red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 21hb Mei 2012: 

Tamatkan kepura-puraan perlantikan Hanif sebagai pengerusi yang “bebas” dalam penyiasatan yang berunsur kempen fitnah Bersih 3.0

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memulakan temuduga beliau berkenaan Bersih 3.0 dalam akhbar Sunday Star semalam yang bertajuk “Mencari kisah sebenar” dengan kenyataan dibawah:

“Dengan emosi rakyat Malaysia yang lebih stabil dan, insiden ini haruslah dilihat dari sudut pandangan yang lebih rasional”.

Saya telah mengkaji temuduga Hishamuddin dengan teliti, tetapi malangnya tiada apa pun bukti samada pihak kerajaan atau Hishamuddin benar-benar bersedia untuk melihat perhimpunan Bersih dari sudut pandangan yang rasional supaya rakyat Malaysia, pihak kerajaan, pihak polis dan masyarakat umum boleh mendapat petunjuk dari perhimpunan Bersih 3.0 dan memastikan negara Malaysia mengambil satu langkah besar untuk mewujudkan sebuah negara dengan ‘sistem demokrasi yang terbaik di dunia” – satu matlamat Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam 3 minggu yang lepas, kerajaan telah gagal untuk memberi jaminan kepada rakyat Malaysia dan warga antarabangsa bahawa sebuah panel yang bebas, kredibel, teliti dan sah akan ditubuhkan untuk menyiasat apa yang benar-benar telah berlaku sehingga mencetus keganasan pada 28 April termasuklah semua fakta dan bukti penyebab insiden keganasan, tidak kira samada mangsa adalah kakitangan pihak polis, wakil media atau peserta perhimpunan aman itu.

Insiden-insiden keganasan yang telah mencemarkan perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur dimana perhimpunan ini telah memahat sejarah sebagai perhimpunan yang telah membawa bersama dan memberdayakan semua rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama, kelas, umur atau jantina yang telah berhimpun secara aman dengan semangat patriotismeuntuk menyokong tuntutan sepakat pilihanraya yang bersih untuk Malaysia yang bersih.

Sebaliknya, kerajaan telah memulakan satu kempen fitnah untuk menunjukkan bahawa penganjur dan peserta Bersih yang jelas kelihatan dalam:

(i) dakwaan melulu dan tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri bahawa perhimpunan ini adalah satu konspirasi anti-nasionalisme, termasuklah percubaan pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan;

(ii) sokongan padu membuta tuli yang diberi oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar mengenai teori konspirasi ini; dan

(iii) dokumentari 30 minit yang tidak adil yang bertajuk “Bersih 3.0 itu Kotor” yang disiarkan dalam stesyen kerajaan TV1 hari Ahad yang lepas untuk satu tujuan meracuni fikiran penonton-penonton mengenai Bersih 3.0 dan merupakan alat yang membuktikan ketidakrelaan kerajaan untuk membuka pemikiran untuk membenarkan penyiasatan yang berupa objektif dan saksama terhadap keganasan Bersih 3.0.

Kenyataan Hishamuddin dalam temuduga bersama Sunday Star juga mengapi-apikan lagi kempen fitnah terhadap Bersih 3.0 apabila beliau mendakwa yang “demokrasi telah dirampas (hijacked) tempoh hari”.

Hishammuddin patut sedar bahawa persoalan “Adakah demokrasi dirampas (hijacked) tempoh hari?” akan melahirkan jawapan yang pelbagai dan yang bercanggah dan juga persoalan “Siapa yang telah merampas (hijacked) demokrasi pada hari tersebut?”, yang wajib dimasukkan dalam penyiasatan oleh panel yang bebas, kredibel dan teliti berkenaan dengan apa yang benar-benar berlaku yang mencetus keganasan dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April.

Hishamuddin perlu sedar juga ratusan ribu rakyat Malaysia yang telah berhimpun secara aman di Kuala Lumpur untuk Bersih 3.0, dan jutaan lagi yang telah memperoleh maklumat secara langsung mengenai apa yang benar-benar telah berlaku pada 28 April, tidak dapat menerima kempen fitnah kerajaan BN yang tidak masuk akal yang Bersih 3.0 adalah satu konspirasi jahat untuk mencetus kekeganasan sehingga menggulingkan kerajaan.

Bayangkan, lelaki dan wanita warga emas yang berumur dalam lingkungan enam puluhan, tuju puluhan dan lapan puluhan yang telah berhimpun secara aman ‘bersenjatakan’ garam dan air berbotol bukan untuk menempur atau berlawan dengan pihak polis tetapi untuk melindungi diri mereka dari terkena tembakan gas pemedih mata dan air semburan yang dicampur dengan bahan kimia yang mahu mencabar kuasa yang wujud dan menggulingkan kerajaan?

Bagi mereka, Bersih 3.0 akan kekal terpahat sebagai suatu pengalaman bersejarah yang memberikan kebebasan dimana rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama, kawasan, kelas, umur dan jantina telah bersatu padu berhimpun dengan aman dan harmoni dalam semangat patriotism dan cinta kepada negara untuk menyokong seruan pilhanraya yang bersih untuk Malaysia yang bersih.

Memang benar wujud beberapa insiden keganasan yang telah mencemarkan perhimpunan Bersih 3.0 yang amat dikesali – tetapi insiden-insiden ini telah berlaku selepas jam 3 petang pada 28 April.

Sebelum jam 3 petang, suasana memang tenang dengan ratusan ribu rakyat Malaysia yang telah berhimpun di Kuala Lumpur secara aman dalam harmoni dan seakan-akan berpesta untuk menyambut kebangkitan demokrasi, keberdayaan dan muafakat diantara semua anak bangsa Malaysia.

Ini adalah satu sebab mengapa rakyat Malaysia menuntut satu penyiasatan yang adil saksama dan efektif untuk mengkaji apa yang telah menyebabkab keganasan pada 28 April dalam perhimpunan Bersih 3.0 – jikalau ianya dicetus oleh beberapa peserta ataupun oleh kumpulan kecil kakitangan pihak polis yang telah menyalahgunakan kuasa dan menumbulkan keadaan huru-hara disana.

Saya menyeru kepada Hishamuddin untuk menamatkan kepura-puraan perlantikan Hanif sebagai pengerusi yang “bebas” dalam penyiasatan yang berunsur kempen fitnah Bersih 3.0 seperti yang dilihat dalam komen-komen anti-Bersih oleh Hanif.

Kata Hishammuddin dalam temuduganya: “Hanif diserang kerana beliau merupakan bekas Ketua Polis Negara”.

Betapa salahnya tanggapan Hishamuddin. “Panel penasihat bebas” yang kononnya diketuai oleh Hanif memang tidak boleh diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia, bukan kerana Hanif adalah bekas Ketua Polis Negara, tetapi disebabkan oleh kenyataan prasangka beliau mengenai Bersih 3.0 dan dakwaan yang tidak berasas selepas 28 April.

Tambahan pula, panel Hanif kini dilihat sebagai sebahagian dari alat kempen fitnah BN terhadap Bersih 3.0.

Jika Najib dan Hishamuddin mahukan kredibiliti dan kesahihan keputusan dari misi mencari fakta dalam Bersih 3.0 yang boleh menginisiasikan pemulihan pada peringkat kebangsaan, adalah sangat mustahak keputusan penyiasatan Bersih 3.0 mestilah berasas dengan bukti yang kukuh. Ini sudah tentu tidak boleh dicapai oleh Hanif dalam “panel penasihat bebas”

Tubuhkanlah samada Suruhanjaya Diraja Siasatan Form yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang terkemuka dan bersikap neutral, penyiasatan Suhakam ataupun menjemput pelapor PBB terutamanya Frank La Rue untuk mempromosikan perlindungan untuk kebebasan bersuara dan Maina Kiai diatas kebebasan untuk berhimpun, untuk menjalankan penyiasatan secara bebas dan untuk melaporkan kepada rakyat Malaysia dan kerajaan serta komuniti antarabangsa akan keputusan penyiasatan tersebut.

Dan yang paling penting, kerajaan mestilah menghentikan segala bentuk kempen fitnah yang ditujukan kepada Bersih 3.0.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional