PPC tidak meminta untuk menandatangani sebarang S&P dalam memohon tanah negeri untuk Swettenhem Pier dan menyangkal dakwaan Teng Chang Yeow

Permohonan PPC untuk tanah negeri bagi Swettenhem Pier dan penolakan Kerajaan Negeri dengan mengembalikan bayaran premium penuh PPC dan menyangkal dakwaan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow bahawa tanah Taman Manggis telah dijual kepada dua pihak. Selagi hak milik tanah tidak dikeluarkan, tanah tersebut kekal dengan kerajaan negeri dan tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak.

Hak mutlak berhubung penjualan kepada mana-mana pihak selagi hak milik tanah tidak dikeluarkan, hanya terdapat pada Persekutuan atau kerajaan negeri, dan ia tidak boleh dicabar oleh mana-mana parti walaupun mereka telah membayar premium tanah secara penuh. Malah PPC tidak mencabar hak mutlak kerajaan negeri apabila premium penuh dibayar PPC untuk Swettenhem Pier dikembalikan kerajaan negeri.

Tiada perjanjian jual beli ditandatangani antara kerajaan negeri dan PPC. PPC juga tidak memohon perjanjian jual dan beli untuk ditandatangi kerana tiada hak milik tanah dikeluarkan oleh kerajaan negeri. Bagaimana terdapatnya perjanjian jual dan beli tanpa hak milik tanah? Sekiranya PPC boleh menerima situasi ini walaupun dikawal oleh BN, kenapa Teng tidak boleh memandangkan undang-undang adalah di bawa Kod Tanah Kebangsaan.

Jelas tiada komitmen tulen oleh Teng dan BN Pulau Pinang untuk membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau rumah kos rendah untuk disewa ekoran kenyataan bercanggah oleh Khoo Boo Soon (pengarah untuk Taman Manggis Phase 2 Development Sdn Bhd) bahawa bukan PPR tetapi rumah mampu milik dengan kos RM400,000 akan dibina. Sekiranya ada, Teng dan pemimpin BN Pulau Pinang yang lain akan menggantikan Khoo sebagai pengarah dan pemegang saham bagi membuktikan komitmen BN untuk membina PPR berbanding kepentingan Khoo untuk membina perumahan RM400,000 bagi membuat wang.

Walaupun BN mendakwa bahawa tanah tersebut telah diasingkan oleh kerajaan negeri BN pada tahun 2003 untuk tujuan membina PPR, tiada pengumuman umum dibuat di akhbar-akhbar dari 2003-8. Mengapa BN tidak boleh dan tidak mempunyai wang untuk membina PPR antara 2003-7 ketika BN dalam kuasa, tetapi BN boleh mencari RM22,407,300 untuk membeli tapak 1.1 ekar di Taman Manggis apabila mereka menjadi pembangkang?

Kerajaan Negeri beranggapan bahawa tanah tersebut terlalu kecil untuk pembinaan rumah awam apabila Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menetapkan keluasan tanah minimum yang diperlukan adalah 2 ekar. Sebaliknya tapak 11 ekar di Jalan S.P. Chelliah telah dipilih untuk membina rumah awam - sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Bahawa PPC tidak meminta untuk menandatangani sebarang Perjanjian Jual & Beli dalam memohon tanah negeri untuk Swettenhem Pier dan menyangkal dakwaan Teng Chang Yeow bahawa tanah Taman Manggis telah dijual kepada dua pihak dan kerajaan negeri adalah tidak munasabah dengan tidak memberi S&P.

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang