red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 11hb Ogos 2012: 

Najib patut memberi penjelasan mengapa beliau telah membenarkan Utusan Malaysia menjalankan kempen “Haram Sokong DAP”

Ini merupakan hari keempat akhbar lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia masih menjalankan kempen “Haram Sokong DAP” yang berbaur fitnah dan bohong dalam usaha menunjukkan DAP sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-Raa Melayu untuk mewujudkan ketegangan perkauman dan keagamaan serta menggugat kestabilan dan perpaduan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan mengapa beliau telah membenarkan Utusan Malaysia menjalankan kempen “Haram Sokong DAP” selama 4-hari yang berbaur fitnah dan bohong sehingga menuduh tiga bekas Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, ayahnya Tun Razak serta bapa saudaranya Tun Hussein Onn sebagai musuh Islam?

Ini adalah kerana pendirian DAP yang bersemangatkan Perlembagaan Persekutuan adalah Malaysia merupakan sebuah negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia, yang tidak berbeza daripada pendirian tiga Perdana Menteri yang pertama dari tahun 1957 sehingga 1981, dan kekal dalam tempoh dua puluh tahun dari 1981 sehingga 2001, sehinggalah Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri yang keempat, telah membuat pengumuman yang tegas dalam persidangan kebangsaan delegasi Gerakan pada 21 September 2001 bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Ini merupakan sebab mengapa Mahathir dengan tenang memberi respon bahawa beliau tidak boleh disamakan dengan DAP dalam kempen “Haram Sokong DAP” Utusan Malaysia kerana beliau telah mengumumkan Malaysia sebagai negara Islam apabila beliau memimpin negara walaupun tidak mengimplimentasikan hudud.

Adakah Najib bersetuju dengan implikasi respon yang diberikan oleh Mahathir bahawa Perdana Menteri yang keempat ini dapat melepaskan diri daripada kempen “Haram Sokong DAP” yang dilancarkan oleh Utusan Malaysia tetapi mangsa keadaannya adalah tiga Perdana Menteri pertama Malaysia termasuklah ayahnya Tun Razak dan bapa saudaranya Tun Hussein?

Kempen berbaur fitnah dan hasutan “Haram Sokong DAP” yang telah dilancarkan oleh Utusan Malaysia mesti dikecam oleh semua rakyat Malaysia yang patriotik samada dalam Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, kerana ini merupakan taktik politik kotor yang dikhaskan untuk mencetus ketegangan dan kebencian diantara kekepelbagaian kaum dan agama di negara ini.

Baru-baru ini di Johor Bahru, Najib telah mengumumkan yang agama Islam tidak patut dipolitikkan oleh mana-mana pihak untuk menjadi “umpan politik”.

Oleh itu, mengapa pula beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO membenarkan lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia untuk terus menjalankan kempen berbisa “Haram Sokong DAP” selama empat hari berturut-turut – sehingga tiga Perdana Menteri pertama menjadi mangsa serangan kempen Utusan ini?

Najib wajib memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia samada beliau telah meluluskan atau mengesahkan kempen berbisa Utusan yang berbaur hasutan dan anti-nasional “Haram Sokong DAP” atau beranikah beliau untuk memisahkan diri daripada kempen ini dan mengecam tindakan Utusan Malaysia sebagai satu contoh yang memperkecil-kecilkan agama Islam dengan menjadikan agama ini sebagai “umpan politik” oleh sesetengah puak politik yang telah dikecam di Johor Bahru beberapa hari yang lepas.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional