Ucapan oleh Wong Kah Woh dalam membahaskan Bajet Negeri Perak 2013

Dato' Speaker,

Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet Negeri Perak tahun 2013.

Bajet 2013

Bajet 2013 yang dibentangkan telah menampakkan satu deficit sebanyak RM42 million. YAB Menteri Besar telah menyatakan bahawa bajet deficit adalah satu phenomena yang baik sebagai perangsang pembangunan. Namun, jika kita lihat deficit bajet tahun 2012, kita telah mencatatkan satu deficit sebanyak RM50 million, iaitu 2 kali ganda berbanding dengan Bajet tahun 2009 yang dibentang oleh PR yang mencatatkan jumlah deficit sebanyak RM25 million. Kita adalah berminat untuk tahu, samaada deficit ini telahpun dineutralkan pada akhir tahun 2012 dan kenapa suatu planning yang lebih baik tidak dapat dilaksanakan untuk mencapai satu bajet seimbangan atau sekurang-kurangnya mengurangkan deficit bajet tahun 2013 ke tahap yang lebih rendah.

Saya percaya dengan satu pentadbiran yang berkompetent dan telus, kita sememangnya boleh mencapai satu imbangan bajet yang memuaskan dan bermanfaat kepada Rakyat. Walaupun ada pihak yang cuba memesongkan bahawa Bajet Alternatif PR adalah dicapai dengan peningkatan cukai / penjualan tanah Negeri. Ini adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Ahli-ahli YB dari Pakatan Rakyat telah berulang kali menegaskan bahawa sekiranya PR diberikan mandate untuk memerintah, kita menjamin bahawa Kerajaan tidak akan menaikkan satu senpun cukai yang dikenakan ke atas warga Perak dalam tempoh 5 tahun. Sekiranya pihak BN tidak percaya atas jaminan ini, maka berilah masa 5 tahun kepada PR untuk buktikan.

Pada hari semalam, YB dari Pasir Panjang dan YB dari Sitiawan dalam perbahasan masing-masing, telahpun mendedahkan bagaimana tanah-tanah kerajaan diberikan kepada individu-individu tertentu tanpa tender dan dengan harga yang rendah. Ini membuktikan bahawa bagaimana wang yang sepatutnya dapat dijanakan untuk keuntungan kerajaan dan rakyat, telah dikompromikan dengan pemberian-pemberian kepada individu-individu tersebut.

Cukai Balak

Seperti dalam Bajet 2011 dan 2012, Bajet tahun 2013 turut meramalkan satu pendapatan dalam sector Cukai Balak sebanyak RM26 million. Walau bagaimanapun, pada tahun 2011, Kerajaan Negeri hanya mampu untuk menjanakan jumlah sebanyak RM22 million sahaja, iaitu RM4million berkurangan daripada yang dijangka. Dengan pentadbiran yang sama dari sebelah sana, adalah menjadi suatu persoalan samaada sasaran tahun 2013 dapat dicapai.

Balak merupakan suatu sumber cukai yang amat penting bagi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri haruslah mengoptinumkan pendapatan dengan keluasan yang dibenarkan sedia ada. Saya dalam sidang dewan yang lepas telah membangkitkan dengan soalan bertulis bahawa samaada Kerajaan Negeri menjalankan sistem tender terbuka dalam pemberian konsesi balak. Soalan tersebut merupakan satu soalan tersebut yang senang dengan suatu jawapan Ya atu Tidak, tetapi telah ditolak oleh Speker Dewan.

Pada tahun 2008 apabila saya baru dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri, saya memang mengalami satu culture shock yang mana tauke-tauke syarikat balak telah datang ke saya dan menawarkan dan memberitahu bagaiamana dan cara mereka mendapatkan konsesi balak daripada Kerajaan Negeri sebelum itu. Pada masa itu, barulah saya sedar, memperkayakan Kerajaan Negeri atau memperkayakan diri sendiri adalah dipisahkan dengan satu garisan nipis (the thin line) sahaja. Untuk kita di PR, jawapan yang diberikan kepada mereka yang datang adalah standard: masuk tender, sekarang PR telah melaksanakan sistem tender terbuka.

Dengan sistem tender terbuka konsesi balak, PR telah meramalkan satu pendapatan cukai balak sebanyak RM40 million dalam bajet tahun 2009. Memandangkan Kerajaan sekarang telah banyak meniru polisi-polisi PR, bahkan dari segi pemberian tanah kepada Sekolah SUWA dan Sekolah Agama, ataupun pemberian wang sagu hati untuk Tabung bayi, maka saya tidak faham kenapa polisi ini tidak dapat ditiru demi kebaikan Rakyat.

Peruntukkan Hal Ehwal Bukan Islam

Pada tahun 2008, Kerajaan PR telah buat pertama kalinya mengetepikan satu jumlah sebanyak RM2 juta untuk hal ehwal bukan islam dalam Negeri. Polisi ini telahpun ditiru oleh BN yang sepanjang masa ini tidak menyediakan peruntukkan khas untuk tujuan tersebut, dan Bajet 2012 dan 2013 telah memperuntukkan bagi masyarakat bukan Islam satu peruntukkan sebanyak RM3.5 juta bagi kegiatan Bukan Islam.

Namun, YB EXCO telah membuat beberapa pengumuman di luar Dewan ini bahawa jumlah peruntukkan untuk hal ehwal bukan islam adalah sebanyak RM8 juta. Kita tidak tahu samaada adalah bajet, ataupun jawapan bertulis daripada Dewan memberikan angka yang salah, ataupun pengumuman YB EXCO adalah salah.

Walau bagaimanapun, adalah patut dan perlu, untuk Kerajaan Negeri mengemukakan maklumat berkenaan dengan berapakah peruntukkan yang telah dikeluarkan, dan kepada siapakah peruntukkan tersebut telah disalurkan. Kita nak tahu, siapakah yang cuba mislead warga negeri perak dalam perkara ini.

Cukai Tanah Tunggakan

Kerajaan Negeri yang sedia ada telah memperoleh RM45million pada tahun 2011 dalam konteks cukai tanah tunggakan, dan seterusnya meramalkan satu kutipan sebanyak RM70 million pada tahun 2013.

Apakah mekanisma baru yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk menjamin peningkatan kutipan tersebut? Harus diingatkan bahawa baki patutu kutip sehingga Julai 2012 adalah sebanyak RM107 juta, dan dijangka akan berkurangan kepada lebih kurang RM80 juta pada akhir tahun. Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat begitu yakin untuk mengutip tunggakan cukai yang hampir merupakan 90% jumlah cukai tertunggak? Saya telah bangkitkan dalam soalan bertulis dalam sidang yang lepas berkenaan dengan top 50 penghutang cukai tunggakan dan tindakan yang telah diambil, tetapi sekali lagi jawapan tidak dikemukakan. Siapakah perbadanan / syarikat / individu yang terlibat yang dibenarkan untuk menunggakkan cukai tanah yang sebegitu banyak? Apakah tindakan undang-undang telahpun diambil termasuk melucutkan hak ke atas tanah yang terlibat? Ini adalah persoalan yang harus dijawab.

Ketelusan Pentadbiran

Saya percaya bahawa ketelusan pentadbiran merupakan satu teras utama mempertingkatkan prestasi kewangan Negeri. Dewan yang mulia ini akan berfungsi sebagai satu check and balance yang penting.

Sebelum ini saya telah bangkitkan sekurang-kurangnya 3 kali dalam Dewan yang mulia ini, yang mana telahpun ditolak, berkenaan dengan perbelanjaan guaman yang terlibat dalam kes-kes yang melinatkan YAB Meteri Besar dan Dato Speaker dalam masa rampasan kuasa di Negeri Perak. Kes-kes tersebut melibatkan kes-kes di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Kita sekian tahu bahawa perkhidmatan seorang Peguam bernama Dato Hafarizam Saleh telah digunakan dalam kes-kes ini. Kita mahu tahu samaada terdapat wang rakyat yang terlibat, sekiranya ya, kenapa? Dan kenapa khidmat Penasihat Undang-Undang Negeri tidak digunakan dalam perkara ini? Samaada Kerajaan Negeri sendiri tidak mempunyai keyakinan atas kewibawaan Penasihat Undang-Undang Negeri?

Bajir Kilat di Mariaville Kindergarden

Dalam Bajet yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar, salah satu Fokus Bajet adalah "memperkukuhkan infrastruktur dan Kualiti Kemudahan Awam". Dalam perkara ini, Jabatan Kerja Raya telah diberikan peruntukkan RM65 million, dan Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan peruntukkan RM14million.

Saya berharap bahawa peruntukkan tersebut dapat digunakan dengan sewajarnya, khasnya di kawasan yang mana infrastruktur perlu ditingkatkan dan di kawasan banjir. Di kawasan Ipoh, walaupun merupakan satu Bandar, malah masih terdapat kawasan yang mana masalah banjir kilat akan berlaku selepas hujan lebat. Saya tidak nampak peruntukkan tahun ini iaitu RM65 million untuk JKR dan RM18 million untuk JPS ada digunakan untuk mana-mana tujuan tersebut di Ipoh.

Baru-baru ini, saya telah sekali lagi melawati kawasan yang dilanda banjir di kawasan Tadika Mariaville, Jalan Tambun. Masalah banjir kilat di kawasan tersebut telah berlanjutan lebih daripada 20 tahun, dan walaupun punca utama berlaku banjir telahpun dapat dikesan, dan tindakan yang patut diambil telahpun diketahui, malah masalah masih tidak dapat diselesaikan.

Perkara ini telah dibawa ke dalam Dewan ini dalam bentuk soalan lisan, soalan bertulis dan dalam perbahasan sebelum ini. Dari sudut jangka panjang, JKR telah mengenalpasti bahawa menaiktaraf kelubung (culvert) di Jalan Sultan Azlan Shah sebagai jalan penyelesaian. Tetapi sehingga sekarang, jawapan standard yang diberikan oleh JKR adalah tiada peruntukkan yang mencukupi dari Kemeterian Kerja Raya walaupun telahpun dipohon.

Selaku kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya mencari alasan dalam menangani masalah rakyat. Alasan seperti tiada peruntukkan disalurkan adalah tidak dapat diterima. Kita harus memahami kesengsaraan rakyat apabila masalah banjir kilat berlaku lagi, dan rakyat sendiri yang terpaksa mencari jalan alternative dengan mengupah excavator sebanyak RM10k - RM15k untuk mendalamkan earth drain di kawasan bersebelahan sebagai tindakan jangka pendek.

Maka, saya di sini menyeru Kerajaan Negeri, JKR dan JPS, menggunakan peruntukkan yang sedia ada dalam menangani masalah ini.

Soal Keselamatan dan Ketenteraman: Tiada Aman, Tiada Jaya

Saya amat tertarik dengan kenyataan berkenaan dengan usaha Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kadar jenayah dan menjamin keselamatan warga masyarakat, dan angka yang dinyatakan bahawa indeks jenayah telah menurun sebanyak 14.1% setakat October 2012.

Saya percaya bahawa kita tidak harus bergantung dengan indeks yang nampaknya setiap tahun menurun dan duduk dalam "comfort zone". Kita tahu bahawa banyak kes jenayah kecil tidak dilaporkan kerana birokrasi yang terlibat dalam membuat sesuatu laporan. Banyak kawasan perumahan masih tergugat dengan masalah keselamatan, sehinggalah ada warga perempuan yang sekarang perlu keluar pada waktu malam untuk membuat rondaan!

Saya amat bersetuju dengan konsep "high visibility pasukan keselamatan" yang dinyatakan sebagai suatu jalan untuk mengurangkan masalah jenayah. Saya percaya high visibility ini tidak setakat pembelian van ronda, itu adalah tidak mencukupi.

Saya ingin memberikan 2 cadangan di sini. (1) peruntukkan diberikan kepada wakil rakyat untuk mengenalpastikan kawasan-kawasan risiko tinggi untuk penubuhan pondok polis. Wakil rakyat setempat yang memahami kawasan sendiri merupakan individual yang paling sesuai untuk menjalan tugas ini.

(2) Dalam persidangan Dewan yang sebelum ini, saya telah cadangkan supaya "sistem payung" dilaksanakan di kawasan risiko tinggi. Jawapan bertulis yang diberikan oleh Kerajaan Negeri masih belum sedia untuk pelaksanaan system tersebut. Sistem ini merupakan satu system yang tidak memerlukan kos yang tinggi, tetapi sampai sekarang kita tidak nampak sistem ini dilaksanakan, selain daripada di kawasan Kampar beberapa bulan yang lepas.

Kita seharusnya memahami perasaan dan kebimbangan warga Bandar sekarang, yang mana tidak berasa selamat biarpun di dalam rumah ataupun di atas jalan raya. Saya percaya bahawa Kerajaan Negeri dapat memainkan peranan di sini untuk menyelesaikan masalah ini.

Penanjuran Sukan / Perkembangan Sukan

YAB Menteri Besar dalam ucapan bajetnya telah menekankan berkenaan dengan Program mengantarabangsakan Negeri Perak, antaranya dengan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.

Pada hemah saya, bajet dan pelan tahun 2013 turut perlu memberikan penekanan terhadap usaha-usaha untuk meningkatkan mutu dan kualiti sukan Negeri sebagai satu usaha untuk mengantarabangsakan Negeri Perak.

Sememangnya, Perak tidak pernah kekurangan dari segi bakat-bakat sukan, dan Kerajaan Negeri haruslah mengambil langkah bukan sahaja untuk mencungkil bakat-bakat, tetapi juga untuk memastikan welfare yang sewajarnya kepada mereka. Saya ingin membangkitkan khasnya di sini berkenaan dengan sukan bola keranjang Negeri Perak.

Dalam 50 tahun yang lepas, Pasukan Bola Keranjang Lelaki Negeri Perak telah menjuarai Piala Agung untuk 19 kali, dan menjadi naib juara untuk 6 kali. Pada tahun 2001-2005, kita telah mencipta sejarah dengan memenangi Juara Piala Agung 5 kali berturut-turut. Antara mereka yang mengharumkan nama Negeri Perak adalah anak-anak Perak sendiri, yang lahir di Perak dan berlatih di Perak.

Tetapi, apa yang telah berlaku pada tahun ini? Negeri Perak terpaksa menghantar satu pasukan pemain pemuda yang umur kurang daripada 20 tahun untuk menyertai pertandingan Piala Agung, akibat daripada penyaraan pemain-pemain dan penghijrahan pemain-pemain ke Negeri lain yang mendapat jaminan yang lebih lumayan. Sudah menjadi sejarah apabila starting five pasukan Negeri Perak kesemuanya merupakan starting five bagi pasukan Negara.

Ini merupaka satu episode yang sedih untuk kita semua dan Kerajaan Negeri yang tidak mengambil berat terhadap welfare pemain-pemain ini telah menyumbangkan kepada berlaku perkara sebegini.

Bayangkan, apabila sejarah 5 kali juara berturut-turut dicatatkan pada tahun 2005, Pasukan Bola Keranjang Lelaki Negeri Perak hanya diberikan RM5,000.00 oleh Kerajaan Negeri, bagaimanakah pengusaha-pengusaha sukan dan pemain-pemain tidak putus asa?

Saya mencadangkan supaya peruntukkan tetap tahunan haruslah diberikan kepada persatuan-persatuan sukan yang berprestasi tinggi dan yang telah mengharumkan nama Negeri, dalam perkara ini Persatuan Bola Keranjang Negeri Perak. Kerajaan Negeri juga harus mencari jalan untuk "menganak angkatkan" pemain-pemain yang berbakat dan baik supaya mereka ini tidak akan ditarikh oleh Negeri lain.

Pusat Konvensyen Ipoh

Beberapa tahun kebelakngan ini, kita selalunya terdengar laungan slogan "Rakyat didahulukan". Baru-baru ini, Majlis Bandaraya Ipoh telah menandatangani Perjanjian untuk pembinaan Pusat Konvensyen Ipoh dan rakyat mahu tahu samaada "Rakyat didahulukan" atau mana-mana pihak yang telah didahulukan dalam perkara ini.

Saya percaya bahawa suatu Pusat Konvensyen bertaraf antarabangsa adalah perlu di bandaraya Ipoh untuk membantu Ipoh mencapai satu status bandaraya metropolitan yang lebih maju.

Menurut maklumat yang diumumkan oleh MBI, Majlis Bandaraya Ipoh akan bekerjasama dengan Syarikat Sycal Berhad untuk Project tersebut, yang juga merangkumi satu Hotel 4 Bintang dan juga Service Apartment.

MBI akan bertanggungjawab untuk pemberian tapak yang dinilai pada RM13 juta, manakala Kerajaan Negeri turut akan menyumbangkan pinjaman kepada MBI sebanyak RM37 juta untuk project tersebut. Juga diumumkan bahawa nilai Pusat Konvensyen yang bakal dibina adalah dianggarkan pada RM58 juta, dan Syarikat Sycal Berhad akan bertanggungjawab untuk kos sebanyak RM200 juta untuk keseluruhan project yang merangkumi hotel dan service apartment tersebut.

Warga Ipoh amat mengambil berat terhadap apakah terma-terma yang dipersetujui oleh MBI dalam project ini. Sekiranya kita memerhatikan, dengan nilai Pusat Konvensyen yang dianggarkan pada RM58 juta, kos sebenar yang terlibat sepatutnya akan kurang daripada RM58 juta. Dengan peruntukkan daripada Kerajaan Negeri dan MBI masing-masing sebanyak RM37 juta dan RM13 juta, samaada ini bermaksud Syarikat usahasama hanya perlu mengeluarkan wang sebanyak RM8 juta dalam project ini, dan sejurusnya diberikan peluang untuk membina hotel 4 bintang berserta dengan service apartment yang 100% dimiliki oleh Syarikat usahasama?

Satu lagi persoalan penting adalah, dalam kontrak usahasama sememangnya pemilik tanah, iaitu MBI dalam perkara ini, kebiasaannya akan diberikan / direzabkan 20-30% unit hasil project. Akan tetapi, dalam projek ini, selain daripada hakmilik ke atas Pusat Konvensyen Ipoh yang kebanyakan kos ditanggung oleh MBI sendiri, MBI tidak akan layak untuk mendapat mana-mana satu unit service apartment atau mana-mana syer dalam hotel yang bakal dibina. Bagaimanakah kepentingan warga Ipoh dapat dijaga dalam perkara ini?

Sekiranya ini merupakan terma-terma yang dicapai, kenapakah MBI tidak top upkan RM8 juta yang lain dan tidak perlu terikat dengan terma-terma dengan syarikat usahasama? Kerajaan Negeri dan MBI harus memberikan satu penjelasan berkenaan dengan isu ini bagaimanakah MBi dapat menandatangani suatu Perjanjian yang begitu tidak memihak kepada MBI?

Satu perkara yang amat menarik minat saya dalam isu ini adalah, apabila saya membuat satu SSM search untuk Syarikat Sycal, saya telah nampak satu nama "Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, Dato", iaitu rakan sejawat saya dari Kubu Gajah, UMNO, selaku salah seorang Pengarah syarikat. Beliau pasti boleh memberikan penjelasan lanjut berkenaan dengan perkara ini kepada warga Ipoh.

Project Columbarium berdekatan Taman Kemuncak

Saya telah dimaklumkan bahawa Project Columbarium berdekatan Taman Kemuncak telah dibawa ke peringkat Lembagaa Rayuan. Apabila penduduk-penduduk setempat dimaklumkan berkenaan dengan perkara ini, kesemua mereka berasa amat bimbang yang mana isu ini akan terbangkit semula.

Berkenaan dengan bidang kuasa Lembaga Rayuan, secara umumnya, saya percaya bahawa bidang kuasa Lembaga Rayuan haruslah dihadkan supaya ia tidak akan membuat apa-apa keputusan yang bercanggahan dengan keputusan asal MBI. Ini adalah kerana MBI merupakan badan pertama yang membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan dengan direct evidence dikemukakan, dengan bantuan daripada agensi-agensi teknikal, dan MBI merupakan badan yang paling sesuai untuk membuat keputusan yang terbaik. Namun, saya pernah nampak suatu keadaan yang mana Lembaga Rayuan telah overturn keputusan MBI dengan hanya berdasarkan satu kesilapan teknikal daripada MBI dan bukannya atas merit.

Ini merupaka satu perkara yang kesemua kita harus mengambil berat.

Kesimpulan

Pakatan Rakyat telah pada kali ini mengemukakan Bajet Alternatif Negeri Perak tahun 2013 dan ini jelas membuktikan hasrat dan keyakinan Pakatan Rakyat dalam kembali ke pemerintahan Negeri Perak dalam PRU13. Bajet Alternatif PR telah mencadangkan satu bajet seimbang, berbanding dengan bajet deficit BN untuk 10 tahun berturut-turut, dengan RM42 juta deficit pada tahun 2013.

Untuk DAP, kita telah membuktikan bahawa kita mampu menjadi pembangkang yang efektif dalam masa 42 tahun yang lepas; dan kita akan membuktikan bersama-sama dengan PKR dan PAS, bahawa kita mampu untuk menjadi Kerajaan yang lebih competent, lebih baik dalam masa-masa yang akan datang.

Sekian, ucapan daripada saya. Terima kasih.

Wong Kah Woh Setiausaha Publisiti Negeri Perak & ADUN Kawasan Canning