http://dapmalaysia.org Forward Feedback
Ucapan Dalam Perbahasan
Peruntukan Kepada Kementerian Kewangan
(Parlimen, Jumaat):
Isu
Berkenaan Lembaga Hasil Dalam Negeri
i) Penilaian Cukai Sendiri
Bagi syarikat pula, Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) menghendaki mereka membuat ramalan
pertumbuhan bisness setiap tahun dengan anggapan syarikat swasta
ini bertumbuh setiap tahun, tetapi dengan keadaan ekonomi yang
kurang baik sekarang, memanglah tidak adil bagi Lembaga Hasil
Dalam Negeri untuk menghendaki syarikat kecil berbuat demikian
kerana banyak syarikat memang mengalami kerugian dan dalam
keadaan kesukaran; ii) Cara Pegawai Mengejar
Balik Cukai Terlalu Agresif
iii) Korupsi Di Kalangan
Pegawai LHDN In so doing the government
collected substantially less taxes from the tax evaders; and
colluded parties received a big lump sum from the tax evaders.
Profit at the expense of the government. This internal practice has been
in operation for more than 3 years. Kindly look into these serious
matters if government really advocates public transparency and
accountability. Zaid Ibrahim iii)Bayar Balik Hasil
Kutipan Cukai Yang Berlebihan (Refnd) Sangatnya Lambat
iv) Value Added Tax
ataupun Goods Services Tax (GST)
Suruhanjaya Sekuriti Yang
Enggan Membantu Pembekal Barangan Hiong Kong Pasaraya
Saya merasa amat kesal bahawa
Suruhanjaya Sekuriti ini enggan membantu golongan peniaga yang
tertipu dan mengalami kerugian yang amat besar ini. Sebaliknya
pihak Suruhanjaya Sekuriti menganggap ini sebagai isu sensitif
dan kes sivil yang menyuruh pembekal barangan untuk mengambil
tindakan mahkamah sahaja. Saya ingin minta YB Menteri untuk
mengambil perhatian terhadap kes ini kerana Suruhanjaya Sekuriti
sepatutnya mengambil tindakan terhadap semua kes berkenaan
dengan penipuan sekuriti dan tidak harus terhad pada syarikat
tersenarai di Bursa Saham sahaja. Suruhanjaya Sekuriti haruslah
menjalankan siasatan terhadap aduan publik ini dan menegakkan
keadilan kepada golongan yang teraniayai dan tertipu ini.
MAS
Datuk Pengerusi, dengan menghentikan pramugari MAS pada umur 40
tahun, MAS terpaksa menggunakan banyak perbelanjaan untuk
melatih pramugari yang baru dan tiada pengalaman, kos latihan
ini sebenarnya lebih tinggi daripada mengekalkan pramugari yang
berpengalaman yang mencapai umur 40 tahun. Selain itu, bagi
wanita hari ini, mereka yang mencapai umur 40 tahun sebenarnya
masih kelihatan muda dan bertenaga, sebenarnya mereka boleh
memberi lebih sumbangan kepada MAS berbanding dengan pramugari
yang baru dan muda, selain itu, cara MAS melayan pramugari yang
berumur lebih tinggi ini juga bercanggah dengan prinsip yang
menegah diskriminasi berdasarkan jantina yang termaktub dalam
artikel 8(2) dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Di
sini, saya merasa amat tidak puas hati tentang cara MAS yang
ingin menuntut kos mahkamah lebih kurang RM100,000 daripada
bekas pramugari Beatrice Fernandez setelah Beatrice kalah dalam
kesnya di Mahkamah Persekutuan. MAS sebuah syarikat yang besar,
pemecatannya terhadap Beatrice atas sebab kehamilannya memang
merupakan tindakan yang amat tidak adil dan menghina wanita,
kenapakah MAS masih
Wang Tak Dituntut
(28/10/2005)
*
Teresa Kok, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Bagi Kawasan
Seputeh
|