Menyeru rakyat Malaysia supaya jangan melepaskan peluang terakhir untuk membawa perubahan yang bermakna kepada Negara
Saudara-saudari,
Pada hari ini, DAP mengadakan konvensyen negeri Pulau Pinang untuk menguatkan keazaman kita dan menajamkan fokas kita untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke-13. Matlamat kita kali ini adalah mempertahankan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang dan menewaskan UMNO dan Barisan Nasional untuk memenangi Putrajaya.
Tema konvensyen negeri ini adalah begitu jelas iaitu untuk mengembelingkan semua tenaga dan sumber kita dengan semangat perpaduan dan berpasukan untuk mencapai matlamat ini.
Konvensyen ini adalah konvensyen terakhir sebelum kita menghadapi pilihanraya umum. Saya percaya parti kita telah siap sedia menghadapi UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang paling penting bagi Negara kita.
Pilihanraya ini paling penting kerana ia akan menentukan nasib masa depan Negara kita, sama ada Negara kita akan berpeluang untuk menjadi Negara yang masih ada harapan cerah di bawah Pakatan Rakyat ataupun akan menjadi Negara yang akan terus menjunam ke lembah kejahanaman di bawah UMNO dan Barisan Nasional.
Saudara-saudari,
Kita perlu menghadapi pilihanraya ini dengan penuh yakin walaupun kita perlu menghadapi UMNO dan Barisan Nasional yang tidak akan rela menyerah kuasa pemerintahan mereka dengan begitu mudah.
Ramalan yang terbaru menunjukkan Barisan Nasional masih di hadapan kita, mereka diramalkan akan menang 120 kerusi berbanding 100 kerusi Pakatan Rakyat jika pilihanraya diadakan sekarang.
Oleh kerana, pilihanraya masih belum dapat diadakan sekarang, kita masih ada masa lagi untuk melipatgandakan usaha kita untuk menggugat UMNO dan Barisan Nasional.
Kita perlu menggunakan 50 hingga 100 hari yang akan datang untuk menentang Barisan Nasional habis-habisan.
UMNO dan Barisan Nasional juga sedar mereka perlu menghadapi pilihanraya yang sengit kali ini. Perhimpunan Agung UMNO kali ini telah menjadi medan peperangan menentang Pakatan Rakyat. Mereka masih menggunakan semangat perkauman, semangat Melayu untuk mengapi-apikan orang Melayu menentang Pakatan Rakyat. Pengundi bukan Melayu juga ditakut-takutkan dengan ugutan bahawa sekiranya orang Melayu hilang kuasa, Negara ini akan menjadi porak-peranda.
Kita mahu menyakinkan orang-orang Melayu bahawa orang Melayu tidak akan hilang kuasa di tanah sendiri. Cuma UMNO yang akan hilang kuasa dalam arena politik Malaysia. Orang Melayu masih boleh pegang kuasa dalam aturan politik baru yang dipepolori oleh Pakatan Rakyat.
Di negeri Pulau Pinang, kita juga perlu yakin dengan kebolehan kita untuk mempertahankan pemerintahan kita. Barisan Nasional di bawah kepimpinan yang baru, tidak akan dapat sokongan pengundi kerana mereka masih tidak berubah cara dan pemikiran mereka. Teng Chang Yeow masih belum dapat menyakinkan rakyat bahawa UMNO bukan tuan politik dia.
Saudara-saudari,
Parti kita amat memandang berat tentang pilihanraya yang akan datang. Parti kita bukan lagi parti pembangkang, parti kita sudah menjadi parti pemerintahan selepas pilihanraya tahun 2008.
Parti kita perlu siap sedia untuk menghadapi pilihanraya sebagai parti pemerintah. Pengundi akan menilai kita sebagai parti pemerintah bukan lagi sebagai parti pembangkang. Mereka ingin tahu sama ada parti kita telah menunaikan janji-janji pilihanraya dan memikul amanah dan mandat yang diberikan.
Saya ingin melaporkan kepada konvensyen ini bahawa parti kita telah menunaikan tanggungjawab kita kepada rakyat dengan sedaya upaya kita. Kita percaya kita telah menunaikan dan mengotakan janji pilihanraya kita dengan menggunakan kuasa pemerintahan kita.
Kita masih pegang teguh kepada prinsip-prinsip utama perjuangan parti kita iaitu demokrasi sosial dan Malaysian Malaysia.
Kita perlu memberitahu rakyat negeri Pulau Pinang bahawa DAP dan Pakatan Rakyat mampu memerintah dan perintah dengan adil dan seksama dan jauh lebih baik berbanding UMNO dan Barisan Nasional.
Kita telah menghadapi tohmahan Barisan Nasional dan kerisauan rakyat tentang kemungkinan pembangunan sosio-ekonomi akan terjejas kerana parti kita tidak ada pengalaman untuk memerintah.
Pencapaian kita dalam menguruskan pembangunan ekonomi, menarik pelaburan asing dan tempatan, kadar pertumbuhan yang meningkat dan dasar yang menjaga kepentingan rakyat adalah memuaskan dan dapat pengiktirafan dari rakyat jelata. Kita perlu berani memberitahu rakyat kita mampu memerintah dengan baik.
Parti kita juga telah memperkenalkan undang-undang, dasar-dasar dan program-program yang pro-rakyat dan memupuk kemajuan demokrasi dan hak-hak asasi manusia sejajar dengan prinsip utama perjuangan parti.
Saya percaya lebih penting lagi adalah urustadbir CAT – Competency, Accountability dan Transparency dan satu pentadbiran yang bersih dan tidak menyalahguna kuasa dan tidak berkorupsi.
Saya yakin rakyat jelata amat terima DAP dan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang baru yang dapat memenuhi aspirasi dan harapan mereka. Pencapaian kita di negeri Pulau Pinang telah menyakinkan rakyat bahawa negeri Pulau Pinang adalah harapan Malaysia.
Saudara-saudari,
Sebenarnya kita memikul satu tanggungjawab yang amat berat. Kita perlu menyakinkan rakyat bahawa di bawah DAP dan Pakatan Rakyat, masih ada harapan di Malaysia.
Kita perlu merasa dibebani untuk membawa perubahan kepada Malaysia dalam masa yang begitu genting dalam sejarah Malaysia.
Kita tahu bahawa UMNO tidak mampu berubah. Mereka masih meneruskan prinsip perjuangan mereka yang berlandaskan kepada semangat perkuaman. Pemerintahan mereka diwatakkan dengan keangkuhan kuasa, penyelewangan kuasa dan budaya dan amalan rasuah, menindas minoriti dan politik memecah-belah.
Institusi awam diperkudakan untuk membolehkan mereka terus mencengkam kuasa. Mereka tidak akan memikir bahawa prinsip demokrasi boleh memberi hak pengundian untuk menjatuhkan mereka. Lebih-lebih lagi masalah dalaman UMNO akan bantu mencepatkan proses ini.
Saya percaya Negara dan rakyat kita telah sedia untuk UBAH dalam pilihanraya akan datang. Peluang ini janganlah kita melepaskan kerana kegagalan kita sendiri.
Walaupun kita merasa peluang yang amat cerah dalam pilihanraya akan datang, tetapi kita masih boleh digagalkan. Isu-isu seperti Negara Islam, Hadi jadi Perdana Menteri dan perpaduan dalam Pakatan Rakyat perlu ditangani dengan baik sebelum rakyat akan berfikir semula tentang perlunya memilih Pakatan Rakyat.
Di negeri Pulau Pinang, kita ingin sekali lagi meminta supaya kesiapsiagaan jentera kita ditingkatkan. Hari ini, parti kita telah mempunyai sumber-sumber yang lebih baik untuk menggerakkan kempen pilihanraya. Kita juga yakin dengan prestasi sebagai parti pemerintah di negeri ini selama 41/2 tahun ini.
Parti kita juga telah melihat pertumbuhan yang baik dari segi organisasi, kewangan, publisiti, pendidikan politik dan pentadbiran ibu pejabat. Kita juga amat sedar bahawa parti perlu menghadapi cabaran-cabaran setiap masa dan memperbaiki apa-apa kelemahan.
Kita tidak akan memandang ringan tentang betapa pentingnya seluruh parti kita mempunyai visi dan misi yang sama, semangat perjuangan yang tinggi, semangat berpasukan dan disiplin yang baik dan kepimpinan yang dapat menggembeling semua aset parti untuk mencapai matlamat kita.
Makmurlah Negeri Pulau Pinang
Majulah ke Putrajaya.