http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Usul Tergempar di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 18(1) mengenai perkara tertentu berkenaan kepentingan orangramai yang berkehendak disegerakan: Kerajaan Harus Memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Sebagai Langkah Untuk Menghapuskan Korupsi di Kalangan Anggota Kerajaan Tempatan

 


Letter

by Teresa Kok Suh Sim


3 November 2006

Yang Di-Pertua

Dewan Rakyat,

Parlimen,

Malaysia

 

 

YB Tan Sri Yang di-Pertua,

 

Usul Tergempar di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 18(1) mengenai perkara tertentu berkenaan kepentingan orangramai yang berkehendak disegerakan: Kerajaan Harus Memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Sebagai Langkah Untuk Menghapuskan Korupsi di Kalangan Anggota Kerajaan Tempatan

 

Ini adalah untuk memberi notis mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) untuk membawa usul dibawah:

 

Bahawa di bawah Peraturan Mesyuarat 18, Dewan ini memberi laluan kepada Ahli Parlimen Bagi Seputeh YB Teresa Kok menangguhkan Majlis Mesyuarat untuk membawa satu usul yang mengenai perkara tertentu berkenaan kepentingan orangramai yang berkehendak disegerakan, iaitu tentang keperluan kerajaan untuk memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan.

 

Korupsi dan penyalahgunaan kuasa telah semakin serius berlaku di kalangan anggota kerajaan tempatan. Ini jelas ditunjukkan oleh siri penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Ahli Majlis Perbandaran Klang YB Datuk Zakaria Mat Deros yang membina rumah bangalonya di Kampong Idaman tanpa mendapat kelulusan daripada  Majlis Perbandaran Klang.

 

Selain itu, beliau sebagai anggota Jawatankuasa Tanah PKNS juga telah meluluskan 7 ekar tanah di Shah Alam kepada Persatuan Badminton Selangor yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. Sehubungan dengan itu, selain daripada beliau, anaknya dan isteri anaknya juga dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang.  

 

Kesalahan dari segi kegagalan mendapat kelulusan pelan rumah juga dilakukan oleh dua ahli Majlis Perbandaran Klang yang lain. Penyelewengan seperti ini  juga telah banyak berlaku di kerajaan tempatan yang lain. Misalnya anggota Majlis Perbandaran Selayang pernah menggunakan alasan melihat tandas untuk melancong ke Mauritius dan Afrika Selatan, manakala ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya pula membina pusat penjaja di tanah kerajaan.

 

Orang ramai selalunya terpaksa memberi rasuah kepada pegawai ataupun ahli majlis perbandaran sebagai ganjaran untuk mendapat kelulusan permohonan mereka ataupun mengelakkan masalah.  

 

Kesemua pendapatan kerajaan tempatan adalah daripada pelbagai jenis cukai yang dikutip daripada orang ramai. Kesalnya, pembayar cukai tidak diberi hak untuk menentukan siapakah yang harus dipilih sebagai Datuk Bandar dan anggota Majlis Perbandaran, di samping itu, kita juga tidak ada mekanisme untuk mengimbang dan menyemak akaun dan bajet kerajaan tempatan.

 

Oleh itu, tibalah masanya bagi kerajaan untuk memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan yang telah digantung sejak tahun 1964, sebagai langkah untuk menghapuskan korupsi dan meningkatkan sistem penyampaian dalam kerajaan. (294 perkataan)

 

 

Yang benar,

 

 

 

____________________ 

YB Teresa Kok Suh Sim

Ahli Parlimen Seputeh


* Teresa Kok Suh Sim, MP for Seputeh and National Publicity Secretary

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: