Kedudukan CPI Malaysia meningkat tetapi tiga teras utama NKRA Membanteras Rasuah masih mempunyai banyak kelemahan

Di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2012 yang baru diterbitkan, kedudukan CPI Malaysia telah meningkat daripada tempat ke-60 daripada 183 negara pada 2011 kepada tempat ke-54 daripada 176 negara pada 2012.

Sementara Malaysia mungkin boleh berasa sedikit selesa dengan penurunan pada kedudukan Malaysia di dalam kedudukan CPI, haruslah diketahui bahawa kedudukan ke-54 masih teruk berbanding kedudukan Malaysia di tempat ke-43 daripada 179 negara pada tahun 2007 dan jauh lebih teruk daripada kedudukan ke-33 daripada 102 negara pada 2002 (Lihat jadual 1 di bawah).

Jadual 1: Kedudukan CPI Malaysia, mata dan jumlah negara di dalam sampel, 2001 hingga 2012

Tahun 2001 2002 2003 2004 2005 2005 2007 2008 2009 2010 2011 2012
Kedudukan 36 33 37 39 39 44 43 47 56 56 60 54
Mata 5 4.9 5.2 5 5.1 5 5.1 5.1 4.5 4.4 4.3 49
Jumlah negara 91 102 133 145 158 163 179 180 180 178 183 176

Malah, tidak seharusnya kita berasa sangat selesa dengan hakikat bahawa peningkatan Malaysia adalah kerana kita berjaya mengatasi kerajaan yang ‘terkenal’ dan ‘bersih’ seperti Jordan, Namibia, Oman, Kuwait dan Arab Saudi.

Sesungguhnya, banyak negara dengan GDP per kapita yang lebih rendah berbanding Malaysia mampu memperoleh kedudukan CPI yang lebih baik daripada kita termasuklah Rwanda (50), ), Bhutan (33) and Botswana (30), tidak lupa juga negara-negara ekonomi perindustrian baru (NIE) di Asia seperti Korea Selatan (45), Taiwan (37), Hong Kong (14) dan Singapura(5).

Lebih membimbangkan, tiga teras utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) – iaitu, memperkasa agensi pencegahan rasuah dan perundangan, membanteras rasuah besar dan mengurangkan salah tadbir dalam proses perolehan Kerajaan.

Sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih seperti harimau yang hilang taring kerana bergantung kepada Peguam Negara untuk membuat dakwaan terhadap kes-kesnya.

Ini menjelaskan mengapa meskipun terdapat banyak laporan polis, dakwaan dan siasatan dibuat ke atas Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, yang paling ketara yang dibuat oleh Bruno Manser Fund (BMF), Peguam Negara telah menolak untuk membuat sebarang dakwaan terhadap kedua-dua pemimpin BN itu.

Dan selagi mana SPRM tidak bebas atau dilihat bebas, maka perundangan seperti Akta Perlindungan Pemberi Maklumat pun tidak akan memberi sebarang kesan jangka panjang pada penurunan rasuah.

Lagipun, mereka merupakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang terlibat menyiasat kes yang dikatakan penyalahuntukan dana oleh seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang membawa kepada kematian setiausaha politik kepada Ean Yong Han Wah, Teoh Beng Hock sementara petualang sebenar masih bebas menguasai hasil negara.

Mereka merupakan SPRM yang sama menyiasat pegawai kastam, Ahmad Sarbani, yang juga menemui ajal akibat jatuh daripada bangunan ketika sedang ditahan.

Dari perspektif tanggapan, terdapat keraguan bahawa SPRM belum lagi diperkasakan dengan diberikan ruang untuk melakukan tugasnya, tanpa rasa takut dan pilih kasih.

Juga tiada tanda yang rasuah besar telah diatasi dengan berkesan oleh NKRA Membanteras Rasuah.

Hampir semua kes yang muncul pada pengkalan data umum bagi tujuan pendedahan adalah kes kecil dan melibatkan Cuma ‘ikan kecil’.

Adalah tidak mengejutkan apabila ‘jerung-jerung’ tersebut terlepas daripada perhatian terutamanya apabila ada kenyataan seperti yang dibuat oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri , Nazri Aziz, mengetepikan cubaan menggubah wang berjumlah RM40 juta oleh Michael Chia dengan mengatakan ia hanyalah ‘sumbangan politik’ kepada UMNO Sabah dan mengabaikan bukti bahawa Michael Chia yang sama dengan baik hatinya telah ‘meminjamkan’ sebuah hummer bernilai hampir setengah juta kepada anak beliau.

Malah pendakwaan terhadap jerung-jerung di dalam skandal RM12.6 bilion PKFZ – iaitu bekas Menteri Pengangkutan Ling Liong Sik dan Chan Kong Koy – belum diselesaikan dengan sebaiknya membuatkan kita tertanya apakah kes ini akan mengikut jejak langkah kes seorang Menteri UMNO yang berasal dari Sabah, Kasitah Gaddam dan bekas pengerusi Perwaja, Eric Chia, yang mana kedua-duanya didakwa atas tuduhan rasuah dengan riuh sebelum pilihan raya umum 2004 namun kedua-duanya dibebaskan.

Yang terakhir sekali, terdapatnya rasa tidak puas hati terhadap usaha mengurangkan salah tadbir dalam proses perolehan Kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang ditangguhkan sehingga dua minggu dalam perbahasan belanjawan menyusahkan Ahli Parlimen untuk membangkitkan isu-isu penting berkaitan penyeliaan dan kawalan pada proses perolehan Kerajaan yang lemah.

Lagipun, tiada tindakan diambil oleh SPRM atau Peguam Negara dalam bentuk membuat pendakwaan ke atas mereka yang bertanggungjawab tidak menguruskan perolehan kerajaan dengan baik (termasuk binokular RM56,350 untuk Jabatan Taman Laut Malaysia tetapi nilai sebenar cuma RM1,940).

Tambahan, kerajaan terus beroperasi dengan penuh kerahsiaan dalam urusan tanah yang mungkin dapat mengumpul keuntungan berbilion ringgit buat kerajaan tetapi sebaliknya dijual di bawah harga pasaran kepada agensi kerajaan iaitu 1MDB.

Terbaru, pengedar permaidani, Deepak Jaikishan membuat satu dakwaan tergempar terhadap bukan sahaja ketua Wanita UMNO Selangor Raja Ropiaah Raja Abdullah, tetapi juga Perdana Menteri Najib sendiri berkenaan tanah bernilai RM100 juta untuk kontrak membina PUSAT Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), satu dakwaan yang masih belum dijawab Perdana Menteri.

Dengan pelbagai kesilapan besar dan kelemahan di dalam usaha dan inisiatif membanteras rasuah, Malaysia tidak boleh berasa selesa walau sedikit dengan kemajuan di dalam kedudukan CPI negara.

Apa yang sepatutnya membuatkan rakyat Malaysia tenang adalah hakikat bahawa pemimpin Pakatan Rakyat akan terus mendedahkan korupsi dan salahguna kuasa di bawah kerajaan BN sekarang yang tidak menampakkan sebarang tanda tabiat lama mereka akan berubah.

Apa yang sepatutnya membuatkan rakyat Malaysia tenang adalah hakikat bahawa negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat terutamanya Pulau Pinang dan Selangor telah menunjukkan bagaimana pengurusan sumber kerajaan yang telus dan bertanggungjawab boleh meningkatkan lebihan dan rizab tetapi pada masa yang sama dapat dirasa manfaatnya oleh rakyat.

Apa yang sepatutnya membuatkan rakyat Malaysia tenang adalah hakikat peluang untuk mengundi keluar kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang bakal tiba tidak lama lagi.

Hanya di bawah kerajaan Pakatan akar kepada masalah rasuah di dalam negara yang diperintah oleh rejim BN yang korup dan muflis ini dapat dibasmi dan tanggapan terhadap Malaysia yang semakin berkurangan korupsinya dapat menjadi realiti.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur