Muzium dan Warisan tentang garispanduan ini
yang membolehkan Pulau Pinang dikemaskinikan tetapi tidaknya Melaka.
Kelalaian oleh pihak Melaka ini
dikatakan sebab utamanya permohonan Malaysia (untuk Bandar berkembar Melaka
dan Pulau Pinang) tidak dipertimbangkan langsung bila Jawatankuasa Warisan
Sedunia UNESCO bermesyuarat di Durban, Afrika Selatan pada 10-17 Julai tahun
ini. Kelalaian sedemikian sekiranya benar tidak boleh diterima. Saya ingin
mendapat tahu pegawai atau ahli politik mana yang sebenarnya
bertanggungjawab ke atas menyediakan permohonan Melaka.
Persiapan Melaka nampaknya kelam-kabut
bila kami tidak pasti pemimpin politik atau pakar mana yang menguruskannya.
Ini dibandingkan dengan Pulau Pinang, di mana seorang pakar Lim Hooi Siang
dilantik untuk menjalankan segala prosedurnya. Sekiranya Kerajaan Negeri
Melaka komited dan serius menjayakan permohonan Bandaraya Warisan Sedunia
maka ia mesti dengan memperuntukkan sumber kewangan yang mencukupi, melantik
pakar pemeliharaan sejarah dan mengujudkan sistem pengurusan mempromosikan
warisan sejarah.
Perlu ditanyakan sejak Melaka
memulakan proses permohonannya 10 tahun yang lepas, apakah yang
diusahakannya untuk memperbaiki pentadbirannya ke tahap antarabangsa
merangkumi system pengangkutan, perumahan, pendidikan dan pemeliharaan
warisan sejarah. Aspek terakhir ini adalah paling terserlah memandangkan
kerajaan negeri bertekad ingin meneruskan projek Menara Berputar sebanyak RM
15 juta di tengah kawasan utama Bersejarah di Restoran Mahligai. Bantahan
keras oleh NGO dan badan pemeliharaan sejarah dipimpin oleh Presiden Barisan
Warisan Tan Sri Ahmad Sarji pada 28 Januari 2005 seperti berikut: ”The
present chosen location, i.e. within the Buffer Zone, will, in no uncertain
terms, jeopardise Malacca and Penang's joint-bid for UNESCO World Heritage
Listing. The Malaysian Cabinet was responsible for endorsing the
submission of these sites as having outstanding universal value.
The bid is therefore one of national interest. We understand
that in the Dossier document which will be submitted to UNESCO in Paris
soon, this inappropriate, and out-of-proportion structure, has not been
identified as a project within the Buffer Zone.”
Oleh itu kerajaan negeri harus
menimbang semula projek menara berputar ini bukan sekadar menilainya dari
aspek komersil sahaja tetapi impaknya ke atas kawasan bersejarah di jangka
masa panjang.
Di samping itu, kerajaan negeri Melaka
harus bertindak pro-aktif mengekalkan warisan sejarah dan budaya untuk
generasi akan datang. Visi pihak Kementerian Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Malaysia adalah “Ke arah Bangsa Malaysia yang berbudaya
luhur”, misi menyemarak dan merakyatkan seni dan budaya serta mengekalkan
warisan Negara harus disokong semua.
Banyak warisan dan bangunan sejarah
dan budaya di Melaka terancam oleh kelalaian, kurang profesionalisma dan
sikap acuh tak acuh dalam kerajaan negeri Melaka yang lebih mementingkan
keuntungan dan agenda politiknya tersendirinya daripada nilai sejarah
sesuatu warisan. Banyak bangunan telahpun dicerobohi atau dirobohkan seperti
Pejabat UMNO Melaka yang pertama di Jalan Temenggong yang hilang sama sekali.
Sungguhpun parti DAP berbeza
perjuangan dan pandangan dengan UMNO, kami melahirkan perasaan kesal bahawa
pejabat UMNO Melaka yang pertama harus dikekalkan demi nilai sejarahnya. Apa
gunanya mendirikan Muzium UMNO yang baru bila yang lama dibuangkan sahaja?
Malah bangunan milikan kerajaan negeri
Melaka pun tidak dijaga, dipelihara atau dikekalkan dengan elok dan
professional. Contohnya ialah keadaan Hotel Majestic di Melaka yang dalam
keadaan usang dan amat menyedihkan. Dalam zaman gemilangnya Hotel Majestic
merupakan hotel paling mahal dan unggul di Melaka.Hotel Majestic dikunjungi
oleh penjajah British, Menteri-menteri Malaysia seperti bekas Menteri
Pendidikan Datuk Mohd Khir Johari dan golongan atas.
Sejak ia dibina hampir 100 tahun yang
lepas, 24 buah biliknya merupakan pilihan popular pelancong asing dan
penduduk tempatan. Sungguhpun kedudukannya sebagai hotel paling mewah dan
unggul diganti hotel lain selepas tahun enam pulohan, tempahan biliknya
adalah penuh 100%. Banyak dokumen dan gambar menunjukkan bahawa struktur ala
penjajah British dan Cina Shanghai memberikannya satu tarikan istimewa yang
membuat banyak pelancong asing selalu kembali menginapi Hotel Majestic.
Malangnya hotel ini telah ditutup pada
tahun 2000. Sungguhpun Hotel Majestic kini dimiliki oleh kerajaan negeri,
tidak ada sebarang usaha dijalankan untuk memulihkannya. Ia sekarang
dijadikan sebagai satu tempat letak kereta dan bangunannya dibiarkan menjadi
usang. YAB Ketua Menteri kini mencadangkan membelanjakan RM 20-30 juta untuk
mengubahsuaikan bangunan ini untuk dijadikan sebagai Pusat Rawatan Kanser
Southern Hospital yang bukan sahaja menelan pelaburan besar dan membazirkan
tetapi akan mengubahkan sifat dan ciri-ciri Hotel Majestic.
Adalah perlu hotel paling lama di
Melaka dipulihkan semula demi mengekalkan warisan sejarah. Memandangkan
popularitinya di kalangan pelancong asing dan tempatan dengan tempahan
biliknya adalah 100%, ia boleh dijadikan sebagai sebuah hotel selaras dengan
matlamat “eco-tourism”. Hotel Majestic harus diselamatkan daripada menjadi
saki baki sejarah ke tempat asalnya sebagai hotel bersejarah pilihan popular
pelancong.
Sikap tidak mementingkan warisan
sejarah oleh kerajaan negeri Melaka telah mengagalkan usaha Melaka
diisyitiharkan sebagai sebuah bandaraya warsian budaya hidup oleh UNESCO
sungguhpun permohonan telahpun dihantarkan sejak 2001. Kegagalan ini begitu
memalukan kalau dibandingkan dengan kejayaan Macao disenaraikan oleh UNESCO
sebagai bandaraya warisan budaya hidup dan sejarah sungguhpun tempoh masa
sejarahnya adalah lebih lewat daripada Melaka sebanyak 150 tahun. Lagipun
permohonan Macao telahpun diluluskan lebih awal sungguhpun hanya dihantarkan
dua tahun lepas pada tahun 2003.
Penguatkuasaan undang-undang,
pendidikan, perlantikan pakar profesyenal sejarah bukannya ahli politik dan
komitmen rakyat secara menyeluruh untuk memelihara warisan sejarah akan
menentukan permohonan warisah sejarah UNESSCO. Contohnya Perbadanan Muzium
Melaka tidak harus dijadikan tempat pencen ahli politik tetapi dipimpin oleh
seorang pakar sejarah profesyenal. Ataupun Jonker Walk yang merupakan salah
satu zon sejarah teras permohonan Melaka ke UNESCO harus menggantikan
seorang pakar profesyenal yang pakar tentang gaya hidup dan boleh
berkomunikasi dengan penduduk yang kebanyakannya berbangsa Cina ini.
Amalan sekarang di mana Jawatankuasa
Jonker Walk lebih merupakan satu senjata politik parti pemerintah harus
dibelakangkan. Amalan tidak sihat seperti tidak mengumumkan penyata akaun
kewangan akan mencemarkan nama baik dan mengurangkan keyakinan tentang usaha
pemeliharaan bersejarah sekiranya prinsip akauntabiliti dan ketelusan tidak
dihormati.
Pergulungan Perbahasan Usul Oleh YB
Betty Chew
Perlu diingatkan bahawa warisan
sejarah bukanlah setakat tarikan pelancong tetapi mencerminkan sejarah dan
nilai rakyat Malaysia. Warisan sejarah bukan setakat mengekalkan rupa bentuk
sesuatu bangunan tetapi mengekalkan masa silam tetapi mengekalkan satu cara
kehidupan harian. Ia bukanlah sekadar sesuatu bangunan tertentu tetapi alam
persekitaraannya, iaitu cara rakyat meneruskan kehidupan mereka dalam
tradisi, nilai, kemahiran perdagangan dan gaya hidup yang unik dan
tersendiri.
YAB Ketua Menteri akan meninggalkan
warisannya sendiri kalau menjayakan permohonan dari UNESCO ini. Ancaman
terbesar kepada warisan sejarah adalah budaya moden membuang barang atau
disposability. Sikap suka buang barang atau disposability ini meminggirkan
zaman lalu kita. Memperkenalkan projek baru dalam kawasan utama bersejarah
sedikit sebanyak akan menggalakkan warisan budaya kita pupus dengan cepat.
Suratkhabar British The Telegrapah
melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pulau Pinang dan Melaka Dr Adi bin Haji
Taha sebagai berkata bahawa permohonan UNESCO ini tersangkut atas isu
teknikal kedua dua bandaraya yang berlainan. Lapuran menyatakan bahawa
Penang berpeluang baik kalau mohon dengan sendirinya sedangkan Melaka pernah
dicalonkan dengan sendirinya tetapi tidak memenuhi kelayakan. Oleh itu
kerajaan Melaka harus berusaha lebih gigih dengan langkah-langkah berikut:
· kerajaan
negeri harus menggunakan kuasa pendakwaan ke atas mereka yang memusnahkan
rumah kedai lama bersejarah mengikut Seksyen 17 of the 1988 Preservation And
Conservation of Cultural Heritage Act dengan denda RM10,000 dan hukuman
penjara 5 tahun;
· Melantik
pakar profesyenal menjawat Pengerusi Perbadanan Muzium atau Jawatankuasa
Jonker Walk memandangkan industri pelancongan.merupakan salah satu pemacu
pembangunan ekonomi. Mereka mungkin ahli politik dan atlit sukan bina badan
yang hebat tetapi memang jahil dalam aspek pemeliharaan sejarah;
· Menjalankan
kempen kesedaran dan pendidikan supaya rakyat boleh menyertai permohonan
UNESCO ini. Sungguhpun Preservation And Conservation of Cultural Heritage
Act diluluskan pada 1988, ia masih belum memenuhi peranannya dibawah Seksyen
7(1) mengadakan program dan perancangan mengajar rakyat atas usaha
pemeliharaan. Pendidikan dan kesedaran adalah paling berkesan mempromosikan
pemeliharaan dan pemugaran sejarah. Oleh itu risalat dalam semua bahasa
mestilah diedarkan;
· bantuan
kewangan kerajaan diberikan kepada semua warisan bersejarah untuk
mengekalkan, memperbaiki dan memelihara sifat uniknya tanpa membezakan
latarbelakangnya. Selagi kerajaan negeri enggan memberikan bantuan kewangan
dengan adil dan sama rata kepada semua, ia akan dianggap sebagai publisiti
murah untuk mendapat modal politik bukan mengekalkan warisan sejarah;
· memberikan
bantuan kewangan untuk mengekalkan kemahiran dan gaya hidup golongan tukang
besi dan barangan asli di Jalan Tukang Emas, Jalan Tukang Besi dan Jalan
Hang Kasturi;
· berganding
bahu dengan persatuan, NGO dan pihak swasta untuk promosikan warisan sejarah
seperti Cheng Hoon Teng Temple yang menjaga Bukit Cina dan pembukaan Muzium
Cheng Ho baru-baru ini dengan peruntukan kewangan; dan
· Tanpa
segan silu meminta bantuang antarabangsa dan belajar daripada pengalaman
bandaraya yang berjaya disenaraikan di UNESCO seperti Macao.
(25/10/2005)
*
Betty Chew Gek
Cheng ,
Ketua
Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka Dan ADUN DAP Kawasan Kota Laksamana
|