http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

G-Gold Gallery Sdn. Bhd, Proton dan arahan kerajaan untuk membeli lampu daripada 3 syarikat pembuatan lampu sahaja

___________________
2008 Budget Debate Speech
by Teresa Kok Suh Sim
_____________
_________

 

(Dewan Rakyat, Monday): Bank Negara pernah melancarkan satu serbuan terhadap sebuah syarikat yang bernama G-Gold Gallery Sdn. Bhd pada 10 Mei 2006, kerana pihak Bank Negara mengesyaki syarikat itu menerima deposit orang ramai tanpa satu lesen sah daripada Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) 1989. Saya diberitahu bahawa pegawai Bank Negara telah mengambil semua dokumen dan emas, dan telah membeku semua akaun bank yang dipegang oleh G-GoldGallery Sdn. Bhd dan pihak berkenaan, menyebabkan G-Gold Gallery Sdn. Bhd tidak dapat meneruskan operasi perniagaannya dan gagal untuk membayar kadar bunga kepada para pelabur sebagaimana apa yang disetujui oleh syarikat tersebut dengan pihak terlibat.

Saya difahamkan bahawa modus operandi G-Gold Gallery Sdn Bhd mengandungi pengusaha yang menjual emas pada kadar 70% mengikut nilai pasaran kepada pelabur dengan pertukaran kepulangan bulanan 3% daripada amaun yang dilaburkan selama 6 bulan, dan kadar bunga ini boleh diperbaharui pada akhir tempoh ini. Pelabur boleh membeli "gold finished jewellery" atau "wafers in multiples" sebanyak RM10 ribu sahaja.

Saya juga difahamkan bahawa pelabur yang terlibat termasuk pegawai kerajaan tinggi, professional dan anggota DiRaja dan malah tabung badan-badan berkanun.

Para pelabur merasa kesal kerana Bank Negara kelihatan tidak mengambil apa-apa tindakan selepas serbuan tersebut. Bank Negara juga tidak mendakwa pengusaha syarikat tersebut ke mahkamah, mereka juga tidak memulangkan dokumen dan emas yang diserbu kepada syarikat tersebut. Dengan itu, pengusaha syarikat tidak dapat menjalankan perniagaan membeli dan menjual emas, dan mereka juga gagal membuat pelaburan dengan mengambil kesempatan kenaikan harga emas pada masa ini, dengan itu, mereka juga gagal membayar kadar bunga kepada para pelabur. Saya difahamkan bahawa perniagaan seperti ini juga dijalankan di Singapura dan Hong Kong, tetapi kerajaan mereka tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap syarikat seperti ini.

Apa yang para pelabur dapat tahu daripada tindakan Bank Negara sejak ia mula menjalankan siasatan terhadap syarikat ini ialah melalui maklumat yang diletakkan dalam laman web Bank Negara yang berbunyi:

Latest on G-Gold Gallery Sdn Bhd and its Related Companies
Bank Negara Malaysia has received a number of inquiries regarding G-Gold
Gallery Sdn Bhd and its related companies. Currently, Bank Negara
Malaysia is working closely with the relevant authorities in
investigating G-Gold Gallery Sdn Bhd and its related companies. Any
update will be published on Bank Negara Malaysia's website.

Tetapi kesalnya, Bank Negara tidak membaharui maklumat ini lebih daripada setahun. Jadi saya berharap YB Menteri Kewangan boleh memberi satu penjelasan kepada dewan yang mulia ini tentang sebab-musebab tindakan diambil terhadap syarikat ini. Sekiranya Bank Negara mendapati syarikat itu tidak bersalah, maka saya berharap aset dan akaun syarikat tersebut haruslah dipulangkan kepada pengusaha syarikat tersebut.

Ramai orang amat tidak puas hati dengan cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri yang datang ke kedai dan rumah mereka untuk menjalankan siasatan pembayaran cukai. Selalunya pegawai tersebut ingin menyiasat akaun mereka malah dalam 7 tahun yang lepas, cara ini amat menyusahkan mereka kerana mereka terpaksa mencungkil dokumen-dokumen dan akaun pada 7 tahun yang lepas dan mereka berkata mereka telah membayar cukai secara tetap. Saya berharap Menteri Kewangan boleh mengarahkan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya jangan begitu kasar dari segi cara penyiasatan mereka.

Proton telah rugi RM591 juta dalam tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2007

Saya difahamkan bahawa kerajaan akan memberi excise duty concession selama 6 bulan kepada Proton, ia bernilai dalam lingkungan RM200 juta, dan yang mana tidak akan dibayar balik oleh Proton.

Selain itu, kerajaan juga memberi RM30 juta sebagai "pampasan" untuk dealer yang berhenti urusniaga.

Sekiranya kita tambah kesemua peruntukan kerajaan kerajaan kepada Proton, maka jumlah kerugian Proton sebenarnya ialah lebih kurang RM900 juta.

Saya difahamkan bahawa kerajaan akan memberi grant sebanyak RM200 juta kepada Proton untuk menjalankan R&D, apakah ini benar? Apakah rancangan atau projek yang akan dilakukan oleh Proton melalui grant RM200 juta ini?

Kenapakah Kementerian Kewangan menghadkan agensi kerajaan membeli lampu daripada 3 syarikat pembuatan lampu sahaja?

Saya ingin tanya tentang arahan Kementerian Kewangan dalam surat pekelilingnya yang bertarikh 1 September 2005 yang bertajuk: Perolehan Lampu Jalan, Lampu Hiasan dan Lampu Luar Bangunan Bagi Projek-Projek Kerajaan kepada semua agensi kerajaan. Surat Pekeliling ini menghadkan semua agensi kerajaan di mana mereka hanya boleh membeli lampu daripada 3 syarikat yang membuat lampu, iaitu: Amat Sinar Sdn Bhd, Permintex Electronic Sdn Bhd dan Muarlite Industries Sdn Bhd.

Arahan Kementerian Kewangan ini telah mendatangkan bantahan daripada Persatuan Elektrikal dan Elektronik kerana arahan tersebut menjejaskan banyak syarikat yang membuat lampu dalam industri ini, tetapi kesalnya pihak Kementerian Kewangan tidak memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan arahan ini sehingga ini.

Saya ingin minta Menteri Kewangan untuk memberi penjelasan tentang rasional menghadkan agensi kerajaan untuk membeli lampu daripada 3 syarikat tersebut. Sekiranya kita lihat latar-belakang ketiga-tiga syarikat ini, mereka juga tidak pakar dari segi pembuatan semua bentuk lampu. Apakah Kementerian Kewangan akan melonggarkan arahan ini pada tahun-tahun yang akan datang.

(12/11/2007)     


*Teresa Kok Suh Sim, DAP Publicity Secretary & MP for Seputeh

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: