red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Perutusan Hari Kaamatan dan Hari Gawai oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 30hb Mei 2012: 

Perutusan Hari Kaamatan dan Hari Gawai

Ucapan Selamat Hari Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua masyarakat Kadazandusun dan Dayak di Sabah and Sarawak.

Hari Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini akan berkongsi pentas dan memahat sejarah di tanahair ini dengan persiapan menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan menentukan samada Malaysia boleh bersaing sebagai negara yang mengamalkan system demokrasi yang asas dimana peralihan kuasa pada peringkat kebangsaan yeng ditentukan melalui cara pengundian dan diterima sebagai proses demokrasi berparlimen.

Dewasa ini, kearifan dan ramalan bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 akan jatuh pada bulan Jun tahun ini, tetapi nampaknya semua kiraan dan ramalan dari segi politik terpaksa dihitung semula apabila sokongan hampir satu perempat juta rakyat Malaysia bagi Bersih 3.0 yang membanjiri jalanan Kuala Lumpur dan bersama-sama puluhan ribu anak bangsa Malaysia di lebih daripada 80 negara di serata dunia.

Sokongan padu secara sukarela dan secara spontan bagi kempen Bersih untuk proses pilihanraya yang bersih telah memeranjatkan pentadbiran Najib kerana berdasarkan ‘maklumat risik’ yang telah diperolehi sebelum 28 April, adalah Bersih 3.0 tidak mendapat sokongan ramai dan tidak mungkin dapat meraihkan jumlah peserta dalam Bersih 2.0 dimana 50,000 orang yang turun padang.

Pilihanraya Umum Ke-13 yang diramalkan akan diadakan dalam bulan Jun kini mungkin ditunda ke bulan Julai ataupun September.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang baru-baru ini sedang giat membuat kenyataan seakan-akan beliau masih berkuasa dalam tempoh tiga tahun pimpinan Najib telah memberi amaran kepada Najib untuk menundakan tarikh pilihanraya sekarang kerana Najib sedang memimpin sebuah kerajaan yang lemah dan mencadangkan masa terbaik untuk Najib mengadakan pilihanraya adalah diantara tempoh selepas sambutan Aidilfitri dan sebelum akhir tahun.

Tidak kiralah apa tarikh Pilihanraya Umum Ke-13, apa yang jelas adalah sungguhpun kehebohan Sambutan Ulangtahun UMNO yang ke-66 yang dihadiri 120,000 orang di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei sebagai ‘serangan balas’ kepada 250,000 yang telah turun padang pada 28 April untuk menyertai perhimpunan Bersih 3.0 dan kononnya 2 juta belia yang telah berhimpun di Putrajaya minggu lepas, satu fakta yang tidak boleh dinafikan adalah – Najib tidak mempunyai keyakinan yang beliau bukan Perdana Menteri UMNO yang terakhir, apatah lagi untuk menuntut majoriti dua-pertiga di parlimen dalam pilihanraya umum yang akan akan dating.

Seperti yang dilihat daripada sokongan awam dalam Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lepas dan Bersih 3.0 pada 28 April, warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kawasan, kelas, jantina dan umur telah bangkit berdasarkan hak mereka sebagai warganegara Malaysia yang telah memberi mereka kuasa dan keberdayaan.

Dalam konteks keberdayaan yang kini tersebar di kalangan anak bangsa Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kawasan, kelas, jantina dan umur, jelas bahawa hak memilih masa depan mereka, anak mereka, sehinggalah cucu-cicit yang Hari Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini lebih bermakna kepada semua rakyat Malaysia.

Tahun depan 2013 adalah sambutan ulangtahun yang ke-50 terbentuknya Malaysia tetapi bagi tempoh setengah abad, kaum Kadazandusun dan Dayak di negara ini dipinggirkan daripada pembangunan negara.

Biarlah Hari Kaamatan dan Hari Gawai 2012 tahun ini, memberdayakan komuniti kaum Kadazandusun dan Dayak menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 dalam menentukan nasib dan masa depan mereka untuk 50 tahun yang akan datang.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional