Adakah Muhyiddin masih akan mengatakan bahawa sistem pendidikan kita adalah lebih baik dari US, UK dan Jerman apabila kedudukan Malaysia jatuh dalam TIMSS 2011?

Menteri Pendidikan dan juga Timbalan Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan pada Mac 2012 bahawa sistem pendidikan kita adalah lebih baik dari US, UK dan Jerman, dengan menggunakan keputusan selektif dari statistik World Economic Forum (WEF) Global Competitiveness Report's. Dakwaan beliau kini telah ditolak oleh kenyataan penemuan terbaru TIMSS 2011.

Kedudukan Malaysia dalam Matematik jatuh dari kedudukan 20 pada 2007 kepada 26 pada 2011 manakala kedudukan dalam Sains jatuh pada margin lebih hebat, dari kedudukan 21 pada 2007 kepada 32 pada 2011. Skor purata Matematik kita jatuh dari 474 pada 2007 kepada 440 dan skor purata Sains jatuh pada darjah lebih hebat dari 471 pada 2007 kepada 426 pada 2011. Keputusan tersebut dirumuskan dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1 : Kejatuhan Kedudukan TIMM Malaysia dan skor purata dalam Sains dan Matematik, 2007 hingga 2011

Kedudukan Kedudukan 2007 Kedudukan 2011 Kejatuhan dalam kedudukan
Matematik 20 26 6
Sains 21 32 11
Skor Purata Skor Purata 2007 Skor Purata 2011 Kejatuhan dalam SKor Purata
Matematik 474 440 34
Sains 471 426 45

Sebaliknya, US dan UK masing-masing pada kedudukan 9 dan 10 dengan purata skor Matematik 509 dan 507. Purata skor Sains sebanyak 533 bagi UK dan 525 bagi US telah meletakkan mereka masing-masing pada kedudukan 9 dan 10. Kedua-dua skor dan kedudukan adalah jauh yang dicapai oleh Malaysia. (Jerman tidak menyertai kajian tersebut).

Malaysia juga berkongsi perbezaan dengan menjadi satu-satunya daripada 6 negara daripada sampel 42 negara yang menyertai kajian dalam Matematik dan 45 negara dalam kajian Sains yang memperlihatkan kejatuhan kedua-dua skor dan kedudukan dalam Matematik dan Sains! Kebanyakan negara lain sama ada menunjukkan peningkatan skor dan kedudukan atau kekal pada tahap sebelum ini.

Kejatuhan dalam piawaian Matematik dan Bahasa Inggeris mencerminkan bagaimana ibu bapa kelas menengah di kawasan bandar memilih melalui kaki dan dompet mereka dengan meninggalkan sistem pendidikan antarabangsa dalam kawanan dengan mendaftar di sekolah-sekolah rendah dan menengah persendirian. Malangnya, para ibu bapa yang tidak mampu menampung yuran tinggi sekolah-sekolah persendirian akan terus terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan dan menerima kualiti pendidikan yang kurang elok.

Saya menyeru Muhyiddin supaya memberi satu penjelasan jelas berhubung keseriusan dan kejatuhan dalam TIMSS kita yang tidak boleh diterima ini dan menarik balik kenyataan sebelum ini yang menyatakan bahawa sistem pendidikan Malaysia adalah lebih baik dari UK, US dan Jerman.

MENCEGAH KRISIS KEMEROSOTAN TAHAP PENDIDIKAN

Semua orang mengetahui bahawa tahap pendidikan di Malaysia telah merosot hingga pada tahap amaran. Di dalam Programme for International Student Assessment (PISA) pada 2009, yang membandingkan tahap pembacaan, matematik dan sains antarabangsa dalam kalangan pelajar Malaysia berusia 15 tahun, sebanyak 44% pelajar-pelajar Malaysia telah gagal mencapai tahap minimum untuk pembacaan, 60% gagal mencapai tahap minimum untuk Matematik dan 43% mencapai tahaap minimum untuk Sains. Secara keseluruhan, kecekapan pelajar Malaysia yang berusia 15 tahun adalah 3 tahun di belakang purata antarabangsa.

Kita sebagai sebuah negara mesti merapatkan jurang dan mengatasi sebarang kekurangan dalam pendidikan secara bersama, agar bukan sahaja kita dapat mengelakkan kesulitan dari penghijrahan cerdik pandai, tetapi juga membenarkan diri kita untuk memacu ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Di Amerika Syarikat, rakyat Amerika bimbang tentang kecuraman fiskal yang boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi dengan implikasi global, rakyat Malaysia sebagai tonggak negara menghadapi kecuraman bakat yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan melumpuhkan usaha kita untuk mengubah diri menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, berasaskan asas pengetahuan negara membangun. Melainkan kita mengembangkan dan membina bakat insan, melatih semula dan mengekalkan mereka serta menarik bakat-bakat baru, kita bukan sahaja menghadapi risiko ketinggalan dalam kalangan negara-negara maju baru seperti Singapura dan Korea Selatan, malah turut ditinggalkan oleh negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Kita berharap untuk mempunyai bukan sahaja yang terbaik dan cemerlang tetapi juga untuk mewujudkan satu aras kenaikan yang berasaskan bakat serta tahap yang tinggi. Marilah kita memastikan sekolah-sekolah dan universiti-universiti kita menghasilkan yang terbaik dan cemerlang supaya anak-anak kita tidak berada 3 tahun kebelakang purata antarabangsa tetapi setanding dengan tahap antarabangsa. Hanya apabila kita mempunyai budaya merit dan kecemerlangan kita boleh memastikan masa hadapan yang lebih cerah untuk anak-anak kita.

Keputusan terbaru TIMSS 2011 hanya mengesahkan bahawa kajian PISA 2009 bahawa pelajar kita ketinggalan 3 tahun dari purata antarabangsa dan separuh daripada pelajar-pelajar kita tidak mempunyai kebolehan dan penguasaan ilmu sains dan matematik. Bagi membolehkan Malaysia berjaya berubah menjadi sebuah negara ekonomi membangun, syarat asas adalah penguasaan kukuh penting dalam sains dan teknologi. Sehubungan itu, Tan Sri Muhyiddin mesti merangka pelan krisis bagi menangani kemerosotan tahap pendidikan dalam sains dan matematik atau memusnahkan harapan Malaysia untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi, mempunyai nilai tambah dan pengetahuan intensif ekonomi.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan