http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Kementerian Pengajian Tinggi harus memberhentikan pengajaran subjek Hubungan Etnik serta menarik balik modulnya dengan serta-merta.


Ucapan Usul Tergempar

oleh Chong Chieng Jen


(Parlimen, Selasa): Terlebih dahulu, saya ingin berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kerana membenarkan saya mengemukakan usul tergempar yang berkenaan dengan kursus wajib Hubungan Etnik yang memutarbelitkan fakta-fakta sejarah yang sedang diajar di beberapa IPTA tempatan, khususnya di Universiti Putra Malaysia.

Kursus ini diperkenalkan sejak awal tahun ini. UPM merupakan IPTA yang pertama mengajar Hubungan Etnik, dan diikuti oleh universiti-universiti yang lain, kecuali Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa. Bagi UPM, kursus ini telah diwajibkan untuk mahasiswa/i tahun pertama pada semester yang lepas, manakala untuk IPTA-IPTA yang lain, kursus ini diajar mulai semester yang baru ini.

 

Bagi pihak DAP, kita menyokong baik pengenalan Hubungan Etnik sebagai suatu subjek wajib di IPTA-IPTA tempatan, demi menyuburkan perpaduan bangsa di Malaysia. Namun, kami meragui niat yang terselindung di sebalik pengenalan kursus ini, di mana berdasarkan Panduan Pengajaran dan Pembelajaran yang kami dapati di UPM, terdapat banyak kesilapan fakta yang nyata serta tidak mematuhi kehendak-kehendak akademik.

 

Terdapat kecenderungan-kecenderungan yang bias dalam modul yang telah dirangkakan, di mana peranan UMNO dalam proses menuntut kemerdekaan negara daripada pihak penjajah telah diagung-agungkan. Ini adalah tidak adil bagi golongan-golongan lain yang turut menyumbang dalam proses tersebut. Pada hakikatnya, tanpa sokongan padu dan jitu daripada semua rakyat yang berbilangan kaum, tidak mungkin dengan gigih usaha UMNO sendiri dapatlah kemerdekaan dituntut untuk Malaya pada masa tersebut.

 

Mengikut Panduan dan Rujukan untuk Peperiksaan Am Kerajaan yang berjudul “Malaysia Kita”, selain daripada Parti Perikatan yang ditunjangi oleh UMNO, terdapat parti-parti politik lain yang turut aktif di ambang kemerdekaan, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada Oktober 1945, ASAS 50, Hizbul Muslimin, Parti Malaya Merdeka (IMP) yang ditubuhkan pada Ogos 1951, Parti Negara, Parti Buruh SeMalaya dan Parti Progresif Perak (PPP).

 

Terdapat kesalahan-kesalahan fakta yang lain terkandung dalam modul subjek tersebut, iaitu:

 

Unit IX: Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik II: Perkembangan Politik Semasa

 

Mukasurat 78: Tragedi 13 Mei 1969

 

“DAP yang kebanyakannya terdiri daripada orang-orang Cina telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang-orang Melayu. Rentetan daripada itu, orang-orang Melayu telah bertindak balas.”

 

Mengikut Pesuruhjaya Suhakam dan juga pakar sejarah Malaysia yang terkemuka, Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim bahawa Gerakan dan bukan DAPlah yang menyertai perarakan secara besar-besaran di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang seterusnya mencetuskan peristiwa 13 Mei.

 

Mukasurat 78: Peristiwa Kampung Medan 2001

 

“Perbuatan anasir luar yang ingin mengganggu ketenteraman di kawasan tersebut dan mewujudkan ketidakstabilan politik. Masyarakat Melayu di kawasan tersebut telah hilang sabar terhadap sikap anti-sosial sekumpulan remaja India dan mereka ingin memberi suatu pengajaran.”

 

Mukasurat 79: Tuntutan Ekstremis Suqiu

 

“Tuntutan Suqiu ini dilihat sebagai satu langkah untuk menghapuskan ‘kontrak sosial’ yang telah dicapai oleh orang-orang Melayu dengan orang bukan Melayu sebelum ini. Isu ini boleh mencetuskan konflik dan pergaduhan antara kaum kerana perkara-perkara pokok yang menjadi tunjang hubungan antara kumpulan etnik yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia tidak seharusnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak.”

 

Profesor Khoo Kay Kim turut menyatakan bahawa penggunaan istilah “ekstremis” untuk menyifatkan tuntutan-tuntutan Suqiu adalah bertentangan dengan matlamat-matlamat perngenalan subjek Hubungan Etnik.

 

Beliau berkata, “Banyak orang tidak melihat mereka sebagai ekstremis. Adalah sah bagi mereka menuntut perkara-perkara yang tertentu. Adakah anda bersetuju dengan mereka atau tidak, inilah perkara yang lain. Tetapi… bukan menyifatkan mereka sebagai ekstremis.”

 

Tambahan pula, sebelum pilihanraya pada tahun 1999, bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju secara prinsip dengan 83 tuntutan yang dikemukakan oleh Suqiu. Akan tetapi, kerajaan telah menunjukkan sikap yang berlainan sebaik sahaja pilihanraya telah selesai.

 

Terdapat lagi satu kesalahan serius yang dilihat sebagai niat penulis yang sengaja memutarbelitkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

 

 (mukasurat 59 - 71 dan 73 - 77) dan sebagainya. Ini tidak semestinya dapat memperbaiki hubungan etnik dalam negara kita, tetapi mendatangkan implikasi negatif terhadapnya.

 

Unit X: Islam Hadhari dan Hubungan Etnik: 10 Prinsip Islam Hadhari dan Hubungan Etnik

 

Mukasurat 85: Kebebasan Beragama dan Islam Hadhari

 

“Larangan penyebaran agama selain Islam kepada orang bukan Islam (Artikel 11(4), Perlembagaan Persekutuan)”

 

Adakah ini sekadar penterjemahan yang kurang profesional, atau terdapat niat-niat yang jahat di sebaliknya? Kami memandang perbuatan ini secara serius, di mana sikap yang tidak akademik ini tidak boleh dimaafkan, malah boleh dilihat sebagai percubaan penulis untuk menulis semula perlembagaan kita.

 

Ini adalah sejajar dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa kandungan yang tertentu dalam panduan pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah bersifat hasutan. Jikalau tuduhan ini adalah berasas, maka saya mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai kerajaan atau ahli-ahli akademik yang terlibat di bawah Akta Hasutan 1948.

 

Mengikut kenyataan Profesor Shamsul Amri Baharuddin yang bertanggungjawab untuk merangka modul tersebut, tiada buku teks yang berkenaan dengan subjek Hubungan Etnik telah diterbitkan. Namun, modul yang menggariskan kursus tersebut boleh didapati secara meluas oleh mahasiswa/i kita.

 

Pokok persoalan kita ialah: mengapakah modul tersebut yang diragui oleh banyak pihak dapat digunakan sebagai panduan untuk pengajaran dan pembelajaran. Adakah modul ini bertujuan untuk memberi panduan yang silap kepada tenaga-tenaga pengajar, dan seterusnya mempengaruhi generasi-generasi muda kita melalui proses pembelajaran mereka.

 

Terdapat juga bahagian-bahagian lain yang cuba mengagung-agungkan konsep Sekolah Wawasan (mukasurat 99 - 100), Dasar Kebudayaan Kebangsaan (mukasurat 100 - 101), Islam Hadhari (mukasurat 81 - 88), Politik Kepartian yang berunsurkan Barisan Nasional

 

Memandangkan terdapat banyak kesalahan-kesalahan fakta, baik dari segi sejarah ataupun dari segi keperluan akademik dalam modul Hubungan Etnik yang telah diperkenalkan, adalah sewajarnya pihak Kementerian Pengajian Tinggi memberhentikan pengajaran subjek ini serta menarik balik modul tersebut dengan serta-merta. Selepas itu, suatu kajian semula yang terperinci terhadap isi kandungannya perlu dijalankan, sehingga satu permuafakatan dapat dicapai oleh kesemua pihak.

 

Sekian, terima kasih.

 (18/07/2006)


* Chong Chieng Jen, MP for Bandar Kuching, ADUN for Kota Sentosa and Deputy Chief of DAPSY

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: