Adakah Najib sedar akan kepalsuan statistik jenayah apabila memberikan pesanan Hari Raya minggu lepas yang bertemakan “Malaysia yang selamat”?

Dalam pesanan Hari Raya oleh Perdana Menteri pada minggu yang lepas, Datuk Seri Najib Razak telah berikrar untuk “Malaysia yang selamat” dengan memberi jaminan bahawa semua agensi yang bertanggungjawab akan mengambil inisiatif serta memberi komitmen untuk memerangi jenayah supaya keselamatan negara dipertingkatkan. Akan tetapi, pesanan ini mula menimbulkan keraguan dikalangan rakyat Malaysia. Dua sebab keraguan ini adalah:

Pertamanya, jaminan negara yang selamat merupakan satu kewajipan dan tanggungjawab asas sebuah kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional telah membuat pengumuman sebagai sebuah kerajaan yang mantap dan Berjaya dan pada masa yang sama menetapkan tema “Janji Ditepati” bagi sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55/Hari Malaysia Ke-49! Mengapa pula kini, kerajaan BN berikrar untuk menjadikan negara Malaysia negara selamat sekiranya negara ini tidak lagi selamat bagi warganya, para pelabur serta para pelancong yang datang dalam beberapa dekad ini?

Keduanya, tema “Malaysia yang selamat” yang digunakan oleh Najib dalam pesanan Hari Rayanya lebih mengelirukan sedangkan kerajaannya terus mengeheboh-hebohkan kejayaan besar dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam memerangi jenayah – sebagai contoh, dalam 2011, penurunan dalam jenayah jalan sebanyak 39.7% dan penurunan keseluruhan indeks jenayah sebanyak 11.1% walaupun rakyat Malaysia tidak berasa selamat ti rumah kediaman sendiri mahupun di tempat awam!

Kini, rakyat Malaysia mula memahami maksud tersirat pesanan “Malaysia yang selamat” Najib sempena Hari Raya yang digunakan sebagai tema sambutan Hari Raya pada minggu yang lepas?

Adakah Najib sedar bahawa statistik jenayah telah dipalsukan dan dimanipulasikan dalam laporan GTP/NKRA yang telah menyebabkannya memilih “Malaysia yang selamat” sebagai tema pesanan Hari Raya pada minggu yang lepas, untuk memberi jamina kepada rakyat Malaysia yang tidak berasa selamat kerana tiada sesiapapun yang benar-benar mempercayai statistik rasmi jenayah berhubung dengan penurunan kadar jenayah dan jenayah jalan?

Hari ini merupakan hari kelima Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin atau kedua-dua Menteri GTP/NKRADatuk Seri Idris Jala dan Tan Sri Koh Tsu Koon terus berdiam diri terhadap pendedahan oleh seorang anggota polis “pendedah maklumat” yang telah berkhidmat selama 30 tahun berhubung dengan pemalsuan dan pemanipulasian statistik jenayah untuk memperdayakan dan memberi gambaran palsu penurunan drastik dalam tempoh tiga tahun ini apabila keadaan yang sebenar adalah sebaliknya.

Najib mesti berhati-hati sekarang, bahawa keyakinan orang awam terhadap program–program transformasi yang ulung beliau itu, samada GTP atau ETP akan terus hilang sekiranya ketiga-tiga Menteri tidak boleh membantah pendedahan oleh anggota polis pemberi maklumat mengenai pemalsuan dan pemanipulasian statistik jenayah.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur