http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Menyeru kesemua majikan memberikan cuti tanpa rekod kepada kakitangan-kakitangan yang merupakan pengundi bagi Machap supaya mereka dapat membuang undi pada hari Khamis yang akan datang

________________
Media Statement
by Sim Tong Him  

___________________

 

(Machap, Monday) : DAP menyeru kesemua majikan memberikan cuti khas tanpa rekod kepada kakitangan-kakitangan mereka yang merupakan pengundi bagi kawasan Machap supaya mereka dapat balik kampung dan membuang undi tanpa menggunakan cuti tahunan mereka yang sedia ada. 

Disebabkan lebih kurang 25% daripada pengundi-pengundi Machap kini sedang bekerja atau belajar di sekitar Lembah Kelang, Johor Bahru dan Singapura, maka majikan-majikan haruslah memberikan mereka cuti khas tanpa rekod supaya mereka dapat menunaikan kewajipan sebagai seorang warganegara Malaysia. 

Mengikut undang-undang kita yang sedia ada, majikan-majikan tidak boleh menghalang kakitangan-kakitangannya untuk balik kampung dan membuang undi. Namun disebabkan perjalanan balik kampung terlalu panjang, maka kebanyakan majikan mungkin meminta kakitangan bawahannya supaya memohon cuti tahunan untuk balik ke kampung. 

Keadaan ini mungkin akan menghalang banyak di antara mereka daripada balik kampung dan membuang undi bagi pilihan raya kali ini, dan seterusnya menjejaskan erti demokrasi yang sebenar. Kami berharap para majikan dapat memahami kepentingan demokrasi dan sama-samalah kita menyumbang kepada pembangunan demokrasi negara kita. 

Bagi mereka yang bekerja di Singapura, DAP berharap bahawa mereka dapat berkorban sedikit sebanyak untuk mengundi bagi pilihan raya kecil kali ini. Pada masa yang sama, pihak universiti atau kolej juga harus mengizikan para mahasiswa supaya berpeluang membuang undi tanpa ketidakhadiran direkodkan lalu menghalang mereka daripada menduduki peperiksaan yang bakal diadakan. 

Walaupun pihak SPR menetapkan hari Khamis sebagai hari mengundi bagi mengelakkan lebih ramai pengundi daripada balik kampung serta membuang undi mereka, namun kami berharap para pengundi dapat menghargai peluang keemasan kali ini. Kami berharap mereka dapat mengundi calon DAP yang jujur, gigih dan mesra rakyat supaya menguatkan lagi kuasa pembangkang dalam DUN Melaka nanti.

(9/4/2007)       


*Sim Tong Him, DAP Campaign Director for Machap By-election 

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: