http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
Zakaria yang perlu disingkir kerana salahlaku beliaulah yang paling serious

 


Media Statement

by Lau Weng San


(Petaling Jaya, Sunday): Majlis Mesyuarat Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor yang dipengerusi oleh Menteri Besar Selangor, YAB Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo telah memutuskan bahawa daripada tiga orang ahli keluarga Zakaria Md Deros, salah seorang mesti disingkirkan daripada senarai Ahli-ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang akan dilantik kelak.

Laporan media oleh akhbar Nanyang Siang Pao juga melaporkan sumber maklumat tertentu yang mengatakan bahawa kemungkinan Zakaria disingkirkan daripada senarai nama ini adalah amat rendah kerana beliau masih merupakan ADUN Pelabuhan Klang dan Pengerusi UMNO Bahagian Klang. Dengan itu, dijangkakan anak Zakaria, Zainuri yang terpaksa disingkirkan.

 

Sebenarnya, daripada ketiga-tiga orang ini, Zakaria merupakan calon yang harus disingkirkan terlebih dahulu disebabkan oleh tindakan salahlaku beliau yang paling serious.

 

Sebagai seorang ADUN merangkap bekas Ahli Majlis Perbandaran Klang, salahlaku Zakaria adalah cukup serious dan dapat diringkaskan dalam senarai di bawah:

 

Pertama, Zakaria tidak memperolehi Kebenaran Merancang daripada MPK sebelum memulakan kerja pembinaan untuk rumah mewahnya yang memakan belanja sehingga berpuluh-puluh juta di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang. Zakaria juga tidak menghiraukan notis amaran daripada MPK sehingga beliau sehingga perlu membayar kompaun maksimum sebanyak RM24,000.

 

Kedua, Rumah Satay kepunyaan Zakaria tidak mendapat Permit Menduduki Sementera (TOL) daripada Pejabat Tanah dan Daerah Klang. Pembinaan rumah satay itu juga tidak mendapat Kebenaran Merancang dan Lesen Perniagaan MPK.

 

Ketiga, Zakaria begitu ghairah dengan kedudukannya sebagai Ahli Majlis MPJ sehingga beliau boleh berhutang cukai pintu dengan MPK yang melebihi RM45,000. Hutang cukai pintu ini termasuk cukai pintu rumah kediaman Zakaria sekarang, bangunan UMNO Cawangan Kampung Idaman (yang mana Zakaria merupakan Pengerusi Cawangan berkenaan) serta bangunan UMNO Bahagian Pelabuhan Klang. Biarpun Zakaria telah menjelaskan hutang cukai pintu ini tempoh hari, tetapi beliau masih belum menjelaskan kompaun maksimumnya sebanyak RM24,000.

 

Keempat, kemunculan Pusat Penjaja haram di kawasan DUN Pelabuhan Klang di Taman Teluk Gedong Indah dan Pusat Penjaja ni dipercayai telah beroperasi selama beberapa bulan tanpa TOL. MPK setakat sekarang masih belum mengambil apa-apa tindakan terhadap tuan punya Pusat Penjaja ini, yang disyaki ialah Zakaria sendiri.

 

Jikalau UMNO memutuskan untuk mengekalkan Zakaria, sama ada keputusan ini datang daripada PM atau MB, ini hanya akan menunjukkan bahawa pihak atasan UMNO sudah kehilangan arah dalam perkara ini. Mereka tidak tahu membezakan antara betul dengan salah sehingga mereka yang jelas melakukan salahlaku yang serious masih daat dikekalkan sebagai Ahli Majlis.

 

Apa yang kami ingin pertanyakan ialah, jika tidak kerana kekayaan dan kekuasaan Zakaria di Klang disebabkan beliau memegang dua jawatan besar (ADUN Pelabuhan Klang dan Ahli Majlis MPK), mungkinkah Zakaria begitu angguh sehingga beliau tidak perlu menghirau dan menghormati undang-undang?

 

Jikalau Zakaria dikekalkan, adakah kerajaan akan memberi jaminan bahawa perkara sedemikian tidak akan berulang lagi?

 

Jikalau Zakaria dikekalkan, adakah ini juga bermakna bahawa sistem penyemakan dan pemantauan calon Ahli Majlis yang diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri selama ini telah gagal berfungsi kerana dalam kes ini, Zakaria yang jelas bermasalah masih dapat dilantik menjadi Ahli Majlis, asalkan dia dapt mencari seorang pengganti, iaitu samada anaknya sendiri atau menantunya, untuk menanggung segala kesilapan dan kesalahannya?

 

DAP Selangor bersama-sama dengan saudara-saudari DAP Klang, penduduk-penduduk Klang yang cintakan integriti serta saudara-saudari seperjuangan daripada parti yang lain akan terus berusaha untuk mendesak supaya Zakaria digugurkan daripada senarai nama itu.

 

Siapakah yang memutuskan nasib Zakaria? PM atau MB?

 

MB Selangor Khir Toyo mengatakan bahawa nasib Zakaria akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang dipengerusi oleh PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri.

 

Walaupun PM pada hari Jumaat yang lepas mengatakan bahawa beliau mahu  tindakan setimpal diambil terhadap Zakaria mengikut peruntukan undang-undang.

, tetapi beliau turut mengatakan bahawa hukuman itu diserahkan kepada Khir Toyo untuk membuat keputusan terkahir.

 

PM juga mengatakan bahawa bukanlah satu masalah jikalau adak tiga orang ahli dalam satu keluarga yang menjadi Ahli Majlis tetapi beliau menyerahkan keputusan akhir untuk dibuat oleh Khir Toyo.

Kenyataan PM dan MB yang saling bercanggahan ini amat mengelirukan. Persoalan timbul sekarang berkenaan dengan siapakah yang akan membuat keputusan terakhir? Adalah ianya akan dibuat oleh Jawatankuasan Perhubungan UMNO Selangoryang dipengerusi oleh Khir Toyo atau Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang dipengerusi oleh PM sendiri?

 

Jikalau ini tidak diperjelaskan seawal mungkin, seluruh perkara ini pasti akan dilengah-lengahkan dan ini akan memudaratkan integriti, demokrasi dan hak rakyat Selangor.

 

BPR Selangor lalai menjalankan tugas?

 

Nanyang Siang Pao pada hari ini turut melaporkan bahawa Zakaria dan anaknya dipanggil oleh Badan Pencagah Rasuah (BPR) Putrajaya untuk membantu dalam soal siasat berkenaan dengan tuduhan rasuah terhadap kedua-duanya pada hari Khamis dan Jumaat dan dikatakan bahawa seluruh sessi soal siasat ini dijalankan berjam-jam  lamanya.

 

Turut dipercayai bahawa pegawai-pegawai yang menjalankan tugas soal-siasat ini merupakan pegawai-pegawai daripada Ibu Pejabat BPR di Putrajaya dan bukannya daripada BPR Selangor yang berpusat di Shah Alam.

 

Laporan juga mengatakan bahawa BPR Selangor pernah beberapa kali pergi ke MPK untuk menyiasat kes Zakaria kerana keluarga Zakaria menguasai hampir 60% tender dan projek MPK.

 

Laporan turut mengatakan bahawa BPR Putrajay terpaksa bertindak sendiri kerana BPR Selangor tidak mengambil apa-apa langkah konkrit dan sekarang tugas-tugas siasatan telah diserahkan kepada BPR Putrajaya.

 

DAP Selangor amat terkejut dengan laporan ini dan untuk menjelaskan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap BPR Selangor, Pengarahnya perlu tampil ke hadapan untuk memperjelaskannya.

 

Persoalan timbul sama ada BPR Selangor cuba memberi perlindungan kepada Zakaria dengan cuba menutup hasil-hasil siasatan terhadap Zakaria daripada pengetahuan umum?

 

Mengapakah BPR Selangor gagal bertindak sehingga BPR Putrajaya perlu bersusah-payah untuk menjalankan proses soal-siasat sendiri semasa musim perayaan ini?

 

Oleh kerana hari ini, esok dan lusa ialah Cuti Umum untuk kakitangan awam, maka kami akan menulis kepada BPR Selangor untuk meminta penjelasan terhadap perkara ini. Jika kami tidak mendapat sebarang jawapan daripada BPR, maka kami akan membuat aduan rasmi terhadap BPR Selangor dengan Biro Pengaduan Awam.

(22/10/2006)     


* Lau Weng San, DAP Selangor Publicity Secretary

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: