Menyeru supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi
tafsiran beberapa surah al-Quran mengenai lafaz azan.
Kenyataan Akhbar
oleh
Tan Seng Giaw
(Kepong, Rabu):
Pada 27 September, 2005,
saya telah membangkitkan aduan bukan Islam dalam Dewan tentang azan
yang terlalu nyaring terutamanya waktu Subuh. Kemudian, sesetengah
akhbar memuatkan berita ini dengan tajuk seperti 'Rakyat jangan
bangkit isu azan' (Berita Harian).
Pada 30 September, 2005, Berita Harian mengatakan bahawa Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri menolak persepsi
Ahli Parlimen, Tan Seng Giaw yang mendakwa laungan azan menjatuhkan
imej Islam serta mengganggu penduduk setempat sehingga menyebabkan
anak kecil beragama lain terganggu adalah tidak berasas.
Pada 28 September, 2005, The Star, bertajuk 'House astir over 'azan'
proposal'. Ia memuatkan:"I (Dr Tan Seng Giaw) have received complaints
from people in my constituency, which has a majority of non-Muslims,
that the azan for subuh (dawn) prayers is too loud and wakes them up
abruptly. I hope the Government will regulate this, " he said to
objections and shouts from several MPs.
Hari ini (25 Oktober, 2005), ketika membahaskan peruntukan bagi
Jabatan Perdana Menteri seumpama RM225,905,000 untuk Jakim, saya minta
jabatan itu menafsirkan lafaz azan yang lahir daripada mimpi dan wahyu.
Azan adalah al-i'lam atau an-nida. Saya berharap Jakim dapat
menafsirkan azan yang terkandung di dalam Surah al-Taubah, Surah al-Haj,
ayat 27, Surah al-Maidah, 58, Surah al-Isra,110 dan Riwayat Bukhari
dan Muslim.
Surah al-Haj 27: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah
haji..." Surah al-Maidah,58:" Jika kamu dipanggil untuk sembahyang.....
Surah al-Isra, 110: "Katakan (wahai Mohamad):'Serulah nama 'Allah'
atau nama 'al-Rahman' yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua
nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama
yang baik serta mulia.' Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa
atau sembahyang, juga jangan engkau perlahankan dia, dan gunakanlah
sahaja satu cara yang sederhana antara itu." (Tafsiran Pemimpinan al-Rahman
kepada Pengertian al-Quran.)
(26/10/2005)
* Tan Seng
Giaw, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Kawasan
Kepong
|