Cadangan untuk mengubah bendera kebangsaan, Jalur Gemilang tidak pernah sekalipun dimasukkan dalam agenda Pakatan Rakyat
Kelakuan Perdana Menteri Datuk Seri yang telah memberi kebenaran kepada tiga Menteri kanan UMNO untuk menyerang Pakatan Rakyat dengan berdasarkan desas-desus bahawa PR berhasrat untuk menggantikan bendera kebangsaan Jalur Gemilang, merupakan bukti jelas perasaan tidak yakin dan kian terdesak berhubung peluang dan harapan UMNO/Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 tanpa menghirau apa yang benar.
Saya tidak percaya bahawa dengan segala sumber perisikan dan tenaga pihak polis, Perdana Menteri bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih tidak sedar bahawa khabar angin yang Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengubah bendera kebangsaan, sememangnya tidak berasas langsung.
Cadangan untuk mengubah bendera kebangsaan, Jalur Gemilang tidak pernah sekalipun dimasukkan dalam agenda Pakatan Rakyat dan tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat.
Ini adalah sebab mengapa saya telah memberi respon dalam ‘twitter’ saya bahawa PR tidak pernah berhasrat untuk mengubah bendera kebangsaan:
“Tidak pernah melihat idea yang begitu bodoh sebelum ini. Bahagian permainan kotor UMNO/BN amat sibuk sekarang”
Saya tidak menyangka bahawa pimpinan UMNO amat terdesak mengenai peluang mereka menjelang pilihanraya umum yang akan datang sehingga memutarbelitkan isu ini seolah-olah telah mendapat wahyu dari Tuhan untuk menyerang Pakatan Rakyat dengan tuduhan sebagai anti-nasional dan pengkhianat dan pada masa yang sama melemparkan tohmahan dan fitnah serta pembohongan terhadap PR seperti tuduhan pemansuhan institusi raja serta rancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara republik.
Akan tetapi, apa yang lebih memeranjatkan adalah “serangan politik menggunakan taktik pemalsuan dan fitnah” yang begitu dahsyat kerana taktik ini bukan sahaja digunakan oleh ‘cybertrooper’ UMNO/BN tetapi telah diterajui oleh Perdana Menteri sendiri, bersama tiga Menteri kanan UMNO iaitu Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang telah menjadi barisan penyerang terhadap Pakatan Rakyat semalam.
Tetapi, serangan-serangan ini jelas direkacipta oleh bahagian permainan kotor UMNO/BN, kerana tiada sekelumit pun kebenaran dalam tuduhan bahawa PR berhasrat untuk mengubah bendera kebangsaan atau untuk memansuhkan sistem raja berperlembagaan.
Ini merupakan kronologi lapan ‘tweet’ saya semalam berhubung isu ini:
Tanda-tanda ‘jabatan’ permainan kotor UMNO/BN kini kuat bekerja? http://goo.gl/3ttJt Mustapa memberi amaran Malaysia akan menjadi negara republik – pinda Perlembagaan/bendera (TMI)
Paranoia pemimpin UMNO/BN dengan aktiviti ‘jabatan’ permainan kotor yang dahsyat? http://goo.gl/0o2ej Najib mahukan ‘tembok’ BN disekeliling Putrajaya (TMI)
Histeria + paranoia! Saya tidak tahu pun mengenai isu ini? http://goo.gl/F9QF8 Najib mendakwa PR berhasrat untuk menggantikan bendera kebangsaan (TMI)
Bolehkah Najib memberi lebih maklumat berhubung apa yang telah diputuskan oleh PR dan tiada mana-mana pemimpin DAP yang tahu mengenainya? ‘Jabatan’ permainan kotor
Saya teringat filem lama “It’s A Mad Mad Mad Mad World”. Pemimpin PAS dan PKR pun tidak tahu apa yang Najib katakan http://goo.gl/F9QF8
‘Jabatan’ permainan kotor UMNO sedang mengusahakan fitnah bahawa agenda PR seperti mengubah bendera/Perlembagaan untuk membenarkan pemimpin PM/UMNO untuk bertindak secara ekstrim, tidak rasional, histeria
Menteri UMNO keempat pada hari yang sama untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas PR mahu mengubah Jalur Gemilang http://goo.gl/DiX9a PR telah hilang arah kata Noh Omar (TMI)
Menteri seterusnya untuk mengulas PR mahu mengubah bendera kebangsaan – selepas Mustapha, Hisham, Najib, Noh Omar? Kabinet terdiri daripada pembohong? Next UMNO Minister to tell canard about PR want 2change national flag - after Mustapha Hisham Najib Noh Omar? Having pack of liars in Cabinet?
Pakatan Rakyat melalui pelbagai polisinya, termasuklah Kerangka Dasar Bersama Pakatan Rakyat dalam Dsember 2009 dan Buku Jingga pada 2010 telah menekankan komitmen PR untuk menegakkan perkara-perkara asas Perlembagaan Malaysia, terutamanya untuk “mempertahankan watak dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan”.
Perdana Menteri dan Menteri kanan UMNO bertindak dengan tidak bertanggungjawab apabila menerajui kempen fitnah dan permainan kotor UMNO/BN terhadap PR apabila empat Menteri UMNO mengulangi khabar angin bahawa PR berhasrat untuk mengubah bendera kebangsaan dan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.
Jangkaan umum adalah Pilihanraya Umum Ke-13 akan menjadi yang paling kotor dalam sejarah pilihanraya tanahair.
Adakah Najib bersedia untuk menyangkal sangkaan itu, dan sebagai ketua Barisan Nasional mengambil ikrar bersama Pakatan Rakyat untuk mengadakan kempen pilihanraya yang bebas, bersih dan adil dalam Pilihanraya Umum Ke-13 berlandasakan dakwaan beliau bahawa Malaysia mempunyai sistem demokrasi paling baik didunia?
Najib harus diingatkan bahawa “Hentikan Politik Kotor” merupakan salah satu daripada tuntutan Bersih 2.0 untuk pilihanraya yang bersih, bebas dan adil. Sepertimana yang ditekankan dalam kenyataan Bersih 2.0 pada 24 Mei 2012:
“Disamping kemerosotan politik yang kian berleluasa, politik di Malaysia telah menjadi lebih kotor baru-baru ini. Kejadian memfitnah, memutarbelitkan isu serta penyebaran khabar angin dan pembohongan mula membiak.”
Najib kini berkuasa untuk melakukan apa yang betul. Adakah beliau bersedia untuk menjadi contoh sifat seorang pemimpin untuk memastikan pilihanraya yang bersih, bebas dan adil dijalankan atau adakah beliau akan menerajui apa yang dianggap “pilihanraya paling kotor” dalam sejarah tanahair?
Jika Najib berpendapat untuk bertindak secara berhemah dan jujur, maka apa yang beliau patut lakukan adalah ‘membubarkan’ permainan kotor UMNO/BN yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan pembohongan terhadap pemimpin PR baru-baru ini.