http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Kriteria Orang Awam Memohon Bantuan Kewangan Daripada Tabung Kebajikan YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam Sebanyak RM 908,242.33 Sejak 19.12.2001


Surat kepada Ketua Menteri Melaka
oleh Lim Guan Eng


(Melaka, Khamis):

 

20 Oktober 2005.
 

YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam,

Ketua Menteri Melaka,

Pejabat Ketua Menteri,

Blok Bendahara, Aras 4(Suite)

Seri Negeri, Ayer Keroh, 75450 Melaka.                                                                      DENGAN TANGAN

 

Yang Amat Berhormat

Kriteria Orang Awam Memohon Bantuan Kewangan Daripada Tabung Kebajikan YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam Sebanyak RM 908,242.33 Sejak 19.12.2001

 

Saya merujuk kepada perkara di atas di mana saya dimaklumkan bahawa YAB memiliki sebuah Tabung Kebajikan peribadi di atas nama YAB sendiri yang membolehkan bantuan kewangan diberikan untuk kos dan perbelanjaan hospital dan perubatan. Adalah difahamkan sejak 19.12.2001 bila RM 5,000 dimasukkan, sebanyak RM 908,242.33 telah dimasukkan dan digunakan sehingga 31 Mac 2005 iaitu:-

 

·        RM 122,950 pada tahun 2001/2002;

·        RM 286,000 dalam tahun 2003

·        RM 449,292.33 dalam tahun 2004; dan

·        RM 50,000 setakat 31 Mac 2005.

 

Demi kepentingan awam adalah perlu YAB mengesahkan perkara berikut:
 

a)         samada akaun sedemikian wujud dan di mana ia diselenggarakan baik di Southern Hospital ataupun oleh pihak mana lain?;

b)         sumber wang RM 908,242.33 dan adakah ia membabitkan wang awam?; dan

c)         apakah kriteria kelayakan yang membolehkan orang awam menohon bantuan kewangan perubatan baik di hospital swasta atau kerajaan?

 

Isu ini adalah berkepentingan awam kerana ada aduan bahawa Tabung Kebajikan peribadi YAB diberikan kepada orang kenamaan dan golongan berada yang biasanya tidak layak menerima bantuan perubatan. Demi memastikan hanya golongan miskin dan tidak berada layak mendapat bantuan yang sewajarnya, adalah perlu YAB sebagai Ketua Menteri Melaka menerangkan dengan jelas perkara ini demi menegakkan prinsip akauntabiliti dan ketelusan. Jawapan awal adalah dihargai. Sekian terima kasih.

 

 

Yang benar,

 

 

LIM GUAN ENG

SETIAUSAHA-AGUNG DAP


(20/10/2005)      


* Lim Guan Eng, Setiausaha Agung Parti DAP

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: