red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 16hb Mei 2012: 

Tunku Aziz – walaupun berbeza pendapat, biarlah kita berjalan sehaluan dalam perjuangan untuk Malaysia yang bersih

Saya akan menjadi orang yang pertama mengalu-alukan Tunku Aziz jika beliau ingin mengubah fikiran mengenai perletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan sebagai ahli parti DAP tetapi saya menghormati jika ini keputusan muktamad yang beliau mahu ambil.

Dalam beberapa dekad yang saya mengenali Tunku Aziz, beliau merupakan seorang yang berpegang teguh kepada prinsip dan integriti dan pendapat saya mengenai beliau tidak pernah berubah sekelumit pun, sebagaimana Tunku Aziz sendiri ketahui dalam tiga pertemuan kami baru-baru ini, dua kali di rumah beliau dan yang ketiga di Parlimen.

Sekiranya perletakan jawatan beliau tidak dapat dielakkan, biarlah ianya dilakukan dengan penuh hormat dan berhemah tanpa perasaan dendam dan luka. Biarlah kita berjalan sehaluan dalam perjuangan untuk Malaysia yang bersih – yang menegakkan integriti, hak asasi dan sistem perundangan yang adil dan saksama dimana setiap anak bangsa Malaysia akan diberi layanan yang sama diatas bumi yang dipijak ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tunku Aziz di atas khidmat dan sumbangan beliau sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan selaku Senator DAP yang pertama dari Pulau Pinang.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional