http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Apakah Dasar dan Rancangan Kementerian Kesihatan Menangai Peningkatan Kes Pesakit Mental?
 

___________________________________________
Perbahasan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2006
by Teresa Kok  
_____________
_________________________________

 

(Dewan Rakyat, Monday) : Datuk Pengerusi, saya menyokong tambahan emolumen kepada pegawai perubatan. Di sini, saya ingin membangkitkan isu tentang kekurangan pakar psikiatri di negara kita. Mengikut pengetahuan saya, negara kita yang mempunyai 25 juta rakyat hanya mempunyai 165 pakar psikiatri, angka ini adalah jauh daripada nisbah psikiatri-populasi yang dicadangkan oleh World Health Organisation. Mengikut nisbah organisasi ini, negara kita memerlukan 719 psikiatri, dan
364 orang psikologist klinikal yang mana negara kita hanya mempunyai 33 orang sahaja.

Mengikut kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan dalam tahun 2004, penyakit mental merupakan sebab ke empat yang menyumbang kepada kesakitan. Mengikut satu kajian di Malaysia, kita mempunyai lebih daripada 2 juta orang
yang berumur 5 tahun ke atas mengidap penyakit masalah psikitari dalam bentuk yang berlainan dan memerlukan bantuan, tetapi hanya 20 peratus daripada mereka yang menerima rawatan.

Di New Zealand, 1 daripada 6 orang penduduk di negeri itu mengidap penyakit 'depression' pada tahap tertentu. Saya difahamkan bahawa negara itu tidak hanya mengurung pesakit mental sahaja, tetapi ia juga mempunyai pekerja sosial yang terlatih untuk menjaga dan memberi kaunseling kepada pesakit mental 24 jam seminggu. Pekerja sosial yang menjaga pesakit mental ini mempunyai hubungan rapat dengan jabatan berkaitan yang lain.

Di negara kita, kita membaca berita tentang kes membunuh diri dan kes pembunuhan yang dilakukan oleh pesakit mental hampir tiap-tiap hari. Ini bermaksud, 'depression' memanglah satu penyakit yang penting yang amat memerlukan perhatian daripada pihak kementerian. Pada hari ini, kita terbaca tentang beberapa orang remaja berbaring atas landasan keretapi untuk membunuh diri.

Sekiranya kita mengabai golongan pesakit ini, maka mereka akan mempunyai peluang pemulihan yang jauh lebih rendah, jadi adalah penting bagi kita untuk membuat rancangan dan membentuk dasar yang membantu golongan pesakit ini, khususnya pusat kesihatan mental dalam komuniti tempatan, dan mendidik masyarakat kita untuk memahami penyakit mental, di samping menghakiskan sikap diskriminasi dan penghinaan terhadap pesakit mental.

Soalan saya kepada Kementerian Kesihatan, apakah kementerian mempunyai rancangan dan dasar untuk menangani masalah peningkatan kes pesakit mental Apakah rancangan kementerian untuk menambah bilangan psikiatri di negara
kita

Akhirnya, saya juga ingin tanya apakah kementerian mempunyai langkah untuk menambah kereta ambulan dan menambah-baik perlengkapan dalam kereta ambulan di hospital kerajaan kita. Kita membaca banyak aduan tentang masalah kekurangan ambulan dan kelewatan kereta ambulan kerajaan sehingga pesakit ataupun orang yang ditimpai kemalangan mati sebelum kenderaan ambulan tiba, seperti kes yang berlaku dalam pilihan raya kecil Machap. Apakah kementerian akan memberi lebih peruntukan kepada hospital untuk mengatasi masalah ambulan ini?

(23/4/2007)       


*Teresa Kok, DAP National Publicity Secretary and MP for Seputeh

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: