Kabinet harus mengarahkan Hishammuddin, Idris dan Koh untuk memberi respon terhadap dakwaan pemalsuan dan pemanipulasian statistik jenayah
Kabinet esok mesti menetapkan isu penting didalam agendanya dakwaan serius pemanipulasian dan pemalsuan statistik jenayah untuk memberi gambaran palsu “Big Wins” dan “Big Fast Results” dalam menurunkan jenayah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dengan mendakwa penurunan drastik sebanyak 35% dalam jenayah jalanan serta 15% dalam indeks jenayah dalam 2010 yang diikuti dengan penurunan 39.7% dalam jenayah jalanan serta penurunan sebanyak 11.1% dalam indeks jenayah pada tahun 2011 - yang merupakan “penurunan paling tinggi sejak Kemerdekaan.”
Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia masih dihantui “perasaan tidak selamat disebabkan jenayah” – samada perasaan takut untuk keluar berjalan-jalan bersama keluarga dikawasan perumahan sendiri mahupun untuk keluar pada waktu malam!
Saya berharap akan ada Menteri-menteri yang lebih berani yang tidak takut untuk menyuarakan pendapat mereka didalam mesyuarat Kabinet esok untuk menunjukkan tindakan pengecut yang terus berdiam diri selama tempoh satu minggu ini kepada pendedahan anggota polis “pemberi maklumat” yang telah berkhidmat selama 30 tahun berhubung dengan pemalsuan dan pemanipulasian statistik jenayah untuk memberi gambaran palsu “Big Win” dan “Big Fast Results” dalam mengurangkan kadar jenayah dalam tempoh dua tahun ini merupakan satu kerugian besar kepada pentadbiran sekarang.
Kabinet mesti mengetahui hujung pangkal hakikat sebenar bahawa tindakan beberapa pihak tertentu yang terus berdiam diri serta kegagalan untuk membantah atau menyangkal pendedahan pemalsuan dan pemanipulasian statistik jenayah oleh anggota polis “pemberi maklumat” yang akan menyangkal Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mendakwa kononnya Berjaya dan “Big Fast Results”.
Disebabkan beberapa alasan ini, sudah tiba masanya ketiga-tiga Menteri ini yang terlibat secara langsung dalam penurunan jenayah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan Menteri GTP/NKRA Datuk Idris Jala dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk bersuara dan diarahkan untuk mengadakan satu siding media selepas mesyuarat Kabinet untuk memberi respon kepada dakwaan anggota polis “pemberi maklumat” itu.
Kini, kredibiliti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan program-program transformasi GTP, ETP, Program Transformasi Politik (PTP) atau Program Transformasi Sosial (STP) kini dibelenggu tanda tanya, dengan pentadbiram Najib yang menghadapi satu krisis keyakinan, sekiranya Hishammuddin, Idris dan Koh terus berdiam diri.
Malah, sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada 31 Ogos yang jatuh pada hari Jumaat kemungkinan besar akan diingati oleh generasi akan datang sebagai satu hari dimana Program Transformasi Najib akhirnya akan berhadapan dengan kekalahan yang akan menghancurkannya.
Semua rakyat Malaysia sedang menunggu kesudahan mesyuarat Kabinet esok samada akan ada penolakan terhadap anggota polis “pemberi maklumat” berhubung dengan pemalsuan dan pemanipulasian statistik jenayah, samada dengan tindakan tiga Menteri yang terus berdiam diri yang juga bertanggungjawab untuk penurunan jenayah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang akan menjadi satu sambutan yang amat dahsyat dalam sambutan Kemerdekaan yang Ke-55 di tanahair ini.