http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Perdana Menteri mesti menjawab samada keputusan Datuk Mohd Ali Rustam membelakangkan nilai moral dengan menganugerahkan gelaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada Hasnoor Sidang Husin, seorang penjenayah pecah amanah dan ekstremis anti-bukan Melayu adalah selaras dengan usaha mendirikan integriti dan memupuk perpaduan negara dalam pentadbiran BN

_____________

Press Statement

by Lim Guan Eng

_________________

 

(Melaka, Wednesday): Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti menjawab samada keputusan Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam membelakangkan nilai moral dengan menganugerahkan gelaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada Hasnoor Sidang Husin, seorang penjenayah pecah amanah dan ekstremis anti-bukan Melayu adalah selaras dengan usaha mendirikan integriti dan memupuk perpaduan Negara dalam pentadbiran BN. DAP amat terkejut dengan jawapan Datuk Mohd Ali di mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka minggu lepas di mana beliau menyatakan kerajaan negeri mahu memberikan anugerah ini beberapa tahun lebih awal lagi kepada Hasnoor sungguhpun beliau mempunyai rekod jenayah.

Pihak Kerajaan negeri telah menulis surat kepada pihak polis Melaka yang menjawab bahawa polis tidak ada sebarang bantahan terhadap penganugerahan DMSM dan terpulang kepada Ketua Menteri. Apakah keistimewaan sumbangan Hasnoor kepada Melaka selain daripada rekod pecah amanahnya kerana YAB Ketua Menteri nampak sangat begitu percaya kepada Hasnoor? Selain daripada pengaungerahan gelaran Datuk, Hasnoor juga dilantik sebagai Pengarah Bahagian Majlis Tindakan Ekonomi & Sosial Bumiputera Negeri Melaka (Penyertaan Bumiputera) di Pejabat Ketua Menteri.

Penerima anugerah DMSM perlu mempunyai sifat mulia dan kelakuan baik selain daripada sumbangan terpuji kepada masyarakat umum di Melaka. Hasnoor disabitkan kesalahan pecah amanah di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan dan telah dijatuhi hukuman 9 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 28 April 1995. Selepas rayuan ke Mahkamah Tinggi Melaka terhadap hukuman berat, pada 16 Oktober 1995 hukuman telah diringankan kepada 1 hari penjara dan denda RM 1,500 jika gagal bayar 6 bulan penjara. Dengan kata lain, Hasnoor adalah penjenayah pecah amanah!

Hasnoor juga ditegur keras oleh YAB Perdana Menteri pada Disember 2006 kerana membuat ucapan ekstremis pada Persidangan Agung UMNO tahun lepas yang mengancam kaum bukan Melayu. Dalam siaran secara langsung di kaca mata televisyen Hasnoor memberikan amaran kepada kaum bukan Melayu bahawa UMNO sedia mengorbankan nyawa dan bermandi darah untuk mempertahankan bangsa dan agama.

Abdullah mesti tegas bahawa mereka yang ada rekod jenayah dan juga sejarah ekstremis berbau kaum anti-bukan Melayu tidak layak dianugerahkan dengan DMSM. Adalah penting Hasnoor tidak memberikan gambaran palsu bahawa gelaran Datuk diberikan juga kepada penjenayah ataupun adalah hadiah kepadanya kerana membuat ucapan anti-bukan Melayu. Oleh itu Abdullah mesti mengarahkan Ali bila Perdana Menteri membuat lawatan rasmi pada1.12.2007 untuk menarik balik gelaran Datuk ini daripada Hasnoor demi mempertahankan nilai dan nama baik Datuk. Kalau tidak, ramai orang muda tidak takut melakukan kes jenayah kerana tahu 12 tahun kemudian, semua kesalahan dan jenaya ini boleh dilupakan malah dimaafkan dengan penganugerahan gelaran Datuk.
                                                                                     

(28/11/2007)


* Lim Guan Eng, Secretary-General of DAP

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: