Benarkah proses memanipulasi statistik jenayah merupakan jawapan kepada misteri tiga tahun mengapa rakyat Malaysia dibelenggu perasaan takut dan tidak selamat terhadap peningkatan kadar jenayah?

Akhirnya, rakyat Malaysia nampaknya telah mendapat jawapan kepada misteri tiga tahun mengapa rakyat Malaysia masih dibelenggu perasaan takut dan tidak selamat terhadap peningkatan kadar jenayah apabila kenyataan rasmi melaporkan sebaliknya.

Laporan ini telah saya terima dalam bentuk e-mel daripada seorang anggota polis yang patriotik dan berakhlak mulia yang telah berkhidmat lebih dari 30 tahun yang telah saya terima pada hari Selasa 21 Ogos, hari terakhir lawatan empat hari ke pedalaman Sabah yang meliputi 500km.

E-mel yang dihantar dibawah tajuk “Crime Statistics - Let the truth be told”, juga telah dihantar kepada penerima yang lain dan telah diterbitkan secara meluas dalam portal berita dan didalam beberapa laman-laman internet.

Dalam e-mel tersebut, anggota polis yang mahukan identitinya dilindungi telah menyatakan:

Pihak polis dan Pemandu tidak mempedulikan isu memanipulasi statistik jenayah. Statistik tersebut tidak menggambarkan situasi sebenar jenayah pada masa kini. Bagaimana statistik-statistik ini dimanipulasikan dijelaskan dalam petikan dibawah. Malah, pihak polis dan Pemandu tahu mengenai manipulasi ini tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Perasaan takut oleh orang awam memang boleh diberi justifikasi. Pihak polis kian dalam landasan yang salah dalam menangani jenayah

Petikan dibawah mengandungi penjelasan yang diberikan oleh anggota polis ini:

Pada 2009, kerajaan memperkenalkan “Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan “jenayah” merupakan salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Indeks Persepsi Utama (KPI) telah diwujudkan bagi pihak polis pada 27 Julai 2009 dibawah NKRA untuk mengurangkan kadar jenayah sebanyak 20%.

Keperluan untuk mengurangkan kadar jenayah sebanyak 20% merupakan satu dilemma besar bagi pihak polis. Pihak polis tahu bahawa peratus itu sememangnya ideal tetapi sukar untuk dicapai. Mana-mana pakar jenayah boleh mengesahkan bahawa jenayah itu merupakan produk faktor sosio-ekonomi dan pihak polis adalah sebahagian daripada sistem perundangan jenayah tidak boleh menangani masalah ini sendiri.

Walaubagaimanapun, dalam memartabatkan maruah dan imejnya, pihak polis kian menjadi mangsa kepada tekanan politik dalam mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan dibawah NKRA. Dengan standard pengawasan yang lazim, kadar jenayah mampu dibendung setakat yang boleh, tetapi untuk mengurangkannya sebanyak 20% merupakan satu cabaran yang mungkin tidak tercapai. Oleh itu, dalam masa terdesak ini, langkah-langkah yang wajar mestilah diambil.

Anggota polis ini juga telah menjelaskan dan telah mendedahkan secara terperinci percubaan secara sistemik oleh pihak polis untuk mengurangkan kadar jenayah dengan mengubah indeks jenayah kepada indeks bukan jenayah kerana indeks bukan jenayah dianggap sebagai kurang serius untuk dimasukkan dalam statistik jenayah untuk mengenalpasti keadaan jenayah yang sebenar.

Percubaan ini dilihat dalam ribuan kes seperti dibawah:

  • Kes rompakan dibawah Kanun Keseksaan telah diklasifikasikan dibawah indeks jenayah. Kesalahan ini kemudian akan diklasifikasikan lagi sebagai jenayah bukan indeks dibawah Seksyen 382 Kanun Keseksaan. Oleh kerana Seksyen 382 dibawah Kanun Keseksaan merupakan jenayah bukan indeks, ianya tidak akan digambarkan dalam statistik jenayah;
  • Kes pecah rumah dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan merupakan indeks jenayah. Kesalahan ini kemudian diklasifikan lagi sebagai jenayah bukan indeks dibawah Seksyen 452 atau 453 Kanun Keseksaan. Oleh kerana Seksyen 452 dan 453 dibawah Kanun Keseksaan merupakan jenayah bukan indeks, ianya tidak akan digambarkan dalam statistik jenayah; dan,
  • Menyebabkan kecederaan dibawah Seksyen 324 dan 326 adalah indeks jenayah. Kesalahan ini kemudian akan diklasifikasi lagi dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Oleh kerana Seksyen 148 Kanun Keseksaan merupakan jenayah bukan indeks, ia tidak akan digambarkan dibawah statistik jenayah.

Tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin, Menteri NKRA Datuk Idris Jalil dan Tan Sri Koh Tsu Koon dalam tiga hari ini sememangnya menghairankan dan mengecewakan kerana dengan ‘bersenjatakan’ segala maklumat dan data dalam tangan, mereka seharusnya menyangkal mana-mana dakwaan yang serius berhubung dengan perbuatan pecah amanah memanipulasikan statistik oleh anggota polis ini supaya rakyat Malaysia akan diberi gambaran palsu penurunan indeks jenayah dalam tempoh tiga tahun ini dan untuk mempromosikan kejayaan kosong Program Transformasi Kerajaan (GTP) 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Tema rasmi sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 adalah “Janji Ditepati”. Anggota polis yang patriotik yang telah membuktikan kepalsuan propaganda Menteri Dalam Negeri serta dua Menteri NKRA telah mengukuhkan lagi tema Hari Kemerdekaan yang tidak bermakna.

Jika Hishamuddin, Idris Jala dan Koh masih berdiam diri berhubung dengan bukti kepalsuan dakwaan anggota polis itu dan statistik berhubung dengan penurunan kadar jenayah dan indeks jenayah, maka rakyat Malaysia haruslah berterima kasih kepada anggota polis yang patriotic ini yang telah menjalankan tugasnya untuk menjawab persoalan tiga tahun ini – mengapa rakyat Malaysia masih dibelenggu rasa takut dengan kejadian jenayah dalam tempoh tiga tahun ini apabila pengumuman rasmi menyatakan yang sebaliknya!

Jika ya, maka sudah tiba masanya untuk tanahair ini mendapat seorang Menteri Dalam Negeri yang baru yang benar-benar serius dalam membanteras jenayah dan jujur kepada rakyat Malaysia dalam memberi penilaian situasi jenayah di negara.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur