red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 9hb Jun 2012: 

Peringatan atas kegagalan pentadbiran Najib mengurangkan kadar jenayah dan menyingkirkan rasa takut orang awam

Insiden samun keatas ahli gabungan Bersih Wong Chin Huat pagi tadi semasa beliau keluar untuk senaman joging berhampiran rumahnya pagi tadi di Seksyen 18, Petaling Jaya pagi tadi dan kes yang lebih serius yang melibatkan seorang guru dari Bandar Kinrara, Puchong, Teoh Soo Kim, 51 kini sedang bergelut dengan nyawanya kerana beliau mengalami kecederaan yang teruk di kepalanya dan tidak sedar diri dalam satu percubaan menculik pada hari Rabu adalah peringatan-peringatan yang mengerikan kepada semua rakyat Malaysia akan kegagalan pentadbiran Najib dalam menjalankan salah satu tugas yang penting iaitu mengurangkan kadar jenayah dan menyingkirkan rasa takut orang awam.

Tiada gunanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu dan Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala yang berbangga dengan keberkesanan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti pengumuman bahawa indeks jenayah secara keseluruhan tahun 2011 telah jatuh sebanyak 11% sementara jenayah di jalanraya telah jatuh sebanyak 39.7% berbanding dengan 35% dalam 2010 - dan penambahbaikan dengan pengurangan 15% jenayah di jalanraya dibawah NKRA dalam 2010 - apabila rakyat Malaysia tidak berasa selamat samada dalam kediaman mereka sendiri ataupun diluar rumah mereka samada di jalanan atau di tempat awam.

Mobilisasi lebih 14,000 kakitangan polis pada 28 April untuk menangani perhimpunan aman Bersih 3.0 dan kempen fitnah yang telah dilancarkan terhadap 200,000 rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kelas, kawasan, umur atau jantina yang telah berhimpun secara aman untuk menuntut pilihanraya yang bersih tidak boleh diterima oleh orang awam terutamanya di kawasan bandar membayangkan kegagalan kerajaan Najib untuk mengurangkan jenayah dan menyingkirkan rasa takut orang awam.

Tujuh tahun selepas Suruhanjaya Siasatan Diraja Dzaiddin yang memberikan 125 syor dalam 2005 untuk mentransformasikan pihak polis untuk menjadi lebih efisien, tidak makan suap dan perkhidmatan profesional yang bertaraf dunia yang memberi fokus kepada tiga fungsi utama untuk mengurangkan jenayah, membanteras jenayah dan untuk melindungi hak asasi manusia. Ini memerlukan pihak polis Malaysia untuk melalui proses perubahan dalam daya fikiran (mind set) untuk mentransformasikan fungsinya sebagai pengawasan rejim kepada pengawasan secara demokratik seperti mengalih keutamaan dari melindungi kerajaan, Menteri dan pemimpin masa sekarang kepada melindungi rakyat dan hak asasi mereka termasuklah hak untuk menikmati kadar jenayah yang kurang dan pembanterasan jenayah yang wajib dituntut oleh rakyat dalam satu sistem demokrasi.

Singkatan-singkatan seperti GTP, NKRA, ETP, PTP dan sebagainya yang telah dipopularkan oleh pimpinan Najib tidak akan membawa apa-apa maksud kepada rakyat Malaysia yang ingin tahu apa yang sebenarnya yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk mempastikan seorang warga Malaysia seperti Wong Chin Huat agar beliau boleh menjalankan senaman joging dengan selamat berdekatan rumah beliau di Seksyen 18, PJ dan supaya warga Malaysia seperti Teoh Soo Kim boleh menjalankan aktiviti-aktiviti harian beliau tanpa berasa takut akan dimangsakan oleh serangan seperti ini.

Biar Hishammuddin dan Ketua Polis Negara memberitahu rakyat Malaysia apa rancangan mereka untuk mengurangkan kadar jenayah dan menyingkirkan rasa takut dalam lubuk hati setiap warga Malaysia.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional