red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Rabu, 27hb Jun 2012: 

Skandal! Mengejutkan! Pentadbiran Najib tidak mengambil serius untuk membawa pembunuh Teoh Beng Hock ke muka pengadilan

Mengejutkan dan berskandal – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) telah mengambil tiga kali lebih banyak masa dalam mengendalikan siasatan dalaman berhubung dengan kesalahan jenayah oleh pegawai MACC berbanding dengan sisatan Suruhanjaya Siasatan Diraja keatas kematian Teoh di Ibupejabat MACC di Shah Alam pada 16 Julai 2009.

Dan apakah hasil siasatan dalaman yang telah dijalankan oleh MACC?

Untuk menentukan tindakan disiplin untuk diambil terhadap tiga pegawai MACC dengan taktik penyiasatan yang “agresif, menindas dan menganiaya” sehingga “membuatkan Teoh untuk membunuh diri”!

The Ketua Pesuruhjaya MACC Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata hari ini MACC akan menyerahkan cadangan mereka kepada jawatankuasa aduan sebelum menjatuhkan tindakan disiplin terhadap ketiga-tiga pegawai tersebut.

Mesejnya adalah jelas dan nyata – pentadbiran Najib dan MACC tidak serius dalam membawa pembunuh Teoh ke muka pengadilan!

Suruhanjaya Siasatan Diraja TBH telah mengambil kurang daripada empat bulan untuk mengadakan pendengaran awam dan memuktamadkan laporannya, dengan mengadakan pendengaran awam pada 24 Februari 2011 dan semasa penyerahan laporan pada 22 Jun 2011. Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja TBH dengan 124 mukasurat telah dibuat umum pada 21 Julai 2011.

Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan selepas kecamuk awam diatas “keputusan terbuka” hasil daripada inkues 18 bulan selepas kematian Teoh.

Apabila laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja TBH dibuat umum, MACC telah mengumumkan bahawa mereka telah menerima dengan baik hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja keatas kematian Teoh Beng Hock dan memberi jaminan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya keatas hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan syor-syor mereka.

Apabila tiada apa-apa tindakan yang telah diambil terhadap pegawai MACC yang terlibat, ini menuding kepada kecaman teruk yang telah menyebabkan MACC menggantung tiga pegawai mereka dalam 48 jam yang berikutan yang telah dinamakan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja sebagai pihak yang bertanggungjawab diatas kematian Teoh dan daripada tugasan penyiasatan dalam masa siasatan sedang dijalankan.

Apa yang yang diperlukan kini adalah badan siasatan yang bebas berhubung dengan persoalan mengapa MACC telah mengambil masa tiga kali lebih lama daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja TBH dan masih belum memuktamadkan siasatan dalaman terhadap hasil Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung dengan pegawai MACC yang bertanggungjawab diatas kematian Teoh.

Sekiranya MACC benar-benar telah menerima hasil dan syor siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja, adakah semua pegawai MACC yang terlibat yang berkelakuan seolah-olah bebas dari hukuman dan tidak menghormati langsung undang-undang yang sedia ada, yang telah menyebabkan kematian Teoh Beng Hock; dan dalam satu konspirasi tebal, telah cuba untuk menutup kebenaran dan telah mengambil ‘sumpah bohong’ dalam Inkues TBH dan didalam pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja, telah didakwa di mahkamah untuk pelbagai jenayah termasuklah pembunuhan Teoh Beng Hock?

Menjelang ulangtahun kematian Teoh yang ketiga, biarlah Perdana Menteri dan Kabinetnya menjawab, bukan sahaja persoalan diatas tetapi untuk membuat deklarasi samada MACC ataupun kerajaan bersedia untuk menerima tanggungjawab diatas kematian Teoh Beng Hock, memberi pampasan yang sewajarnya kepada keluarga mendiang TBH dan untuk meringankan beban kesengsaraan keluarga TBH serta memberi jawapan muktamad mengenai tragedi ini?


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional