http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
Rang Undang-Undang Digubal Demi CCC – Percanggahan Kepentingan

__________________________________________

 

Ucapan dalam perbahasan Rang Undang-Undang Akta Arkitek
by Teresa Kok
_____________
________________________________

 

(Dewan Rakyat, Monday) :  Rang undang-undang ini merupakan satu rang undang-undang yang diwujud demi melaksanakan dasar certificate of completion and compliance (CCC) oleh arkitek dan profesional pembinaan.

 

Sebagaimana apa yang diluahkan oleh ahli parlimen dalam perbahasan rang undang-undang sebelum ini, rang undang-undang ini memang merupakan satu rang undang-undang yang membenarkan percanggahan kepentingan (Conflict of interests) di antara hubungan contractual di antara pemaju yang mengupah arkitek dengan arkitek sendiri.

 

Sistem “Check & Balance” Dikupas

 

Kehilangan “check and balance” – kerajaan telahpun menubuhkan 'one-stop center" untuk mempercepatkan kebenaran daripada pelbagai agensi dengan menghendaki kerajaan tempatan meluluskan kesemua permohonan CFO dalam tempoh 14 hari. Jadi apa yang diperlukan sekarang ialah menghendaki pemaju dan arkitek mematuh peraturan ini secara ketat dan bukan mengeluarkan badan pemantauan, iaitu kerajaan tempatan daripada proses ini secara langsung.

Undang-undang dalam perbankan ialah 'seseorang yang meminjam wang tidak boleh menjadi penjamin kepada diri-sendiri", jadi arkitek dan professional juga tidak harus diberi kuasa untuk meluluskan projek yang direka oleh beliau sendiri.

Hukuman Terlalu Rendah Ke Atas Arkitek Yang Mencabuli Undang-Undang

 

Dalam rang undang-undang ini, dalam seksyen 15A, penalti yang dikenakan ke atas seseorang arkitek ialah i) denda dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000; dan ii) tempoh penggantungan pendaftaran ditambah daripada 1 tahun kepada 2 tahun.

 

Selain itu, dalam seksyen 34, denda ke atas tuan punya tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan yang melanggar peruntukan akta atau peraturan-peraturannya yang tiada penalti diperuntukkan secara nyata ialah RM10,000.

 

Hukuman yang dikenakan ke atas arkitek yang bersalah dalam rang undang-undang adalah agak rendah berbanding dengan kerugian dan kepahitan emosi yang dialami oleh pembeli rumah yang membeli hasil rekaan arkitek mempunyai masalah. Pembeli rumah yang kurang nasib baik dan membeli rumah yang mempunyai banyak “design defects” ataupun projek terbengkalai selalu terpaksa untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap arkitek dan ini akan mendatangkan masalah yang serius.

 

MRR2 & Bangunan MALTRADE

 

YB Menteri dan Kementerian Kerja Raya telah banyak disalahkan kerana masalah ‘design and build”, di mana kontraktor melantik perunding (consultant) dan tiada badan yang memantau projek-projek pembinaan seperti keretakan dalam lebuhraya bertingkat MRR2, bangunan Maltrade dan sebagainya.  

 

Soalan saya, apakah arkitek yang terlibat boleh dihukum oleh Lembaga Arkitek seperti apa yang termaktub dalam rang undang-undang ini? Kita tahu profesional selalunya memberi perlindungan kepada anggota dalam industri yang sama dan mereka juga selalu enggan ‘testify’ kesalahan atau kecuaian anggota profesional yang lain, itulah sebabnya adalah amat sukar bagi pesakit untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor yang melakukan kecuaian ataupun mendakwa doktor yang cuai dalam Malaysian Medical Council. Jadi, Lembaga Arkitek tidak semestinya menjatuh hukuman ke atas arkitek yang salah di bawah ccc.

 

Bayaran Fi Kepada  Arkitek

Kerajaan harus mengkaji semula struktur fi kepada arkitek tempatan. Fi yang dikenakan oleh arkitek ialah berdasarkan peratusan kos projek, manakala arkitek di luar negeri berdasarkan jumlah jam kerja mereka. Jadi, demi mendapatkan ganjaran yang lebih tinggi, arkitek akan sengaja menaikkan kos pembinaan dengan menggunakan material yang berharga tinggi, ini menjadi kos pembinaan sesuatu projek dinaikkan secara keseluruhan.

Standard of design

 

Tibalah masanya bagi kerajaan untuk meminda undang-undang ataupun mengadakan 'by-law" dengan menghendaki arkitek untuk meneliti 'standard of design" dan finishing projek mereka. Misalnya: tangga dalam sesuatu bangunan, bukan setiap ‘step’nya sama, kadang-kadang ada step yang tinggi dan ada yang rendah. 

 

Jaga Kebajikan OKU

 

Selain itu, ramai arkitek tidak mementingkan perlengkapan bagi OKU dalam ‘design’ mereka. Itulah sebabnya kumpulan OKU selalu mengadakan tunjuk perasaan yang mengadu mereka tidak boleh naik LRT dan bas dan sebagainya. Misalnya di Parlimen kita, OKU seperti YB Bukit Gelugor tidak boleh masuk ke Parlimen kita dari pintu masuk utama kerana tiada perlengkapan tetapi beliau terpaksa masuk dari pintu masuk yang lain. Selain itu, reka-bentuk bagi lapangan terbang kos rendah (LCCT) juga tidak mengambil kira keperluan OKU, adalah amat susah bagi OKU untuk naik kapalterbang di Air Asia
 

(11/12/2006)     


*  Teresa Kok, MP for Seputeh and DAP Publicity Secretary

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: