red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 24hb Ogos 2012: 

Najib digesa menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat dakwaan rasuah serta penyalahgunaan kuasa terhadap Peguam Negara Gani Patail

Malaysiakini hari ini melaporkan yang bekas anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang telah dibebaskan daripada tuduhan rasuah terhadapnya.

Ini berikutan pengesahan oleh Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali dalam satu SMS dalam satu respon daripada Malaysiakini.

Phang telah diberi surat daripada Mustafar yang bertarikh November tahun lepas yang membebaskannya daripada tuduhan oleh seorang bloger tidak bernama.

Walaubagaimanapun, surat daripada SPRM ini juga menyatakan kandungannya tidak boleh diterbitkan oleh pihak media.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed patut dikecam di Parlimen sekiranya beliau tidak boleh memberi penjelasan yang memuaskan mengapa SPRM telah menyembunyikan maklumat ini selama 15 bulan bahawa Phang telah dibebaskan daripada tuduhan rasuah terhadapnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM , Tan Sri Hadenan Abdul Jalil juga harus menjelaskan mengapa beliau telah menyembunyikan maklumat berhubung dengan pembebasan Phang daripada tuduhan rasuah selama 15 bulan yang lalu dari bulan Mei tahun lepas.

Kata Hadenan bahawa SPRM telah “gagal untuk memperoleh bukti secukupnya untuk mendakwa Phang”, yang telah memberi satu gambaran bahawa penyiasatan terhadap Phang masih berterusan.

Bukankah benar yang SPRM dan Panel Penilaian Operasi telah membebaskan dan membersihkan nama Phang serta Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dalam mesyuarat yang sama tahun lepas?

Jika ya, mengapa pula pengumuman ini telah dibuat oleh Hadenan selepas mesyuarat Panel Penilaian Operasi SPRMdalam bulan Mei tahun lepas bahawa penyiasatan SPRM telah membersihkan nama Peguam Negara dalam tuduhan rasuah yang berkait dengan penunaian haji, bahawa “panel ini berasa puas dengan hasil penyiasatan yang tidak memberi apa-apa indikasi kesalahan jenayah”, tetapi dengan sengaja telah menyembunyikan maklumat pembebasan Phang daripada pengetahuan beliau?

Baru-baru ini, Phang telah membuat laporan polis dengan menggesa SPRM dan pihak polis agar menyiasat dakwaan terhadap Gani dalam isu penyalahgunaan kuasa seperti yang digambarkan didalam buku baru yang bertajuk “Tan Sri Gani Patail: pemalsu, Penipu, penjenayah?”

Kata Phang, Peguam Negara mesti menyiasat semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebagai Peguam Negara and menyaman penulis buku itu untuk hasutan sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut didapati palsu. Ianya seakan-akan Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh puak-puak yang memegang jawatan atau yang berpangkat dapat dirumuskan kepada perang dua pihak Gani vs Robert Phang serta Gani vs Mat Zain.

Rakyat Malaysia amat bimbang dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kelihatan lali terhadap isu Peguam Negara yang paling kontroversial dalam sejarah negara ini, dengan bilangan dakwaan dan tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa berhubung dengan jawatan Peguam Negara dalam tempoh 55 tahun sejarah tanahair ini.

Hanya dua hari yang lepas, Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memohon mengapa beliau tidak bersedia untuk menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat Peguam Negara walaupun wujud banyak tuduhan serta bukti terhadap Gani tetapi telah memberi kebenaran untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Dalam lagi satu tuduhan Mat Zain, yang bertugas sebagai pegawai penyiasat dalam kes “mata lebam” Nawar dalam 1998 serta empat laporan polis yang telah Anwar buat diantara 9 Julai dan 20 Ogos 1999 terhadap personaliti politik seperti bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Paduka Rafidah Aziz, bekas Ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Cik adalah bahawa Gani, seperti Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, bersalah dalam melanggar Akta Bank dan Institusi kewangan (Bafia).

Kedua-dua Phang dan Mat Zain telah membuat beberapa tuduhan serius terhadap Gani dan Perdana Menteri tidakboleh terus berbuat tidak tahu terhadap gelaran Peguam Negara yang paling kontroversial dalam sejarah negara kerana Peguam Negara dipandang sebagai ketua pegawai perundangan yang diberi penghormatan untuk mendaulatkan undang-undang daripada ketua yang melanggar undang-undang.

Diatas sebab-sebab berikut, Najib harus mempertimbangkan secara serius penolakan beliau pada awal dan bertindak untuk menubuhkan satu tribunak kehakiman untuk meneliti banyak tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Gani oleh kedua-dua Mat Zain dan Phang untuk memberi penjelasan serta memberi persepsi bahawa Peguam Negara telah menjadi ketua yang melanggar undang-undang daripada ketua pegawai perundangan yang mendaulatkan undang-undang.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional