red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 16hb Jun 2012: 

Bukan satu kejutan tiada Menteri yang berani untuk menyoal dalam Kabinet semalam dakwaan Najib yang tidak berasas

Bukan satu kejutan tiada Menteri yang berani menyoal Kabinet semalam dalam mesyuarat mingguan mereka supaya memohon maaf secara terbuka bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam dakwaan yang liar dan tidak berasas bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

Jika tidak, kerajaan Barisan Nasional dan Kabinet Najib tidak akan menghadapi satu situasi dimana mereka kini menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia terutamanya yang menyentuh kredibiliti mereka berbanding dengan kelima-lima Perdana Menteri sebelum ini dan barisan Kabinet mereka.

Menteri-menteri Najib akan bersetuju secara sulit bahawa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein tidak dapat menunjukkan sekelumit pun bukti untuk mengesahkan dakwaan karut yang tidak munasabah terhadap dakwaan tersebut, walaupun telah diberi sokongan padu oleh tiga bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan dan apabila diasak lagi oleh Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz pada hari Rabu yang lepas di Parlimen yang juga tidak dapat menghasilkan apa-apa bukti dalam jawapannya kepada soalan saya berkenaan dengan dakwaan melulu itu.

Tetapi di khalayak ramai, tidak ada seorang pun Menteri yang berani untuk menyatakan bahawa Najib yang hanya pentingkan imejnya dan takut kepada persepsi umum, dalam dakwaan beliau yang tidak berasas berhubung perhimpunan Bersih 3.0 sebagai satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

Malangnya, Najib telah gagal untuk menggunakan minggu pertama dalam sidang Parlimen untuk membaiki, membetulkan dan berdamai dengan ratusan ribu rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kelas, kawasan, jantina dan umur yang telah berhimpun secara aman di Kuala Lumpur pada 28 April untuk menyahut seruan untuk proses pilihanraya yang bersih.

Sebaliknya, dalam tiga hari pertama sidang Parlimen bermula minggu ini, Menteri-menteri Najib dan penyokong-penyokong tegar BN terus memfitnah dan mencemuh ratusan ribu peserta Bersih 3.0 terutama sekali dengan kenyataan Nazri bahawa “garam dan air berbotol” boleh digunakan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional.

Najib mesti sedar bahawa tindak-tanduk beliau sekarang sedang membawa padah kepada Barisan Nasional dengan lemparan tohmahan yang karut dan tidak munasabah terhadap perhimpunan Bersih 3.0 dan bahawa beliau sendiri termasuklah UMNO dan Barisan Nasional terpaksa menghadapi hakikat sebenar daripada pengamalan taktik politik kotor yang tidak bertanggungjawab dalam pilihanraya yang akan dating, pada bila-bila masa.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional