Kabinet BN dan 4 menteri telah berbohong bahawa baki sisa nadir bumi akan dieksport keluar dari Malaysia
Adakah Kabinet Malaysia dan 4 menteri tertentu berbohong atau Lynas yang berbohong mengenai kontroversi sama ada Lesen Operasi Sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas menetapkan syarat bahawa sisa toksik nadir bumi tidak boleh kekal di Malaysia tetapi akan dieksport ke luar negara? Walaupun Lynas mendakwa bahawa perkara ini telah menjadi 'bola sepak politik' disebabkan pilihan raya umum yang akan menjelang tetapi ini adalah perkara serius dengan kesan jangka panjang seumur hidup adalah penting berbanding sekali dalam 5 tahun pilihanraya.
Ramai rakyat Malaysia bimbang tentang kesihatan dan keselamatan anak- anak mereka yang bertanya berikutan laporan yang bercanggah di antara kedua- dua Lynas dan kerajaan Malaysia sama ada TOL menjadikan sisa ini wajib dieksport. Tidak kira parti mana kenyataan itu dituju, ia jelas menunjukkan bahawa Lynas memaklumkan perkara yang benar dan keseluruhan Kabinet BN telah berbohong.
Kabinet BN khususnya 4 menteri tersebut telah berbohong bahawa sisa toksik nadir bumi mesti dieksport keluar dari Malaysia kerana Lynas tidak akan berani berbohong dengan Bursa Saham Australia (ASE) dengan kenyataan mereka bahawa permit tersebut membenarkan pengekalan sisa di Malaysia. Mudah bagi BN untuk berbohong kepada rakyat kerana mereka telah berbuat demikian selama 55 tahun yang lalu tanpa mengalami apa-apa kesan sampingan yang serius.
Walaubagaimanapun, untuk Lynas berbohong kepada ASE akan meninggalkan kesan yang serius yang boleh membawa kepada pemecatan pegawai tertinggi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan juga penggantungan Lynas dari ASE. Lynas tidak akan mengambil risiko seperti itu dengan membohong.
Dua hari lalu, Kabinet telah meluluskan kenyataan bersama oleh 4 menteri yang mengarahkan pelombong Lynas Australia untuk memastikan semua sisa dan produk dari kilang penapisan nadir bumi dikeluarkan dari negara ini. 4 ahli kabinet tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Dr Maximum Johnity Ongkili; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dounglas Uggah Embas dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. DAP menuntut peletakan jawatan 4 menteri tersebut berikutan pembohongan mereka bahawa terdapat perjanjian undang-undang yang memaksa Lynas untuk membawa keluar sisa toksik mereka.
Walaubagaimanapun, ini jelas bercanggah dengan apa yang diperkatakan oleh Lynas Corporation bahawa lesen telahpun dikeluarkan dan sah, dengan tiada keperluan untuk memindahkan sebarang sisa yang dihasilkan di Malaysia dan tiada halangan undang- undang untuk Lynas menjalankan operasinya di kilang. Jika apa yang diperkatakan oleh 4 Menteri tersebut adalah benar, maka mudah untuk kerajaan Malaysia membatalkan TOL Lynas atau menutup operasi Lynas serta- merta atas kegagalan pelanggaran syarat untuk mengeskport sisa toksik.
Kegagalan menutup Lynas atau mengambil tindakan dengan hanya mengeluarkan kenyataan jelas menunjukkan syarat untuk mengeskport sisa toksik keluar dari Malaysia tidak merupakan sebahagian daripada syarat-syarat perjanjian TOL. Pengakuan Lynas bahawa sisa nadir bumi akan kekal dan tidak akan dieksport keluar dari Malaysia memberikan satu peluang yang jarang berlaku kepada kerajaan Malaysia untuk membatalkan Loji Nadir Bumi Kuantan atas pelanggaran syarat tanpa perlu membayar pampasan berjumlah berbillion ringgit.
Jika BN enggan untuk mempertahan kepentingan kesihatan dan alam sekitar rakyat dengan membatalkan loji Lynas atas pelanggaran syarat tersebut, maka PR akan melakukannya apabila kita mengambil alih Putrajaya kerana loji tersebut kini boleh dibatalkan atas pelanggaran syarat tanpa perlu membayar satu sen pampasan.