red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang in Kuala Lumpur pada hari Selasa, 29hb Mei 2012: 

Kabinet mesti menyahut seruan untuk menubuhkan “Persidangan Parti-Parti” supaya hujung pangkal budaya politik yang ganas, samseng dan berunsur serangan mendapat fokus

Perdana Menteri sudah memulakan kempen beliau – memberi ucapan yang melebih-lebih dan manis dalam forum-forum antarabangsa tetapi sebaliknya berlawanan dengan apa yang beliau lakukan di negara.

Sempena Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-26, Najib telah menyeru kepada semua negara-negara Asia untuk menolak penggunaan kekerasan dan keganasan untuk menyelesaikan konflik.

Rakyat Malaysia terpegun kehairanan bukan dengan seruan Najib kepada semua negara Asia untuk tidak menggunakan kekerasan dan keganasan untuk menyelesaikan konflik tetapi dengan melihat Najib terus berdiam diri dan kegagalan kerajaannya dalam bulan yang lepas untuk mengecam budaya politik yang ganas, samseng dan berunsur serangan yang dilihat menganggu aktivti-aktiviti dan majlis-majlis Pakatan Rakyat.

Akibatnya, rakyat Malaysia telah banyak kali mendengar kata-kata manis Najib dalam pelbagai forum antarabangsa apabila memanggil untuk Pergerakan Kesederhanaan Global (Global Movement of Moderates) untuk bersatu menentang golongan ekstremis, tetapi sebaliknya ditanahair sendiri, tempoh tiga tahun beliau sebagai pemimpin negara memperlihatkan pelbagai manifestasi ekstremisme yang bukan sahaja mengesahkan tindakan ini secara rasmi tetapi melaksanakannya secara bebas tanpa hukuman dengan mencabul undang-undang yang sedia ada.

Insiden baru-baru ini yang menunjukkan penularan budaya politik yang ganas, samseng dan berunsur serangan dapat disaksikan apabila ceramah Pakatan Rakyat tergendala di Lembah Pantai Khamis lepas dan beberapa insiden vandalisme dan budaya samseng di ceramah PAS di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar; majlis minum teh di Merlimau, Melaka sempena pengerusi bersama gabungan Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenivasan; kempen intimidasi untuk mencabul privasinya diluar rumah kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur dan “upacara pengebumian” dihadapan rumah kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Rakyat Malaysia terpegun dengan kesenyapan Najib berkenaan dengan kadar insiden budaya politik yang ganas, samseng dan berunsur serangan terutamanya yang dilihat dalam majlis-majlis Pakatan Rakyat; dan dalam persidangan malam semalam kepada negara-negara Asia untuk menolak kekerasan dan keganasan untuk menyelesaikan konflik, ucapan Najib itu benar-benar kelihatan omong-omong sahaja.

Persoalan yang ditanya-tanya rakyat Malaysia adalah samada Najib benar-benar serius dan komited untuk membuat deklarasi berikrar untuk menolak penggunaan kekerasan dan keganasan dalam menyelesaikan konflik, dan terutamanya, untuk menarik balik kenyataan beliau “walau berkecai tulang dan juga badan” dalam ucapan Perhimpunan Agung UMNO 2010 untuk mempertahankan kuasa UMNO di Putrajaya serta jaminan dan janji untuk menerima keputusan pengundi Malaysia dalam pilihanraya umum yang akan datang termasuklah peralihan kuasa secara aman daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat?

Mesyuarat Kabinet yang akan berlangsung esok akan memberikan Najib peluang untuk membuktikan bahawa beliau serius apabila mengecam dan mengutuk budaya politik yang ganas, samseng dan berunsur serangan bukan seperti ucapan beliau yang melebih-lebih dan manis dalam forum-forum antarabangsa tetapi kelakuan beliau yang jauh berbeza dinegara sendiri.

Suruhanjaya Pilihanjaya yang bebas, saksama dan kredibel patut mengetuai Persidangan Meja Bulat Parti-parti Politik (Roundtable Conference of Political Parties) untuk menyemak dan menyelidik budaya politik yang ganas, samseng dan berunsur serangan dan mana-mana insiden yang akan melemahkan proses pilihanraya yang bersih, adil dan bebas dalam Pilihanraya Umum Ke-13.

Malangnya, ini bukanlah satu cadangan yang mampu dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya kerana orang umum telah hilang keyakinan dan kredibiliti sebagai satu badan bebas dan saksama yang boleh dipercayai untuk menjalankan mandat perlembagaan untuk mengendalikan pilihanraya yang bersih, bebas dan adil yang juga merupakan salah satu daripada tuntutan Bersih 2.0 iaitu “Mengukuhkan Institusi Awam”.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendakwa bahawa kerajaan sudah bersetuju untuk mengimplimentasi 7 daripada 8 tuntutan Bersih 2.0, tetapi ia dibidas oleh gabungan Bersih 2.0 yang mengatakan bahawa hanya satu tuntutan sahaja yang telah ditunaikan.

Berikut adalah respons kenyataan Bersih 2.0 kepada tuntutan keenam iaitu “Mengukuhkan Institusi Awam” bertarikh 24 Mei 2012:

“6. Mengukuhkan Institusi Awam”

“Berlandaskan perkara ini, situasi sebenar dilihat sebagai satu kemerosotan yang diselubungi kontroversi mengenai keahlian Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam UMNO yang masih belum diselesaikan. Tambahan pula, dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Suruhanjaya Pilihanraya bahawa beliau masih menganggap diri beliau sebagai seorang “kakitangan kerajaan” yang menandakan yang beliau masih patuh kepada arahan dan kehendak kerajaan. Deskripsi ini jauh berbeza daripada jawatannya sebagai ahli Suruhanjaya Pilihanraya, yang haruslah bebas dari cengkaman kerajaan.

“Pokok persoalannya adalah sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya telah gagal dalam melaksanakan tugas asas iaitu menyelaras dan melindungi integrity senarai daftar pemilih, bagaimana SPR masih boleh dipercayai untuk mengimplimentasikan pembaharuan yang kritikal dan oenting untuk membaharui atau mereformasikan system pilihanraya yang sedia ada? SPR telah membuktikan sekali lagi yang ia bukanlah badan yang bebas yang telah mengakibatkan kemerosotan keyakinan orang awam. SPR mesti meletak jawatan dengan segera dan digantikan dengan ahli-ahli yang baru yang mampu memperoleh keyakinan orang umum.”

Dalam keadaan sebegini, dimana Suruhanjaya Piliharaya tidak boleh diharapkan menjadi sebuah badan yang bebas dan saksama yang diberikan kepercayaan untuk mengendalikan pilihanraya yang bersih, bebas dan adil, mesyuarat kabinet esok harus mengambil keputusan untuk menubuhkan “Persidangan Parti-Parti” (All-Party Conference) supaya hujung pangkal budaya politik yang ganas, samseng dan berunsur serangan mendapat fokus sebelum ianya mencemari proses pilihanraya yang bersih, adil dan bebas.

Parti DAP bersama Pakatan Rakyat bersedia untuk memainkan peranan dalam pembasmian budaya politik yang ganas, samseng dan berunsur serangan.

Persoalannya adalah samada parti UMNO dan Barisan Nasional benar-benar komited untuk memartabatkan proses demokrasi berperlembagaan dalam Persidangan Meja Bulat Parti-parti untuk membasmi budaya politik yang ganas, samseng dan berunsur serangan.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional