red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 17hb Ogos 2012: 

Diatas nasihat peguam, tuduhan yang dilemparkan terhadap saya dalam laman web rasmi Facebook bagi filem Tanda Putera wajar diambil tindakan undang-undang

Lemparan tuduhan oleh Aida Fitra Buyong, penerbit eksekutif filem Tanda Putera bahawa saya telah bertindak secara defensif diatas gambar saya yang dimuat naik dalam laman web rasmi facebook bagi filem Tanda Putera bahawa saya telah kencing dibawah tiang bendera yang mengibarkan bendera negeri Selangor di rumah kediaman Menteri Besar Selangor, serta provokasi rusuhan 13 Mei 1969 merupakan satu dakwaan yang tidak berasas, liar dan menjijikkan.

Adakah pencipta filem 13 Mei mengharap agar saya mendiamkan diri manakala mereka terus menenun fitnah diatas fitnah seperti rusuhan 13 Mei 1969 berhubung dengan insiden saya kencing di rumah kediaman Menteri Besar Selangor serta memprovokasi rusuhan 13 Mei 1969 apabila saya tidak berada pun di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969?

Sukakah jika pencipta filem ini, termasuklah pengarahnya Datin Paduka Shuhaimi dan penerbit eksekutif untuk menerima sahaja segala tohmahan, fitnah dan kepalsuan yang dilemparkan terhadap mereka tanpa mengambil apa-apa tindakan untuk mempertahankan maruah, martabat dan integriti masing-masing?

Tuduhan Aida jelas memaparkan kepalsuan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah Tanda Putera Datin Shuhaimi Baba bahawa babak rusuhan 13 Mei selama 10 minit daripada tempoh 115 minit filem tersebut telah memesongkan kronologi sejarah yang jelasnya tidak tepat.

Laporan “The Malaysian Insider” hari ini dengan tajuk “Film producer calls Kit Siang ‘defensive’ over May 13 picture” oleh Hafidz Baharom adalah seperti berikut:

Penerbit filem ini, Pesona Pictures Sdn Bhd, kini menuduh Lim kerana bertindak secara defensif diatas penggunaan gambarnya yang telah mencetuskan kecaman meluas daripada pemimpin parlimen DAP serta rakan-rakan politik beliau.

Lim telah berkali-kali menyatakan bahawa beliau adalah seorang ahli politik yang muda pada masa itu dan tidak berada di ibu negara semasa rusuhan 1969 berlaku.

Akan tetapi, blog-blog UMNO kian sedang memporak-perandakan keadaan dengan mengapi-apikan mesej fitnah ini bahawa Lim bertanggungjawab mencetuskan rusuhan tersebut.

Awal tahun ini, gambar Lim yang kelihatan seperti “diheret” dengan kapsyen bahawa beliau telah kencing dibawah tiang bendera di rumah Menteri Besar Selangor di Kuala Lumpur sebelum rusuhan 13 Mei dimuat naik kedalam laman web tanda Putera.

Gambar tersebut telah diturunkan pada bulan lepas selepas serangan peribadi dilancarkan keatas kru serta barisan pelakon filem tersebut.

Semalam Lim telah mengatakan bahawa beliau berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap rujukan yang berbaur fitnah yang memaparkan gambar beliau didalam laman web rasmi Facebook bagi filem Tanda Putera.

Mengapa beliau begitu defensif?

“Kesemua gambar tersebut boleh didapati secara meluas di internet” kata Aida Fitri Buyong, penerbit eksekutif Pesona Pictures.

Katanya kepada The Malaysian Insider semalam bahawa gambar dan kapsyen yang dipaparkan didalam alam web Facebook bagi filem Tanda Putera telah diberikan oleh warga alam maya dan boleh didapati secara meluas di internet sebelum dimuat naik di laman web tersebut.

“Kami telah meneliti gambar-gambat tersebut untuk membuat kajian berhubung dengan kostum yang digunakan pada masa itu, pemandangan pada masa itu, kereta yang digunakan supaya babak-babak dan adegan filem itu kelihatan tulen”

Selain dariapad laman web rasmi Facebook bagi filem Tanda Putera yang telah menggunakan kapsyen: “Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah menteri besar Selangor ketika itu, Harun Idris”, merupakan satu tohmahan, fitnah dan pembohongan yang liar yang belum pernah lagi dilihat di alam maya.

Dakwaan yang dilemparkan terhadap saya oleh penerbit eksekutif Tanda Putera yang sebati dengan tuduhan terhadap saya dalam laman web rasmi Facebook, tidak memberi saya pilihan tetapi untuk mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan fitnah tersebut.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional