red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 14hb Jun 2012: 

Adakah diantara mana-mana Menteri yang berani bertanya kepada Kabinet untuk memohon maaf secara terbuka diatas dakwaan Perdana Menteri yang tidak berasas?

Jawapan yang telah diberikan oleh Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang dipayungi kerajaan Barisan Nasional dalam Parlimen semalam adalah satu pengakuan bahawa tiada sekelumit pun bukti yang mengesahkan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Gua Musang pada 4 Mei bahawa perhimpunan Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan pada 28 April. Oleh sebab itu, Menteri-menteri Barisan Nasional mesti meletakkan topik ini sebagai tajuk utama agenda Kabinet esok.

Menteri-menteri Kabinet mesti bersepakat dan ‘menyelamatkan air muka’ Perdana Menteri dengan mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf secara terbuka bagi pihak Perdana Menteri kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang telah berhimpun secara aman dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan kesemua 28 juta rakyat Malaysia bagi dakwaan yang tidak berasas mengenai Bersih 3.0 sabagai satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan pada 28 April.

Persoalan yang ditanya oleh warga Malaysia adalah samada akan adakah mana-mana Menteri samada daripada UMNO, MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak yang berani menyoal Kabinet untuk memohon maaf secara terbuka mengenai dakwaan Perdana Menteri yang melulu dan tidak berasas bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan pada 28 April.

Ataupun, adakah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir akan terbukti benar bahawa Menteri dalam Kabinet tidak kurang dari menteri yang “kurang cerdik”?

Selepas jawapan terkemuka yang diberikan oleh Nazri semalam di Parlimen, yang dicerminkan dengan kegagalan sepenuhnya untuk membekalkan sekelumit pun bukti untuk mengesahkan dakwaan Najib yang melulu dan tidak berasas, Kabinet wajib melakukan tiga perkara seperti berikut:

Pertamanya, untuk menyelidik pihak mana yang memberi maklumat palsu dan tidak berasas kepada Perdana Menteri bahawa perhimpunan Bersih 3.0 sebenarnya merupakan satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan pada 28 April.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang telah memberi sokongan padu kepada dakwaan Najib, telah berkata pada hari keesokannya bahawa Perdana Menteri sudah pasti telah menerima ‘maklumat risikan’ oleh anggota cawangan khas sebelum membuat apa-apa dakwaan.

Akan tetapi, kenyataan ini telah dinafikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang telah mengeluarkan satu kenyataan selepas dua hari di Kulim bahawa pihak polis sedang menyiasat dakwaan Perdana Menteri yang perhimpunan Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

Ini menunjukkan satu percanggahan kenyataan – jika Najib diberi nasihat oleh anggota cawangan khas yang menyebabkan beliau membuat satu kenyataan di Gua Musang, mengapa pula IGP mengeluarkan kenyataan akan penyiasatan diatas kenyataan yang dibuat oleh Najib selepas dua hari di Kulim?

Ada yang tidak kena dengan situasi ini. Adakah Perdana Menteri mempunyai satu lagi ‘cawangan khas’ untuk memberikan maklumat risikan yang tidak kena-mengena dengan pihak polis dibawah Ketua Polis negara yang tidak diketahui oleh Ketua Polis Negara itu sendiri?

Keduanya, Kabinet haruslah berhadapan dengan realiti dalam jawapan Nazri semalam bahawa kerajaan Barisan Nasional sebenarnya takut akan garam dan air mineral berbotol yang telah dibawa oleh peserta-peserta Bersih 3.0 pada 28 April – bukan sebagai alat untuk mencabar pihak polis tetapi untuk melindungi diri mereka daripada tembakan gas pemedih mata atau semburan air yang bercampur bahan kimia seperti yang telah berlaku pada hari itu.

Dalam jawapan yang telah diberikan kepada soalan tambahan jika kerajaan Barisan Nasional begitu rapuh sehinggakan boleh ditumbangkan dengan menggunakan garam dan air berbotol, Nazri berkata bahawa garam dan air berbotol tidak patut dipandang rendah kerana ia boleh menggulingkan kerajaan yang telah hilang keyakinan rakyat.

Kabinet harus berunding dan berbicara secara mendalam berhubung dengan pengakuan bijaksananya – bahawa kerajaan boleh digulingkan bukan sahaja dengan garam dan air berbotol tetapi oleh telefon bimbit juga seperti yang berlaku di Tunisi, Libya dan Mesir sekiranya hilang sokongan oleh rakyat.

Isu sebenarnya bukanlah garam dan air berbotol atau telefon bimbit tetapi kehilangan keyakinan disebabkan rasuah yang berleluasa, penyalahgunaan kuasa, kemelesetan ekonomi, eksploitasi dan pencabulan hak asasi manusia.

Adakah Kabinet mampu untuk membuat pengakuan dan mengenalpasti mengapa selepas tiga tahun dalam pelbagai polisi ransformasi, pentadbiran Najib masih tidak popular berbanding dengan Pakatan Rakyat sehingga Menteri-menteri dalam pentadbiran Najib yang membayangkan garam, air berbotol serta telefon bimbit sebagai “weapons of mass destruction” untuk mengekalkan pemerintahan Barisan Nasional dan pimpinan Najib?

Ketiganya, Kabinet mestilah meminda dan mengaku akan prasangka buruk kerajaan dalam pengendalian perhimpunan Bersih 3.0 yang merupakan satu kemudaratan terhadap persepsi awam berbanding dengan pengendalian perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

Adakah Kabinet bersedia untuk mengambil keputusan untuk mengakhiri tohmahan dan fitnah terhadap penganjur Bersih 3.0 dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat didalam Parlimen serta media arus perdana dan paling pentingnya untuk membubarkan “panel penyiasatan bebas” Hanif diatas Bersih 3.0 dan memberi sokongan penuh kepada penyiasatan Suhakam untuk memastikan proses penyiasatan yang bebas, komprehensif dan kredibel terhadap keganasan Bersih 3.0 tanpa mengira jika mangsa-mangsa tersebut adalah kakitangan polis, wakil media atau peserta perhimpunan?


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional