Pihak polis masih gagal untuk memberi penjelasan berhubung dengan Malaysia sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara sedangkan rakyat Malaysia terus dihantui perasaan tidak selamat

Sementara Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf menjalankan kajiannya sambil menyangkal pendedahan oleh “pemberi maklumat” “Crime statistics: Let the truth be told” berhubung dengan pemalsuan dan pemanipulasian statistik jenayah, hakikat pahit adalah respon yang telah diberikan oleh pihak polis gagal menjelaskan status Malaysia sebagai negara yang paling selamat di Asia Tenggara dengan penurunan kadar jenayah dua digit sedangkan rakyat Malaysia terus dihantui perasaan tidak selamat dalam sejarah 55 tahun negara ini

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyatakan bahawa rakyat Malaysia harus berasa bangga akan kedudukan negara sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara didalam Indeks Keamanan Global (Global Peace Index).

Kenyataan berikut bergema dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme) pada 2011 diatas Penurunan Jenayah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA):

Dalam edisi kelima Indeks Keamanan Global (GPI) yang diumumkan pada Mei 2011, Malaysia telah dinobatkan sebagai negara yang paling selamat di Asia Tenggara dan negara keempat selamat di rantau Asia Pasifik, dibelakang New Zealand, Jepun dan Australia. Kedudukan Malaysia meningkat tiga tangga ke tempat ke-19 dengan menggantikan Singapura sebagai negara ranking tertinggi diantara negara-negara Asia Tenggara. Dalam rankin GPInya, Institut Ekonomi dan Keamanan di Sydney telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke-19 paling selamat dan paling tenteram diantara 153 negara seluruh dunia. Ini merupakan tahun kelima yang Malaysia telah mempertingkatkan skor GPInya (ms 55)

Dalam tulisan pendahuluan Datuk Seri Hishammuddin yang termaktub didalam Laporan Tahunan GTP 2011:

“Dalam 2011, kami telah melahirkan satu lagi tahun dengan laporan kadar jenayah yang rendah di seluruh negara…. Perjalanannya mungkin penuh rintangan, tetapi kami memberi komitmen untuk menjamin agar rakyat negara ini sentiasa selamat.”

Benarkah Najib dan Hishammuddin percaya bahawa bukan sahaja rakyat Malaysia “dimana-mana sahaja di negara ini yang selamat”, tetapi kini kami telah menjadi “negara paling selamat di Asia Tenggara”?

Hishammuddin berasal dari Johor Bharu dan beliau sendiri tahu jawapan kepada persoalan: Samada seseorang itu berasa tidak selamat di JB atau setelah menyeberangi Tambak Johor ke Singapura?

Jika jawapannya, yang jelas nyata menuding kepada Singapura sebagai tempat yang lebih selamat daripada Johor Bahru, bagaimana Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bergantung kepada Indeks Keamanan Global (GPI) yang mendakwa Malaysia merupakan “negara paling selamat di rantau Asia Tenggara” apabila jenayah dan keselamatan hanya merangkumi satu pertiga daripada 23 sub-indikator GPI?

Laporan Tahunan GTP 2011 telah menyatakan “Big Wins” dalam Penurunan Jenayah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) – terutamanya:

“Penurunan 39.7% dalam jenayah jalanan dan 11.1% penurunan dalam indeks jenayah – Malaysia kian menikmati penurunan dua digit kadar jenayah di seluruh negara.”

GTP dan Penurunan Jenayah NKRA telah berjanji kepada rakyat Malaysia “era baru memerangi jenayah”. Rakyat Malaysia mahukan jaminan bahawa janji yang dikotakan bukanlah “era baru memerangi staristik jenayah”.

Ini adalah sebab mengapa Perdana Menteri serta Menteri Dalam Negeri mesti meyakinkan rakyat Malaysia mengapa wujudnya ketidakselarasan diantara dakwaan kerajaan bahawa Malaysia adalah negara paling selamat di Asia Tenggara dengan penurunan dua digit dalam kadar jenayah sedangkan rakyat Malaysia terus dihantui perasaan tidak selamat dalam sejarah 55 tahun negara ini!

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua telah mengutarakan respon PDRM terhadap dakwaan “pemberi maklumat” berhubung dengan pemanipulasian dan pemalsuan statistik jenayah, walaupun “indeks jenayah” telah menurun daripada 209,572 dalam 2007 kepada 157,891 dalam 2011 atau 24.7%, “indeks bukan jenayah” telah meningkat daripada 42,752 kepada 72,106 atau peningkatan 68.7% pada tempoh masa yang sama.

Berdasarkan data PDRM, “indeks bukan jenayah” sedang menaik tiap-tiap tahun sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan jenayah sejak 2007 – peningkatan daripada 16.9% jumlah keseluruhan jenayah dalam 2007 kepada 21.9% (2008) kepada 22.8 (2009) kepada 29.8 (2010) sehinggalah mencapai rekod baru 31.4% dalam 2011.

Adakah ini mencerminkan manipulasi data atau seperti yang ditekankan oleh “pemberi maklumat” sebagai satu sistem pengklasifikasian semula secara sistematik kes-kes “indeks jenayah” sebagai “indeks bukan jenayah”.

Apa yang rakyat Malaysia mahukan adalah sebab mengapa, sebelum ini PDRM dan PEMANDU tidak menerbitkan apa-apa maklumat mengenai “indeks bukan jenayah” sehinggalah pendedahan oleh “pemberi maklumat”?

Pihak kerajaan harus mengumumkan semua perincian berhubung dengan “indeks bukan jenayah” bagi setiap tahun dalam 15 tahun ini, dari tahun 1997 untuk membolehkan satu proses pengesahan dijalankan untuk menyemak ketepatan dan ketulenan statistik jenayah GTP dan NKRA.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur