Teks Ucapan Bajet 2013 oleh Nga Kor Ming
Salam Bersih & Salam Reformasi, Dato Speaker. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membenarkan saya bangun untuk membahas usul pembentangan Bajet Negeri 2013 yang jelas mencerminkan deficit berturut-turut selama sekurang-kurang 8 tahun ini.
Seperti yang diwar-warkan bahawa bajet kali ini berteraskan 3 prinsip utama iaitu Berhemah(Prudent), Effisien(Efficient) dan Mampan(Sustainable), memang elok jika tiga(3) teras prinsip ini dapat dilaksanakan tetapi adalah jelas fakta didepan mata kita terbukti ia adalah indah khbar dari rupa. Bahkata pepatah melayu, ini bajet masuk lima, keluar sepuluh.
TYP, Bajet kali ini mengalami satu lagi deficit sebanyak RM42.86 juta, ia adalah bajet deficit berturut-turut setelah kerajaan negeri menelan deficit RM50.14 juta pada tahun 2012 dan RM29.6 juta pada tahun 2010. Dalam tempoh singkat 3 tahun ini jumlah deficit telah mencecah RM122.6 juta. Bolehkan kita bangga? Saya berasa pelik kerajaan negeri BN masih bangga dengan deficit berleretan panjang, sikap "angkat bakul, masuk sendiri" inilah akan membawa negeri dan tanahair kita menuju ke ambang kebankrapan khususnya kini hutang Negara telah melebih RM500 billion, iait53.7% daripada KDNK, satu paras yg merbahaya.
TYP, Sekiranya kita mengimbas kembali, kali terakhir tanahair kita Berjaya mencatat belanjawan seimbang adalah pada tahun 1997 ketika Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Sejak beliau dipecat secara zalim, saban tahun Negara kita mengalami deficit dan kini sudah 16 tahun Malaysia mengalami deficit berturut-turut dengan tahun 2013 menyaksikan jumlah deficit setinggi RM43 billion. Yang lebih mengkhuatiri pihak kami disebelah sini adalah pada waktu zaman DS Anwar Ibrahim, selama 8 tahun beliau menjadi Menteri Kewangan, beliau Berjaya mengurangkan jumlah hutang Negara dari RM97 billion hingga ke RM89 billion, satu kejayaan yang membolehkan DS Anwar diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik oleh IMF bagi rantau Asia Pasifik, tetapi kini dibawah YAB Pekan, hutang Negara kita melonjak berlipat ganda, kini jumlah RM500 billion yang terpaksa ditanggung oleh semua rakyat adalah melebihi jumlah hutang Negara sepanjang zaman 5 perdana Menteri Malaysia sejak kemerdekaan yang berjumlah RM300 billion.
Kos bayar hutang Negara boleh bina 45 Universiti baru tiap tahun
TYP, seandainya kita perlu RM500 juta untuk membina sebuah Universiti, kini Kos membayar hutang Negara dalam tempoh 1 tahun menelan jumlah RM22.5 billion. Dengan kata lain, Malaysia am dan Perak khususnya rugi 45 buah Universiti baru, bayangkan alangkah baiknya jika pengurusan kewangan kita tidak terjebak dengan hutang sekeliling pinggang yang jelas menjejaskan kemampanan pembangunan Negara kita.
TYP, jika kita focus kepada Perak, Hutang kerajaan negeri sebenarnya telah bertambah dekat 500% dari RM192 juta pada tahun 2000 hingga RM1.05 billion juta pada 2012. Pertambahan mendadak ini kini kononnya telah dijelaskan, tetapi kini Perak menjelaskan hutang dengan memindahmilik asset terpenting negeri, iaitu asset Air kepada SPAN. Saya ingin memberi teguran kepada kerajaan BN, you have sold our future and now you are selling our children's future. Aset air dibawah Lembaga Air Perak adalah asset terpenting kerajaan Negeri Perak kerana agensi ini yang berstatus monopoli mampu menjana pendapatan dan keuntungan saban tahun, khususnya tahun lepas jumlah keuntungannya mencapai RM104 juta, selain itu, LAP mempunyai rizab RM600 juta. Saya ingin penjelasan daripada YAB Menteri Besar, apakah terma utama kontrak pemindahan asset air di negeri Perak? Adakah kerajaan negeri masih mempunyai bidang kuasa mengawal kadar air dalam negeri Perak? Adakah kadar air dalam negeri ini akan naik selepas pilihanraya? Beranikah kerajaan BN memberi jaminan tariff kadar air tidak akan naik dalam 5 tahun akan datang? Saya berharap YAB Menteri Besar dapat mendedahkan segala-gala terma kontrak tersebut semasa penggulungan nanti.
Kewangan Negeri PR Stabil dan kukuh
TYP, BN sentiasa mendakwa PR tidak mampu mentadbir dan jika rakyat berubah, maka ia akan menggadaikan masa depan Negara kita. Bagaimanapun, saya ingin membuat perbandingan kedudukan kewangan antara negeri. Perak dibawah BN, sejak rampasan kuasa, jumlah rizab yang ada bernilai RM778 juta. Setelah 4 tahun, jumlahnya masih stagnant atau lebih kurang sama. Sebaliknya jika kita lihat pengurusan kewangan PR, di Selangor, 50 tahun dibawah BN, wang rizab kerajaan negeri setakat 2008 adalah RM600 juta, selepas 4 tahun dibawah PR, jumlah rizab negeri melonjak dan bertambah sehingga RM2200 juta. Bagi Pulau Pinang, jumlah rizab negeri dibawah BN adalah lebih kurang RM400 juta, kini hanya selepas 4 tahun dibawah PR, jumlah rizabnya mencapai RM1200 juta. Bagi Kelantan, seandainya royalty minyak berjumlah RM7.1 billion dikembalikan dan bukan ditahan, jumlah rizabnya nescaya akan melihar perkembangan pesat positif yang jauh lebih baik dari negeri BN.
TYP, kerajaan mendakwa bajet ini berhemah dalam merangka bajet, effisien dalam perlaksanaan dan mampan dalam menghadapai tuntutan kemajuan pada masa-masa hadapan. Bagaimanapun, hasil analisis bajet ini walaupun menunjukkan ia bukan angan-angan mat jenin, tetapi ia ibarat nujum Pak Belalang.
TYP, Saya ingin mengemukakan beberapa isu yang mengusari rakyat khususnya kawasan Taiping dan Pantai Remis.
Tahun ini adalah tahun melawat Perak. Kerajaan telah membelanja wang rakyat sejumlah RM18 juta untuk mempromosikan tahun ini dengan pelnbagai papan iklah termasuk panjak gunung Kota Kinabalu dan melawat eskpo di London, kononnya untuk mengharumkan nama negeri Perak, "Lands of Thousands wonder". Saya berasa kesal kerana ketika berjuta-juta wang rakyat dibelanja untuk promosi, kemudahan infrastruktur asas di destinasi perlancongan dalam negeri ini masih dalam keadaan daif dan mengaibkan, dan yang lebih memeritkan adalah walaupun saya pernah bangkitkan isu yang sama, masih tiada tindakan sewajarnya diambil oleh pihak kerajaan.
Pertama, Bukit Maxwell yang satu ketida dahulu terkenal dengan flora dan fauna tetapi kini dalam keadaan yang mengaibkan. Kereta Kabel yang diumumkan sejak tahun 2006 sehingga kini, selepas 7 tahun masih tinggal omong-omong kosong. Ia janji tidak ditepati tetapi Janji Dimungkiri.
Kedua, Tulip Garden yang dibina sewaktu YB Pengkalan Hulu menjadi Menteri Besar kini tinggal bunga kaktus dan tiada sekuntum pun bunga Tulip kelihatan dan pihak kami dimaklumkan kerajaan negeri menyewakan tapak itu yang begitu mengasyikkan kepada syarikat kroni dengan sewa RM1 ringgit sebulan. Saya pohon penjelasan.
Ketiga, Tea Garden yang menelan belanja RM2.4 juta. Kini tea garden tersebut langsung tidak dijumpa jejak teh, yang ada adalah nyamuk aedes dan ular sawar sahaja. Bukankah ini projek-projek gajah putih yang membazir? Dimana berhemah, effisien dan mampan?
Keempat, Chalet makan angina yang menelan kos RM3 juta atas bukit Maxwell. Walaupun bangunan tersergam indah, tetapi keadaannya juga daif dan memalukan. Sewaktu lawatan saya ke tapak tersebut, yang muncul depan mata saya hanyalah semak-samun dan sampah sarap yang penuh dengan sarang semut. Bayangkan apakah perasaan pelancong jika mereka melawat setelah tertarik, tertipu dengan iklan yang indah khbar dari rupa?
Kelima, Taiping Rest House yang dibina sejak 1894. Bangunan bersejarah ini terletak di Jalan Stesen keretapi Taiping. Sebagai bangunan warisan bersejarah, kerajaan negeri seharusnya memberi perhatian khusus untuk membela dan menjaganya dengan baik tetapi kini bangunan Taiping Rest House atau dikenali Hotel Lagenda hanya satu tapak sembunyi penagih dadah dan merosot menjadi tapak pembiakan nyamuk aedes. Saya ingin cadangkan bahwa MPT harus menjalankan tender terbuka kepada sector swasta yang mampu dan berpengalaman supaya memulihkan imej Taiping sebagai Bandar Warisan, Bandar Bersejarah.
Keenam, Casuarina Inn yang dibina pada tahun 1877. Bangunan yang mempunyai sejarah 135 tahun ini satu ketika dahulu adalah kediaman residen British pada zaman penjajahan. Tapak Bangunan tersebut pernah juga dijadikan tempat bersemayam oleh Duli Maha Mulia Tuanku Sultan ketika Baginda melawat Taiping kerana keindahan pemandangannya dan kedudukan yang unik di tepi Lake Garden. Bagaimanapun, atas kegagalan kerajaan BN, kini bangunan sejarah tersebut bukan sahaja berada dalam keadaan daif, malahan exco kerajaan telah meluluskan tapak warisan ini kepada Syarikat swasta Iras Engineering tanpa sebarang tender terbuka. Saya ingin bertanya siapakah Iras Engineering? Apakah sebab tanah yang begitu strategik dan bernilai komersial tinggi diluluskan kepada syarikat tersebut? Saya minta pendedahan secara menyeluruh dan jika tidak, pihak kami akan membongkarkan karenah BN dalam perkara ini yang jelas merugikan kepentingan rakyat dikawasan Taiping.
Ketujuh, Taman Tasik II di Kamunting. Taman awam tersebut menelan kos RM8 juta dan baru dirasmikan pada tahun lepas. Bagaimanapun, oleh kerana kepincangan pentadbiran, taman tasik ini bukan sahaja dicerobohi oleh lembu, tahi lembu boleh dipijak dimerata tempat, kolam bunga Lotus yang satu ketika dahulu merupakan satu tarikan perlancongan, kini tinggal semak belukar dan tiada bunga, landasan jogging yang baru dibina penuh dengan air akibat system pengaliran air yang teruk.
TYP, satu per satu saya dedahkan, tetapi sikap kerajaan yang melepas batuk ditangga mencerminkan janji Rakyat didahulukan hanya slogan omong kosong. Dibawah gagasan Perak Amanjaya, YB Pangkor kononnya menyatakan kerajaan adalah nadi transformasi dan pemangkin pembangunan ekonomi. Adakah ini transformasi yang dimaksudkan?
TYP, selain daripada isu-isu yang dibangkitkan tadi, saya ingin pohon penjelasan dalam Dewan yang mulia ini, kerajaan BN sentiasa mendakwa rakyat didahulukan, tiada yang tertinggalm tiada yang terpinggir. Maka saya ingin mencabar YB Pangkor, sila umumkan dalam Dewan ini berapakah tanah yang diluluskan kepada parti politk? Saya berani mengikrar walaupun PR pernah menjadi kerajaan, kami pikul tanggungjawab dengan penuh amanah, PR tidak pernah meluluskan satu incipun tanah kerajaan kepada DAP, PAS dan PKR. Oleh demikian, UMNO dan MCA harus berani mendedahkan segala kelulusan tanah kepada semua parti politik untuk rakyat buat perbandingan.
Di Selangor, telah terbongkar Kerajaan BN meluluskan 24 keping tanah komersial bernilai pasaran RM300 juta kepada parti komponen BN dengan UMNO dapat 15 keping, MCA 5 keping, MIC 3 keping dan GERAKAN 1 keping dengan harga purata RM1 sekaki persegi. Apabila terbongkar, UMNO kata permohonan tanah di Damansara untuk tujuan pembinaan Dewan Orang Ramai tetapi kini terbukti sebenarnya UMNO tipu, tapak tanah tersebut telah diguna untuk membina blok kondominium mewah yang bernama Suria Damansara dan unit harganya lebih kurang RM500 ribu seunit. Satu lagi tanah di SS2 Petaling Jaya, setelah UMNO dapat tanah, ia buat kedai dan sewa kepada penjaja, tiap-tiap bulan kutip sewa. Siapa dapat untung dari kelulusan tanah ini? Inikah rakyat didahulukan atau rakyat diperlembukan?
Dalam Negeri Perak, UMNO jelas kaya dengan pelbagai harta. Saya tidak ingin membuat tuduhan tetapi demi rakyat, saya pohon penjelasan. Berapakah harga premium dibayar kepada semua bangunan umno dalam negeri ini? Adakah ia dipohon dan diluluskan oleh kerajaan atau beli dengan harga pasaran?
Pertama, bangunan UMNO Taiping di pusat Bandar Taiping, Berapakah harganya?
Kedua, bangunan UMNO Ipoh Barat di tepi Greentown Mall? Berapakah harganya?
Ketiga, Wisma UMNO Perak disebelah Hotel Impiana, Berapaka harganya?
Keempat, Wisma Maju UMNO dipusat Bandar raya Ipoh, berapakah harganya?
Kelima, Wisma UMNO yang disewa kepada CIMB Bank, berapakah harganya?
Jelas UMNO adalah parti yang paling kaya, tetapi dimanakan datangnya sumber kewangan ini? Rakyat menanti, kerajaan perlu jawab kerana umno bertanggungjawab ke atas wang rakyat.
Isu-isu lain
EXCO JKR -Perhentian Bas Pantai Remis yang sering banjir dan isu lebihraya Segari ke Changkat Jering.
EXCO Pertanian--Kejatuhan harga kelapa sawit dan masalah perbezaan pembelian buah sawit dari pekebun kecil khususnya di kawasan Ayer Tawar dan Changkat Keruing.
EXCO Pendidikan - TIMSS kejatuhan tahap akademik sains dan matematik Malaysia dipesada antara bangsa.
TYP, seandainya kita meneliti bajet ini, Nampak kulit tahulah isinya. Walaupun Ini bajet pilihanraya tetapi ia tidak mengandungi hala tuju yang memberangsangkan.